Semenanjung Emas adalah lubok emas sejak zaman Nabi Sulaiman

preview_player
Показать описание
Semenanjung Emas adalah lubok emas sejak zaman Nabi Sulaiman

Sejarah emas di Malaysia

Dalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai Semenanjung Emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi. Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’, iaitu Tanah Emas yang menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.

Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu? Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow! Menakjubkan!”?

Dalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) di dalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis.

Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan Melayu Tua di dalam teks pelayarannya Laksamana cheng ho. Beliau dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.

Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.

Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab.

Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib; Pulau Emas yang menakjubkan itu.

Gemih emas Malaysia dalam peta lama Portugis

Nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Kemewahan dan kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri dunia menyebabkan Tanah Melayu sentiasa diancam, diserang dan dijajah.

Nenek moyang melayu dahulu pernah mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.

Lombong emas malaysia

Akhirnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa, China, India, Portugis, Belanda, British, Jepun pernah menguasai hasil kekayaan emas di tanah ini.

Ketika zaman imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor).

Residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun 1824. Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Follow sosial media kami :

#Emas #Gold #SemenanjungEmas
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

saya respect dgn pesyarah tu mmg dye nk pertahankan hak melayu

akmasarhan
Автор

Malaysia memang banyak emas sbb tu dulu British nak sangat Malaysia 🤭

BebelanCikmin
Автор

Zaman nabi sulaiman lagi kita eksport emas, claudius ptolemy lukis peta semenanjung tanah melayu sebagai golden chersonese

yourdailywildrift
Автор

Negara kita kaya..itulah erti kemerdekaan..dlm tanah emas...dlm laut di luar 100 batu nautika minyak..lambang kerang mcm bandar terapung..ni utk tuan sebenar kpd negara ini. Bagi agama nenek moyang pula, sya tidak setuju tentang info sb..secara rawak kita boleh lihat tiada patung2 ketuhanan merujuk kepada anutan nenek moyang melayu tanah melayu..cuma yg kita lihat patung2 ketuhanan kepunyaan suku2 asli tanah melayu..???.. satu contoh yg logik dgn cerita org dulu2...masih ada suku melayu yg masih berpegang kpd ketuhanan lama suku melayu badwi dalam di indonesia..mungkin para tokoh ilmuan boleh kaji lebih dalam tentang perkara ini..

juhairighazali
Автор

knpe rakyat miskin sedang kan emas banyak, kerajaan perlu guna kn utk bantu rakyat

muj
Автор

Kat situ ada tak "dorphal"?batu bulat berteknologi canggih buatan lemuria (leluhur Nusantara).

goodday