Kerajaan perlu tumpu usaha basmi kemiskinan tegar

preview_player
Показать описание
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kerajaan perlu menumpukan usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 melalui tindakan bersepadu dengan pelbagai pendekatan.

Justeru, baginda bertitah, semua pihak perlu menggembleng tenaga dan memberikan komitmen tinggi supaya taraf hidup golongan miskin tegar dapat ditingkatkan melalui peningkatan pendapatan mampan.

"Beta turut menyambut baik usaha diterajui Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) yang memberi dimensi baharu dalam mengukuhkan sistem perlindungan sosial negara.

"Program perlindungan sosial sedia ada juga wajar diperkukuh dan disusun semula bagi mendepani cabaran yang boleh menjejaskan kualiti hidup serta potensi pembangunan masa hadapan," titah baginda ketika merasmikan Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini.

Pada masa sama, baginda mahu usaha pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta usahawan informal yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta bencana banjir diambil perhatian penting dan kritikal.

Titah baginda, kumpulan khusus seperti penjaja dan peniaga kecil, wanita, belia, graduan, kumpulan B40 termasuk asnaf serta golongan hilang pekerjaan perlu terus dibantu melalui program bimbingan keusahawanan dan pembiayaan yang bersesuaian demi kelangsungan hidup.

"Pendigitalan operasi akan terus diperkukuhkan untuk membantu usahawan tempatan bangkit semula dan menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi rakyat serta pembangunan ekonomi negara.

"Matlamat untuk membina bangsa usahawan dan menjadikan Malaysia negara keusahawanan unggul akan dapat dicapai melalui inisiatif menerusi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030)," titah baginda.

-----------------------
#BH #BHTV
Рекомендации по теме