RUMAH NORDIN AHMAD

preview_player
Показать описание
#Channel20sen

*NOTA: RAKAMAN VIDEO INI DIBUAT SEBELUM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Sebuah rumah yang diberi nama 'Rumah Nordin Ahmad' telah diwujudkan di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar Selangor, adalah untuk mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin Ahmad dalam industri perfileman tanah air.

Rumah kayu lama dua tingkat yang mempunyai dua bilik itu dikenali sebagai Rumah Ibu dipilih kerana dikatakan mempunyai ciri hampir sama dengan rumah asal pelakon itu.

Ia dibangunkan dengan kerjasama Kelab Filem dan Muzik Melayu dan pertubuhan Komuniti Rumah Kayu, Sungai Besar, Selangor.

Seniman Nordin Ahmad, anak kelahiran Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang, Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1929. Anak kedua daripada enam beradik ini dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana.

Difahamkan rumah asal Nordin Ahmad di Permatang Pasir itu sudah tiada lagi kerana dibeli oleh seseorang yang berminat untuk dijadikan rumah antik di tempat lain dan kini hanya tinggal tapaknya sahaja.

Komuniti di Selangor yang berbesar hati mewujudkan satu tempat sebagai mercu tanda yang boleh kita kenang siapa itu Nordin Ahmad.Kkewujudan rumah tersebut merupakan langkah tepat dalam menghargai seniman hebat seperti Nordin Ahmad.

kewujudan rumah itu secara tidak langsung dapat menaikkan serta memartabatkan kembali nama Nordin Ahmad.

Walaupun rumah ini dijadikan rumah inap desa, dan dalam usaha mendekatkan peminat dengan Nordin Ahmad pengunjung dapat bermalam atau tinggal di sini dengan kemudahan yang serba lengkap.

Ia Juga salah satu lagi produk pelancongan yang mampu menggamit orang luar datang ke desa yang terkenal dengan sawah padi dan pantai.

Menerusi kunjungan orang ramai ke Rumah Nordin Ahmad Secara tidak langsung pengunjung dapat mengenali dengan lebih dekat siapakah Seniman Nordin Ahmad itu.

Rumah ini turut dilengkapi maklumat dan potret daripada koleksi peribadi Nordin Ahmad. Terdapat kira-kira 80 koleksi gambar pelakon berkenaan yang rata-ratanya belum pernah dipertontonkan kepada umum.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Idea asal untuk menjenamakan salah sebuah rumah ibu di My Desa Stay, milik Komuniti Rumah Kayu ini hadir pada bulan Julai 2018 apabila saya dihubungi oleh pihak pemilik homestay yang berkonsepkan tokoh ini. Katanya subjek atau jenama Nordin Ahmad sangat dekat dihatinya untuk diabadikan sebagai label di salah sebuah rumah penginapan miliknya di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar, Selangor


Selama sebulan saya menjalankan penyelidikan dan memilih bahan-bahan bergambar untuk dijadikan sebagai bahan pameran dan hiasan di rumah yang dinamakan sebagai Rumah Nordin Ahmad ini. Sebenarnya rumah ini bukanlah sama seperti rumah asal Nordin Ahmad yang terletak di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang, tetapi ianya sebagai salah satu bentuk simbolik untuk mengangkat dan menghargai sumbangan dan ketokohan Allahyarham Nordin Ahmad dalam dunia seni perfileman Melayu tanah air.


Setelah semua proses menghiasi bahan pameran dalam rumah ini saya bersama pemilik homestay ini telah membuat temu janji bersama Datuk Rosyam Nor di pejabatnya di Setiawangsa bagi menjemput beliau sebagai perasmi Rumah Nordin Ahmad ini. Tanpa bercakap banyak, Datuk Rosyam Nor terus menyatakan kesudian untuk merasmikannya dan akhirnya tarikh 16 September 2018 telah dipilih sebagai hari majlis pelancarannya yang berlangsung secara gilang gemilang.


Saya juga berjaya mendatangkan pihak keluarga Allahyarham Nordin Ahmad dari Pulau Pinang dan dua anaknya dari Singapura dalam majlis berkenaan. Untuk pengetahuan semua Rumah Nordin Ahmad ini juga telah menjadi pilihan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk bersemayam selama 3 hari 3 malam dalam siri jelajah baginda ke daerah Sabak Bernam pada bulan September 2019.

hidiralirazali
Автор

Harap rumah kelahiran Nordin Ahmad dpt dibangunkan di tanah kelahirannya di Pulau Pinang bukannya di negeri lain

izzat_izzudin
Автор

Seniman Allahyarham Nordin Ahmad pelakon yang serba boleh.
Banyak filem arwah jadi menjadi minat seluruh negara dan luar

suparditolasuparditola
Автор

Manalah boleh lupakan Seniman Abang Nordin Ahmad . Lakunan beliau best sekali Tak Boleh ditanding beliau mempuyai style trademark sendiri Dari segi cakap jalan dressing Lakunan Dan dia lah. Pahlawan Hang jebat di Hati saya sampai sekarang.Alfatiah 🤲🤲Minta maaf klu tersalah cakap.

daviddava
Автор

Kita memang seorang peminat dengan lakonan seniman Nordin Ahmad perlakon yang hebat dia selalu berlakun dengan Latifah omar ..suraya dalam
Filem air mata duyung..

suesalbiyah
Автор

sampai sekarang sy ingat lagi watak laksamana hang jebat yg dilakonkan oleh allahyarham nordin ahmad, watak pahlawan itu sangat2 menjadi & seperti sy melihat hang jebat sendiri, Alfatihah buat allahyarham nordin ahmad, semoga bersemadi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman, Aamiin.

muhamadhanafisoldierside
Автор

Sedihnya tingo semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di syurga Allah SWT Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲🤲

tiamieeajah
Автор

Nordin Ahmad seniman legenda. Saya salah seorang peminatnya. Bagus dan tahniah ada yang terus mengabadikan kisahnya . Semoga generasi muda akan terus mengenali beliau tokoh seniman malaya. Saya minat tgk beliau bersilat. Tangkas ye.😃😊

hidupmaju
Автор

Allahyarham Nordin Ahmad seorang pelakon watak hero gagah yg penyayang. Moga roh Allahyarham Nordin Ahmad ditempatkan bersama golongan beriman serta dicucuri Rahmat Allah SWT, Aamiin YaRabbal Aalamiin. Al-Fatihah💗

whitecallalily
Автор

bagi aku nordin ahmad ni lejen dalam jiwa aku
sepatutnya dia dianugerahkan datuk atau gelaran yg sewajarnya

tengok cerita “raden mas” arwah sgt hebat lakonan beliau..alfatihah buat allayarham

slotmenia
Автор

Lakonan arwah mantap. Menjiwai. Hidup wataknya. Tak ramai pelakon yang sehebat beliau. Bakat yang limited edition.
Semoga arwah tenang di sana.

alasr
Автор

Saya tahu dimana pusara Allahyarham Nordin Ahmad yang disemadikan di Tanah Perkuburan abadi, Singapura. Dijaga rapi. Al Fatihah

tauhidmuhd
Автор

Aku suka dgn lakonan arwah...arwah ni baik orangnya...manja...kalau berlakon mesti ada mengalir air mata. Suara lembut jer...semoga arwah tenang di sana...Al fatihah...

lolalofar
Автор

Sy peminat Nordin Ahmad ..Al fatihah untuk Allahyarham .semoga rohnya dicucuri rahmat .Sentiasa dihati sy.Aaminn.

iarinayusuff
Автор

Banyak2 filem yg dia berlakon filem Hang Jebat & watak Jebat yg dia bawa paling terkesan dlm hidup aku & smpai sekarang segar di ingatan aku dialog watak yg dibawa beliau “Jangan sembah aku, aku tidak mahu di sembah dan aku bukan tuhan tp apa yg aku mahu Keadilan Keadilan Keadilan” wlau pon aku tidak lahir lg diawal penyiaran filem itu & arwah bapa ku juga sungguh minat dgn watak jebat yg dibawa oleh arwahyarham Nordin Ahmad.Bg aku bnyk2 pelakon yg bawak watak jebat dlm pelbagai siri filem Tuah, Watak jebat oleh arwah Nordin Ahmad lah yg paling terkesan jika dilihat cara, gaya lakonan & dialog yg beliau smpaikn.

mrmuhdhil
Автор

Mualaikumsalam. Sewajarnya seniman dan seniwati lama, sepatutnyabdapat pembelaan yg sewajarnyanya dari pehak berwajid, kerana jasa2 mereka2 ini berjaya mengharumkan nama negara kr dunia luar, kualuti bakat2 mereka, sekiranya filem2 tersebut ditayangkan maseh diminati, walaupun hitam puteh, sudah puluhan tahun ramai yg telah meninggal dunia, seolah, kgazanah mereka diabaikan, sepatutnya dijaga untuk jenerasi akan dtg, sebagai contoh rumah arwah datuk Sharifah Aini telah di robohkan, tapi di tinggalkan aset yg penting, anak nya seorg tahfiz. Harap kerajaan tlg buka mata dlm hal ini.

ciknacikna
Автор

Nordin Ahmad adalah hero Malaya yang paling saya mintai selepas P. Ramlee

bungatelang
Автор

Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Singapura, semasa hidup nya menetap di kampung Bedok laut singapura., walau bagaimana pun Allahyarham di lahirkan di Malaya( Malaysia)

razaliabdulaziz
Автор

Saya penggemar Nordin Ahmad dari Riau Indonesia ...Nordin bintang yg berwatak ..hebat

abizar
Автор

Ramai salah faham. Rumah ni bukan kepunyaan Nordin Ahmad tetapi dibina bersempena dgn ketokohannya dlm bidang seni dan utk memperingatinya.

charlesbronson