Rendang Daging Hari Raya, Suami bagi 5 Bintang

preview_player
Показать описание
Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni Che Nom akan sediakan menu istimewa ni…sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi. Ada 2 kaedah masak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis, dan kali ni Che Nom sediakan versi tumis, sebab tgk Aunty Aini yang femes dengan rendangnya tu masak dgn Gordon Ramsey rendang daging style yang bertumis dan memang Che Nom suka versi mcm ni.

//Bahasa Melayu
------------------------------------------------
Bahan-bahan kisar halus:
7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering
sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil biji jintan manis

Bahan-bahan lain:
2 cawan minyak masak
1 kilo daging lembu
2 cawan santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keeping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
gula nisan atau gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa

** Jumlah santan adalah dari 1 biji kelapa. Jika guna santan kotak, guna yang 500ml. Kalau untuk santan fresh timbang, guna 1 kilo.

//English
----------------------------------------
Fine grind ingredients:
7-8 shallots
5 cloves garlic
3 inches ginger
2 inches fresh turmeric
2 inches galangal
3 lemongrass
15-20 dried red chili
some water

Ingredients for dry toast:
1 tbsp coriander seeds
1 tsp cumin seeds
1 tsp fennel seeds

Other ingredients:
2 cups cooking oil
1 kilo of beef
2 cups of liquid/thin coconut milk
1 bowl of thick coconut milk
1 tamarind slice (put only half from 1 big round slice)
2-3 tbsp roasted coconut paste
1-2 sheets of turmeric leaf
2-3 pieces of kaffir lime leaf
palm sugar to taste
salt to taste

** The amount of coconut milk is from 1 fresh grated coconut. For instant coconut milk, use 500ml. If it's for fresh coconut milk, use 1 kilo in weigh.

#resepichenom #rendangdaging #menuAidilfitri
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Berikut ialah anggaran bahan-bahan untuk 5 kg daging, dengan kaedah gandaan mudah (5 kali ganda daripada resepi asal). Namun, sila sesuaikan lagi mengikut cita rasa dan konsistensi yang anda inginkan kerana kadangkala bila masak dalam kuantiti besar, sesetengah bahan mungkin tidak semestinya digandakan secara tepat 5 kali:

Bahan-bahan kisar halus (5 kg daging)
1. Bawang merah: 35–40 biji
2. Bawang putih: 25 ulas
3. Halia: 15 inci (boleh anggar lebih kurang 3–4 ketul sebesar ibu jari)
4. Kunyit hidup: 10 inci
5. Lengkuas: 10 inci
6. Serai: 15 batang
7. Cili kering: 75–100 tangkai (ikut tahap kepedasan yang diingini)
8. Air: Secukupnya untuk mengisar (lebih kurang 5 kali ganda daripada resepi asal)

Bahan-bahan untuk sangai (goreng tanpa minyak)
1. Biji ketumbar: 5 sudu besar
2. Biji jintan putih: 5 sudu kecil
3. Biji jintan manis: 5 sudu kecil

(Selepas disangai sampai naik bau, boleh tumbuk atau kisar halus.)

Bahan-bahan lain
1. Minyak masak: 10 cawan
2. Daging lembu: 5 kg
3. Santan cair: 10 cawan
4. Santan pekat: 5 mangkuk
• Jika satu biji kelapa menghasilkan santan untuk 1 kg daging, sekarang perlukan ±5 biji kelapa.
• Jika guna santan kotak (500 ml untuk 1 kg), sekarang gunakan 2, 500 ml (2.5 liter).
• Jika guna santan segar timbang (1 kg santan untuk 1 kg daging), perlukan ±5 kg santan segar.
5. Asam keping: 5 keping (jika kepingan besar, mungkin boleh guna 3–4 keping sahaja)
6. Kerisik: ±10–15 sudu besar
7. Daun kunyit: 5–10 helai
8. Daun limau purut: 10–15 helai
9. Gula nisan/Gula Melaka: Secukup rasa (boleh mula dengan 5 kali ganda dan laraskan)
10. Garam: Secukup rasa

Tips tambahan bila masak dalam kuantiti besar:
• Mulakan dengan tak terlalu banyak minyak. Boleh tambah kemudian jika perlu, sebab rendang memerlukan minyak yang cukup untuk pecah minyak, tetapi jangan sampai terlalu berminyak.
• Begitu juga dengan santan cair dan santan pekat: masukkan secara berperingkat dan perhatikan konsistensi kuah.
• Perasa seperti garam dan gula perlu ditambah sedikit demi sedikit sambil rasa. Kadang-kadang tak semestinya tepat 5 kali ganda; bergantung juga pada rasa manis semula jadi daripada santan atau daging.
• Masa memasak juga akan lebih lama kerana jumlah daging dan kuah yang banyak. Pastikan api sederhana dan selalu kacau untuk elakkan hangit di bahagian bawah.

CheNom
Автор

Saya orang Malaysia keturunan india menetap di UK. Disebabkan teringin sangat2 utk masakan Malaysia, saya mula belajar masak masakan Malaysia sendiri mostly melalu Che Nom dan youtuber lain. Walaupun first2 tu berapa menjadi, la nie walaupun tak sehebat Che Nom, sedap dan kawan2 puji. Terima Kasih Che Nom💗💗💗

malaysiaenglandvlog
Автор

Salam Che Nom. Oleh kerana pkp, akak2 tidak dapat pulang beraya ke kg. Saya mengambil alih tugas membantu emsk memasak. Buat pertama kali saya ikut 2 resepi che nom iaitu rendang daging dan kuah kacang. Kedua-duanya sedap sangat dan sempurna. Terima kasih che nom buat sy berjaya dan bangga dgn air tangan sendiri. Selamat Hari Raya buat cik nom sekeluarga.

zariffikmal
Автор

Mmg sedap rendang ni. Pagi ni, atas meja ada 3 jenis rendang. 2 dari jiran. Anak boleh pulak evaluate..rendang ibu nombor 1, rendang jiran A nombor 2, rendang jiran B banyak rempah. 😀😀😀. Bangga sekejap. Terima kasih Che Nom.

fazyusmohdyusof
Автор

Dah dua Tahun arwah mak pergi meninggalkan anak bujangnya. Tq che nom saya banyak belajar dari che nom punya tutorial memasak ni. Dari zero. Now takyah tgk resipi. Haha. Yang penting 10kali tgk video che nom. Tak bosan. Keep it up Che

jimmytaktauify
Автор

Saya orang melayu Singapura menetap overseas. Memang susah sgt nak dapat bahan² masakan melayu, tetapi kadang bila dapat kirim bahan² dri singapura atau msia memang akan cuba masak sebab kadang kempunan. Mujur ada Che Nom buat resipi makanan melayu dgn sgt teliti dan mudah nak ikut. Terima kasih!

hayalperest
Автор

tiap2 tahun sy buat rendang guna resepi che Nom ni alhamdulillah ank2 dn suami suka dn dh menjadi menu wajib di pg raya. tq Che Nom smg Allah melimpahi rahmat dn keberkatan buat Che Nom.❤

tiefatimah
Автор

Boleh bau sampai Sydney Che Nom haha tahun ke tiga raya di perantauan. Saya doakan siapa yg membaca komen ni, semoga Allah murahkan rezeki sekeluarga dan rapatkan hubungan antara keluarga dan saudara. 5 hari lagi Selamat Hari Raya 😁

xzly
Автор

Semalam buat 1kg daging, pastu licin padahal first time sya masak rendang..hari ni masak lagi 1kg daging atas permintaan..tq che nom😘..rasa saya macam chef pro plak 😅

hartamasjaya
Автор

Seriously dh cuba utk raya haji baru2 ni… Suami kata perfect. Alhamdulillah. Terima kasih chenom… PKP ni hari2 tengok yt chenom… Stakat ni cuba2 bberapa semua mnjd & sedap. Terima kasih chenom

fadzling
Автор

Che nom, nak Saya baru lepas masak rendang ni ikut resepi che nom! X derhaka satu pun. Sedap mmg xleh bawak bincang. First time masak rendang jadi che nom 😭😭😭😭 Alhamdulillah, Jazakillah khayran katheeran che nom. Salam Aidilfitri che nom & family!

amewscuriosity
Автор

Selamat hari raya semuaaaa... Kali pertama nak masak rendang dekat rumah mentua terus buka YouTube cari che Nom😅 mintak ii menjadi dengan jayanya lah😂😂 terima kasih che nom semoga sentiasa dilimpahkan rezeki seperti air zam zam yang mengalir tanpa henti.. alang alang beraya tu jangan lupakan saudara kita di Palestin yg masih dalam peperangan meh la sama ii kita doakan saudara mara kita disana😢😢❤

1 aidilfitri
10/04/24

Miszmiraaa
Автор

sempoi la rendang ni saya nak buat raya nanti. Saya dah ketagih dgn video che nom. semua saya buat jadi!!! puding jagung roti tu agar agar gula melaka nasik tomato dan skrg rendang che nom... terbaik la, saya jugak followers che nom di ig!!!

lorelaileighggilmore
Автор

Salam cek nom, hidangan nampak menyelerakan dan simple jer explanation cik nom.. insyallah saya akan cuba nnt...dan kalau saya guna ilmu cik nom utk masakan dan cubaan utk saya belajar berniaga nnt..saya minta cik nom halalkan ilmu ye. Tq😘

hunnielurv
Автор

Salam Che Nom, saja nak kongsi yg saya berjaya masak rendang daging mengikut cara Che Nom. Alhamdulillah! Sungguh gembira sekali. Terimakasih & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

marmyanaii
Автор

Assalamualaikum Che Nom. Ni menu kedua sy try. 1st ayam Masak merah special.. Rendang daging baru 1st try smlm.. Sy tak pernah masak rendang dr sebelum kahwin smpai dah khwin. Smlm sy buat, Ya Allah suami puji, bagi kakak rasa, dia puji 5bintang. Terima kasih Che Nom kongsi resipi. Semoga Allah Balas segala jasa Che Nom di syurga nnt. Aamiin 💕 ** ayam pun suami dan family semua suka. Semua cakap sedap. 💞

zulikaatika
Автор

Alhamdulillah..Terima kasih Che Nom kongsi resipi ni..sy dah cuba masak rendang ni..memang sedap sgt tak boleh bawak bincang..husband bukan sekadar bg 5 bintang..siap cakap A+++..terbaiklah Che Nom..Semoga Allah melimpah ruah lagi rezeki Che Nom sekeluarga..Aamiin..aamiin

nurnabilahadnan
Автор

Bagus masakan che Nom Tak pernah tengok media media melawat che Nom. Inilah betul betul pemasak yang disukai ramai Mana ada pemasak membawa hal hal keluarga campur sama resepi makanan Lagi pun bukan handal dalam masakan Semua sokong tak yang I cakap kalau ada ikon memang sesuai che Nom yang dimiliki! Lagipun masakan che Nom rapi bersih dan mengatur Sesuai untuk dalam bilangan kehidupan golongan surirumahtangga. Syabas che Nom tak pernah menghampakan you tuber ! Youtuber kasi banyak sokongan kepada Che Nom Lembut dan tidak membawa masaalah

nofuture
Автор

Che nom... Sy nak mengadu. Ni kali ke3 sy ikut resepi rendang che nom. Tapi kali ni sy guna pressure cooker, tak reti bajet masa. Habis hancur daging sy 😂 tapi rasa tetap onzz.. Nak bagi jiran tapi malu...hahaa adoii lah. Terima kasih che nom ajar sy masak. Dah 2 kali raya aidilfitri & 1 kali raya aidiladha sy tak balik kampung. Sy dok ulang je video resepi ni. Tu view 1.5m tu, separuh sy yg contribute 😂😂 Selamat Hari Raya Che Nom dan semua..

belajarbersamakakcat
Автор

Sy msk rendang daging utk jamuan mkn d offc. Kwn2 offc puji sedap sgt. Video msk Che Nom sgt2 mmbntu sy utk pertingktkn kualiti mskn sy. Tq Che Nom 🤗. Semoga Allah swt murahkn rezeki Che Nom. Aaamin. Aaaamin. Aaaamin. 😙

maslizagan
visit shbcf.ru