Taman Hidupan Liar Lok Kawi

preview_player
Показать описание
Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Merupakan sebuah taman perlindungan yang terletak di Sabah, Malaysia. Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Lok Kawi, hanya kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani, telah dibuka secara rasmi pada Mac 2007 dengan memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri kerana taman seluas 112 hektar itu ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut.

Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan kadar bayaran yang dikenakan ialah RM10 untuk dewasa, RM5.00 (kanak-kanak), manakala bagi pelancong asing, dewasa dikenakan RM20 dan kanak-kanak (RM10) (kadar pada tahun 2014).

#kakijalan #sabah #travel
Рекомендации по теме