Rafidah Ibrahim: Strike Atau Spare? Cuba Teka...

preview_player
Показать описание
Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida Ibrahim adalah seorang artis Malaysia bertudung yang sangat cantik dan sangat sopan.. Beliau adalah sepupu kepada Datuk Siti Nurhaliza. Patutlah wajahnya iras-iras Datuk Siti juga.

Biodata Profil Fida (Rafidah Ibrahim)

Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim
Nama Komersial: Fida Ibrahim
Tarikh lahir: 4 Jun 1986
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM)
Karier: Pelakon dan penyanyi
Drama: Kasih Alia, E-Toyol, Epilog Syurga Cinta, Cinta Tikar Sejadah
Filem: Adik Manja The Return, Kongsi, Man Sewel Datang KL
Pencapaian: Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007

Fida Ibrahim juga mempunyai hubungan persaudaraan dengan Datuk Siti Nurhaliza iaitu pangkat sepupu diantara mereka berdua.

Gosip Hangat: Fida Ibrahim Kembali Single Setelah Putus Cinta

Pelakon dan penyanyi (Gambar) Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.

(Gambar) Fida Ibrahim, 27 tahun, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya.

Fida Ibrahim - Mamat Sepah Hanya Kawan Biasa

Hubungan cinta Mamat Sepah dan Fida Ibrahim sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Fida Ibrahim - Zalif Sudah Tiada Hubungan Cinta

Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.

"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.

"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fida Ibrahim berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

Terbaru, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim telah dikecam hebat oleh sesetengah pengikutnya di laman perkongsian gambar popular itu apabila dia mengenakan pakaian ketat dalam sebuah sesi ‘photoshoot’.

Apabila diminta memberi respon tentang isu pakaian ketatnya yang mengundang kritikan peminat. Menurut Fida, dia ialah duta bagi produk pelangsingan tersebut dan pastinya baju ketat tersebut dipakai untuk membuktikan keberkesanan.

“Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.
Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan pem
Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?
Рекомендации по теме