Alleycats-Andainya aku pergi dulu

preview_player
Показать описание

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Kumpulan kaum lain² tp nyanyi lagu melayu..kita patut berbangga kerana negara kita Malaysia mempunyai pelbagai ektnik yg aman makmur dan damai..moga ikatan antara kaum ini dapat dikekalkan selamanya..
#malaysiakuselamanya

ukaiurangbukai
Автор

Aku dulu mase keje kilang ade sorang makcik india suke sangat dengan lagu alleycats die suruh aku nanyikan semua lagu hit alleycats aku nanyi la lepas tu rehat die belanje aku makan dan ucap terima kasih sebab nanyikan lagu tu... Die happy sangat...masa aku berhenti keje die cakap lepas ni xde dah nak nanyikan lagu aleycats lagi... Untie maria segar dalam ingatan bila dengar lagu ni.... Itulah perpaduan dalam malaysia

ridzuanshah
Автор

Alleycats.. Salah satu group yang amat disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.. Lagu lagu Alleycats memang kekal dihati buat selama-lamanya..

royrajsekaran
Автор

Masa umur 15 thn aku nyanyi lagi ni sambil kepit hidung dgn pengepit baju biar dgr sengau sikit suara, konon nya nk mcm David arumugam. tau2 keletung menyinggah botol kicap atas kepala. Skrg aku dah masuk 40 siri.. Lagu Alleycats still the best..

joelipakmines
Автор

Tak sangka lagu ni ciptaan M Nasir. Wow!

zest
Автор

tolong please tolong rakyat malaysia semua..saya merayu.... melayu cina india bersatu padu balik seperti zaman dulu...tak rindukah anda rakyat malaysia seperti di era 90an 80an 70an...dulu...semua bersatu...tk rindukah anda dgar2 lagu2 lama mcm ni...membuktikan kekukuhan bangsa seperti dulu...kita dah cukup brrsyukur malaysia negara aman tanpa gangguan dr dunia luar..malaysia aman merdeka..jgn kita pulak yg bertelagah berperang sesama sendiri ..kembalikan balik keamanan malaysia seperti dulu..no resist...cina malay india..saling hormat menghormati berbilang bangsa dan kaum...sbb saya sedih sangat2 sedih dgn malaysia skrg...please kembalikan kedamaian untuk malaysia yg tercinta ini..jangan gaduh..jangan kutuk mengutuk lain2 bangsa dan agama ..semua bangsa harus bersatu kembali...tk berbanggakah semua bangsa berlainan agama dan bangsa menyanyi lagu melayu yg begitu shahdu ini....

dickmaxkenzy
Автор

Antara lagu favourite arwah abah saya..Azman b.yahya..tiap2 mlm dia akn psg lagu dr alleycat ni..pastu nyanyi kt kmi..Alfatihah (16.11.1951-25.2.2019)

norazimaazman
Автор

semua lagu alleycat sedap dan menusuk kalbu, lagu nih kekal evergreen biarpun seribu tahun lgi

mattzickryzickry
Автор

Nostalgia zaman kanak2 di tahun 80an dulu.meriah berkumpul ramai2 bila musim cuti sekolah..zaman yg penuh kegembiraan.sekarang telah berlalu masing2 membawa haluan idup sendiri..moga Allah membuka pintu kami sume berkumpul semula sementara ada hayat dikandung badan..Aamiin

sahibuzzamanmohdsaad
Автор

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

shazwannaziri
Автор

Patut diberi penghargaan setingginya pada Alleycats

normanhughedicko
Автор

Berfikir positif kerana Allah
Untuk semua kaum yg berlainan agama dan keturunan

sharitabintihassan
Автор

Lagu ni amat syahdu sekali. Tiap kali mendengarnye saya teringatkan suami saya yang amat tersayang yang telah menyahut panggilan illahi. Moga Arwah ditempatkan dgn orang2 yang beriman dan moga saya dan Arwah ditempatkan di Jannah. Insyaallah. Amiin. Ya Rabbal Alamin.

itz_starbucks_natasha_unic
Автор

Lagu ni aku pernah nyanyi dlm bilik aair masa bujang dulu.bila sampai ku nanti mu di pintu syurga.kawan aku cakap sembahyang tak pernah nak masuk syurga ooi..

faizalzal
Автор

Teringat kenangan semasa budak2 dulu.masa tu pasang lagu ni dlm lori 1 tan.naik lori satu keluarga mendengar lagu ni dlm menyanyi bersama-sama.masa tu lagu ni tgah top beberapa.kenangan yg sukar untuk ku lupakan.kaset lagu ni Ang ku yg belikan.

ahmadmizi
Автор

Anggota kump alleycats india dan cina nyanyi lgu mlyu mengambarkn uniknya malaysia ni

abdazizaziz
Автор

Kumpulan yg mempunyai identiti yg cukup unik. Biarpun zaman beredar namun lagu mereka tetap terbaik untuk dilayani segenap masyarakat .

anissofeaa
Автор

Teringat masa muda di Medan tahun 80-an, beli kasetnya di Singapura, love you all

gopermanperman
Автор

teringat...dalam kelas, dalam bilik air, masa assembly malah masa panjat pokok pun nyanyi lagu ni..kenangan terindah masa kecil dulu...hmm..cepatnya masa beredar meninggalkan kita.

captigaular
Автор

Mengimbau kembali kenangan di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Subang 1978 - 1997 banyak nya kenangan pahit manis ketiga bertugas di situ sebelum berpindah di KLIA -- Salam buat sahabat di Oasis especially untuk Noraini Kassim .

mohdnoorsuratman