Ruang Red - NIATKU

preview_player
Показать описание
Title: NIATKU
Artist: Ruang Red

Produced by Vino Ramaldo
Written by El & Red
Recorded & Mixed by Ruang Red

Follow us on instagram:

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Niatku - Red

Kau bawa janjimu
Jauh dari diri ini
Tanpa ku kau pergi
Hingga hela nafasku terhenti
Sanggup aku pertaruhkan
Demi masa ku serahkan AKU


Dalam pelukan sejuk tubuh hujung malam sunyi
Dibawah guyur runtuhan ku berhujankan mimpi
Yang melayangkan dendam ku serata lingkung bumi
Yang menyudikan bungkusan ku pada langit hari
Kini tinggal harapan yang sekadar harapan
Hancur musnah tak sedar semua luar jangkaan
Kegagalan dalam setiap percubaan
Dahi mulai kurang sujud persoal tentang tuhan


Dimanakah?
-saat ku sedang memerlukan

Dimanakah
-saat badan ku sedang lemah

Dimanakah
-saat diri ini mulai tak faham dengan dunia dan manusia penuh dusta

-Dimanakah
Tuhanku beri petunjukMu
-Dimanakah
Tuhanku suluhkan jalanMu
-Dimanakah
Sungguh diri ini tak mampu masih dibelengu dengan rahsia duniaku tanpa jemu


Kufur, soalan tatkala ku dalam kejahilan
Fikiran bercelaru terlalu ikut perasaan
Dalam kebingungan ku kau selitkan kesedaran
Betapa hancur hidup harus ku tetap pegangan
Adiksi dunia, akhirnya buat ku tewas
Dalam kufur rasa buat aku jatuh lemas
Hadap sakit yang konon selubungi jayaku
Tak percaya ku dengan muzik itu kerjaya ku
Ku persembahkan dalam baris semua ceritaku
Harap yang faham dapat tafsir maksud, niat aku
Bukan semata kerna cinta, aku berlagu
Cinta manusia dan pencipta, itu ilhamku
Dalam tafakkur digembala, takut aku akur
Dalam tersadung ku sengsara tiada datang hulur
Jika masih ada ruang, isikan tempat aku
Walau jasad terbujur kaku aku ingin semua tahu niatku


Kau bawa janjimu
Jauh dari diri ini
Tanpa ku kau pergi
Hingga hela nafasku terhenti
Sanggup aku pertaruhkan
Demi masa ku serahkan AKU
X2
Aku....aku....

MrAraz
Автор

Fahami tujuan hidup. Hakikat masa depan tu apa? Tujuan kita adalah akhirat kita. Kalau kita lalai dalam bawa bekal untuk akhirat kita. Kita kejar dunia. Cari Allah tatkala buntu dengan keperluan dunia sahaja. Tapi Allah masih sayang pada kita. Allah hadirkan ujian untuk kita. Semata2 untuk kita berbalik pada Dia. Bersyukurlah jika masih diuji. Tanda Allah sayang. Fahami tujuan hidup. Fahami hakikat masa depan. Kita Islam kita semua saudara. Hidayah milik Allah.

kamalshukri
Автор

Teruskan berdakwah dalam nyanyian di akhir2 zaman ni...semoga ada hikmah disebaliknya

MsJihad
Автор

assalam..awk..sya bru knl awk...bru dngr lagu awk..terima kasih sbb doa intro lagu ni buka hati sya untuk berubah...teruskan keluarkan karya yg mampu bantu org lain dkat dngn allah..😊😊

nurulraudah
Автор

Bismillah sollu ala Nabiy❤
Terusan berkarya walau media utama tidak memandang tetap bernilai dimata mrk yg memiliki jiwa Rasa sentuhan

Realiti dunia x kira apa bidang posisi kita dlm membawa, menyatakan kebenaran(al Haq). Konsep istilah bahasa jua diubah utk mengaburi yg buta cth mudah asal kosa kata Mengumpat diubah kpd Gosip, Membawang dan apa jua sebutan yg bawa makna erti yg sama tersedarkah ianya Bahtil. Bagaimana kita utk terhindar dari semua ini yg sedang berada tepat dihujung tanduk umat manusia? Dgn ilmukah, akal kah atau berfikir yg mana masa amat pantas tiada ruang otak memproses. Saring pada Jiwa Hadirkan hati utk sayangi Nabi Cintai Tuhan!!!

Kini terbuai dlm kelompok yg lunak larut dgn dunia dan merasakan realiti kehidupan yg dilalui pada landasan yg betol walhal ianya menuju pada titik yg gelap krn arus Dunia yg sedang dikuasai oleh satu kuasa sebagai ujian buat manusia. "Berhati hati" dgn membaca keterangan dunia hari ini dgn "Hati" yg bertaup kpd kasih sayang Nabi dan Cinta Ilahi. Peperangan antara Haq dan Batil ini dihadapi dgn mata hati tempat dimana Tuhan memandang para hambanya. Justeru Awasilah Akal yg berfikir dgn Dangkal liar dipergaruhi Nafsu jadikan kita Bebal maka tertutuplah dgn hijab ilusi kepalsuan dunia wasalam Wallahualam

epyriduan
Автор

Sedia hadir red, doakan red ku berubah kearah lebih baik dari mimpi semalam.💫

duniagamr
Автор

Someone from Ometv introduced this song to me.
Tak sangka best sangat. Nasib jumpa jugak. Teruskan berkarya. Bagus semua lagu2 kamu..

elliacd
Автор

Malique, persiapkan Red ini untuk generasi baharu👍🏻 hrp suatu masa nnti bro kau jumpa Mr Malique. Setiap lirik kau terbaik aaar!💥 Trima Kasih sbb bangkitkn positif hip hop truskn berkarya!👍🏻 Malique u should see him

gonggijarredlouiz
Автор

Power red...4-5 Hari ni semua lagu2 lu ..wa abis dengar

zaidnor
Автор

Terima kasih pada pemilik lirik dan irama ini..semoga dipermudahkan oleh tuhan urusan kamu bang

SECAWANDENCOL
Автор

Lagu Ni MASTERPIECE!!🔥👏🏻 Lumrah Dunia Kadang Kita Di Tinggalkan😌 "Hadap Ujian Hidup Di Muka Bumi, Teruskan Perjuangan Sampai Kita Menghadap Ilahi"🤲🏻💪🏻

mohdbukhary
Автор

First time dgr lagu ni...wa salute dgn Ruang Red...mulai hari ni sya peminat baru korg... terbaikkk.. teruskn berkarya insyaallah kita org terus support Ruang Red💪♥️

muhdzammirzammir
Автор

makna lagu ini sangat mendalam.aku suka bro👍😉 salam dari indonesia🇲🇨

rizaulakbar
Автор

Pernah viral pda masanya ✌😁

Kapan releas lagu religiusnya lagi bang, bntar lg mau puasa

miftakhulhuda
Автор

Selalu mcm ni, bila dah down baru ingat tuhan. Dimanakah? Semoga dapat hidayah. amin...

flick
Автор

Mantap bro, suka gila dengan lirik yang mengandungi maksud yang mendalam and beat yang amazing . Teruskan berkarya bro 🫶🏻❤️

PRAYFORPALESTINE
Автор

REd. kau bergaya dan sangat kaya dalam berkarya. Teruskan dgn apa yg kau niatkan. Tuhan Maha Melihat Dan Maha Mendengar lagi Maha Memahami.

mohdhisyam
Автор

assalamualaikum... bro memang terbaik.... ikhlas tu mmng tak boleh nak nampak, tapi sy rasa semua orang dapat rasa keikhlasan bro tu... sy doakan agar awak berjaya dunia dan akhirat... aminn..

muhammadazizy
Автор

Padu brader red sangat tersentuh..moga menjadi asbab ke arah kebaikan

harrysam
Автор

pls release lagu ni dekat apple music 😭🙏🏻

umrhrzk