Suami Lafaz Cerai Dalam Keadaan Marah Adakah Jatuh Talak? - Ustaz Azhar Idrus

preview_player
Показать описание
Kuliyyah Maghrib Bulanan & Soal Jawab Agama - Ustaz Azhar Idrus

📆 02 Jun 2022
⏰ 7.45 malam
🕌 Surau Al-Iman Kg Losong, Kuala Terengganu
📖 Kitab : Ayyuhal Walad

Channel Rasmi Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Mencari ilmu merupakan adalah satu kewajiban. Tidak boleh dipandang sebelah mata, diremehkan , sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw.

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah).


Oleh karana itu, setiap muslim wajib memiliki ilmu. Syukur jika ilmu yang telah ia miliki bermanfaat bagi orang lain. Dia ajarkan dan sebarkan kepada masyarakat. Bermanfaat bagi diri sendiri sekaligus bagi umat. Dikatakan, “Barangsiapa memiliki ilmu, lalu ia amalkan dan ajarkan, ia akan dikenal oleh para penduduk langit.”
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Allah Subhanahu Wata’ala akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Allah Subhanahu Wata’ala Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Qs. al-Mujadilah [58] : 11).

Official YouTube Channel : Ustaz Azhar Idrus Official (UAITUBE)

~ Like Comment Subscribe ~

All rights reserved. Unauthorised reproduction is a violation of applicable laws.

Ustaz Azhar Idrus Official © 2022

#UstazAzharIdrusOfficial #like #subscribe
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

*Hukum Suami Menjatuhkan Talak Dalam Keadaan Marah*

Manakala menurut pandangan ulama fiqh, Dr Wahbah Zuhaili, marah (ghadhab) ada dua jenis.

Pertama, marah biasa yang tidak sampai menghilangkan kesedaran atau akal sehingga seseorang itu masih menyedari ucapan atau tindakannya.

Kedua, marah teramat sangat sehingga seseorang hilang kesedaran atau akal yang mengakibatkan dia tidak menyedari lagi ucapan dan tindakannya sehingga mengalami kekacauan.

Fuqaha berbeza pendapat mengenai talak yang diucapkan dalam keadaan marah biasa (thalaq al-ghadbaan):

Pertama, menurut ulamat mazhab Hanafi dan sebahagian ulama mazhab Hanbali, talak seperti itu tidak jatuh.

Kedua, menurut ulama mazhab Maliki, Hanbali dan Syafi’i, talaknya jatuh.

Pendapat pertama antara lain bersandarkan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidak ada talak dan pembebasan hamba dalam keadaan marah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Pendapat kedua pula antara lain berdalil dengan riwayat Mujahid bahawa Ibnu Abbas RA didatangi oleh seorang lelaki yang berkata:

“Saya telah menjatuhkan talak tiga kali pada isteriku dalam keadaan marah.” Ibnu Abbas menjawab, “Aku tidak boleh menghalalkan untukmu apa yang diharamkan oleh Allah. Kamu telah mendurhakai Allah dan isterimu telah haram bagimu.” ( Riwayat Daruqutni)

Kesimpulannya, suami yang menjatuhkan talak dalam keadaan marah dianggap tetap jatuh talaknya.

Sebab keadaan marah, ia mempengaruhi keabsahan tasharruf (tindakan hukum) yang dilakukannya, termasuk mengucapkan talak.

Tetapi, jika kemarahannya mencapai tahap marah amat sangat, talaknya tidak jatuh.

Sekiranya suami berpendirian dia benar-benar tidak sedar apa yang dilafazkan ketika itu, maka suami hendaklah membuktikan ketidakwarasan dirinya dengan mengemukakan bukti.

DrLutpi
Автор

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد✨

atokkkksejuk
Автор

Assalamualaikum. Mari sama-sama kita Selawat buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
‎۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD...

jaarazak
Автор

Ada ustaz. Ramai juga yg bercerai atas dasar tidak lagi berkesefahaman dan bercerai secara baik.

faridy
Автор

kalau "aku cerai kau". adakah ianya sah jatuh talak? dan sekiranya jatuh, boleh ka suami menarik semula lafaz tersebut kerana tiada org yg mendengar selain suami istri?

izzahakadir
Автор

Allahumma solli ala saidina Muhammad 💚

nurnajwa
Автор

Tapi kenapa undang² mengatakan selagi makhamah tak jatuh hukum, masih lagi belum jatuh talak? Ayah saya sebut "Aku ceraikan kau" tapi bila cakap dgn peguam, dorng cakap ayah lafaz dlm keadaan yang tak waras sbb ayah saya sakit. Boleh sesiapa bagi penjelasan?

justplayiton
Автор

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah.
SHOLLALLAHU ‘ALA MUHAMMAD ❤️

mohdshaznas
Автор

Assalamualaikum.. terbaik Ustaz.. terima kasih atas perkongsian dan ilmu... Alhamdulillah..

muhamadzulkiflimdzain
Автор

Tapi kenapa haritu di mahkamah, hakim tak jatuhkan talak ye.. sebab hakim tanya si suami kenapa lafaz begitu, si suami beritahu dia dalam keadaan emosi dan marah.. jadi hakim tak jatuhkan sebab buat atas niat suami nak ceraikan. Sesiapa minta pencerahan boleh.

nuramirah
Автор

Nk ustaz klw tnya kt kwn pasal nk cerai jatuh talak

iyzadfaiz
Автор

Aslmmualaikum ustaz saya bru2 ni bertengkar dengan suami ustaz kmi Kwin bru 3 bulan 😌 sbb apa yang di kata kan sebelum Kwin tdk sesuai dengan selepas Kwin.. Saya hilang sabar minta cerai dengan dia desak saya sbb saya tdk than suda sllu dia ja yg mnta d faham TPI tdk fham keadaan saya ustaz 😌 akhirnya stla saya desak2 dia ckp Bismillah sifulan binti si fulan (nama saya binti bapa saya) saya cerai kan kau talak 1 lepas tu 2 jam kemudian dia koll saya cekap saya dengan dia msi suami isteri dia jatuh kan talak tu tidak sah sebab dlam keadaan mara dia bilang.. Nak minta pendapat ustaz ni saya bingung antara terikat dan mati rasa untuk bersama lagi.. Sbb apa yang saya fkir kan kalau dia syng mara mcm mna skli pun saya desak dia TTP perthan kan TPI ni tidak dia tetap jatu kan talak juga.. Apa yang patut saya buat ustaz?

AnizNana-jnny
Автор

Rodhitu billahi rabba, wa bil-islami dina, wa bi Muhammadin nabiyyau wa rasula.

Allahumma shalli 'ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad Wasallim taslima

Subhanallahi wabihamdihi adada kholqihi waridho nafsihi wazinata arsyihi wamidada kalimatih

Jazallahu'anna Sayyidana Muhammadan Sallallahu'Alaihi Wasallam Ma Huwa Ahluh

Allahumma ini as aluka ya Allah al ahad as shamad alladzi lam yalid walam yulad walam yakul lahuu kufuwan ahad astaghfira lii zdunuub innaka antal ghafuru rakhim

Allahumma ini audzubika min adzabi jahannam

Allahumma a'inni ala zikrika wa shukrika wa husni ibadatiq

La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir

Ashadu an Lailahaillallah, Wa anna Muhammadan abduhu warasuluh

Auzubillah hissami 'il alim minasyaithonirrojim huwallahu khaaliqul baari 'ul Musawwir;.
lahul Asmaa 'ul Husnaa: yusabbihu lahoo maa fis samaawaati wal ardi wa Huwal 'Azeezul Hakeem

Allahumma ajirna minannar 7×

Lailahaillallah al malikul haqqul mubin

Allaahumma Anta Rabbi Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa 'Abduka Wa Anaa 'Ala 'Ahdika Wawa' Dika Mas-tatha'-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona'-tu Abuu-U Laka Bini'matika 'Alayya Waabu ubidzanbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firud-dzunuuba illaa Annta.

rimuyu
Автор

Assalamualaikum..Jatuh ka talak kalau seorang lelaki tercakap sama isteri apa ko mahu ko mahu aku ceraikan ko dan ckp lg kalau ko mahu aku ceraikan ko dalam keadaan marah..jatuh ka talak.. seolan kedua.ada ka jatuh talak kalau melabihi dua kali ucapkan apa ko mahu aku cerai kan ko kalau ko mahu aku cerai kan ko ada ka jatuh talak..

fatimahtimah
Автор

ustaz boleh ... tanya suami saya dalam keadan marah ... suami saya cakap aku cerai kan kmu aku talak kmu ada ka sabit jatuh talak atau belum

lelanajwa
Автор

kalau si suami sebut kita divorce???macam ustaz adakah jatuh talak 💆🏻‍♀️😭

akakdurian
Автор

Kalau cm aku akan ceraikan terlebih dahulu kira talak ke ustaz😢

muhdfuad
Автор

adakah lafaz cerai perlu difahami oleh kedua pihak? bagaimana kalau suami lafaz dlm bahasa german contohnya?

haziqzainudin
Автор

Sikit2 mtak cerai..sikit mtk cerai..tu la pompuan..bila sakit pndai mntak urut..mntak angry bird la..

addaali
Автор

Jangan sampai aku cerai kan kau mcm mna plk?

lihinyahya