Mee Bandung MUAR, Resepi Turun Menurun 40 TAHUN! | Resepi Tok Johor

preview_player
Показать описание
Antara Mee Bandung yang ASLI di sekitar Muar, Johor! Cuba jangan tak cuba!

📍Lokasi: S.S Corner (Waze / Google Map FZ Mastermart 2 Parit Bugis)
Jalan Parit Yusof, 83600 Semerah, Muar

⏰ Waktu Operasi » 11 pagi - 7 malam

Bandar Diraja Muar semestinya sinonim dengan Mee Bandung. Setiap kali datang ke Muar, pasti orang luar akan mengambil kesempatan untuk merasai keaslian Mee Bandung asli ini.

Di sekitar Kamping Parit Bugis, Muar terdapat satu gerai makanan kecil yang menghidangkan Mee Bandung menggunakan resepi keluarganya lebih dari 40 tahun! Keenakkan Mee Bandung mereka semestinya menjadi pilihan penduduk kampung Parit Bugis dan juga pelancong yang datang ke kampung tersebut!

Tonton Siri Resepi Tok di bawah:-

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Cadangan utk DTV...boleh berikan sticker atau signage utk digantung di kedai makan yg di lawati sperti jalan2 cari mkn... Brand DTV ni boleh pergi jauh dan dikenali ramai...insyaallah. Tq

mschannel
Автор

bulan lepas sy dah smpai kedai abg din ni, mmg terbaik mee bandung dia..punca tgok destinasi trus sblah ptg gerak parit bugis ni..hehehe sedap sngatt

SaidAfzan
Автор

Saya harap dtv kekalkan Fendi sebagai host dtv sbb Fendi tahu cara² masakan, hebat Fendi dn dtv 👍

muhamadzamri
Автор

ASSALAMUALAIKUM MEMANG MANTAP KAN MEE BANDUNG...SAYA SEBAGAI WARGA MUAR BERBANGGA DENGAN ABGDIN YG MENYAJIKAN MENU TERSEBUT

sazlibuyong
Автор

Sy baru pergi 2 hari lepas.
Mmg sedap....xde lebih, xde kurang....perfect

hannyaalong
Автор

SAYA BARU PERGI DAN SANGAT TERBAIK MEE BANDUNG TU!

Bawak balik bungkus kuah asing 😂


Terbaik giler!!!

muhammadyusoffjamaluddin
Автор

Aku bukan org muor... Tp bila balik muor mst pergi cari mee bandung... Ade 1 kedai yg aku rasa mmg sedap la mee bandung dia berbanding kedai2 lain yg aku try... Nama kedai xtau pulak, lokasi dia sebelah petronas bukit gambir... Sebelah masjid bukit gambir...

miesuhaimie
Автор

Resepi Tok Johor ni nmpk byk kat parit bugis, tempat org bugis dgn org Jawa. Akhirnya Ada gak la makanan asli muo yg betul2 asli dr muo dipromosi. Tp terpikir gak, agaknya nnt ade ke promosi utk makanan khas org melayu johor mcm Nasi Beringin ke, mee siput ke atau Asam pedas muo ke.

malayaichannel
Автор

Cute lar abang Din ni, aku orang Kedah tapi suka mee bandung Muar ni.

zainudinghazali
Автор

Aku anak jati muo. Dari kecik sampai beso dok muo Mee bandung yg sedap ada dua 1) Bus stand muo abg sayang punya
2) Warung acit betul betu sebelahtaman guru
3) Arwah pakcik aku mee bandung dkt PPD. Mmg power. Alfatihah
Yg lain kuah cair, tak pekat and rencah tak byk sebab target market utk org luar makan. Selamat mencuba 😀

meowjer
Автор

Kebanyakan kedai/gerai di Muo ada rasa tersendiri. Di Tanjung Agas, ada 3 kedai mee bandung Central(Fuad, Ida dan Ajak), mee bandung Hjh Milah, mee bandung Satar 3 bersaudara, mee bandung Orang Lama, mee bandung Baridah dan mee bandung Udang Galah. Kalo di area bandar, kedai Abu Bakar Hanifah, Mak Pon, Abg Sayang dan lain2. Kedai Abg Din(SS corner) yg fendi review ni antara yg terbaik rasanya. Senang citer kalo gi muo ni, pergilah mana2 kedai/gerai yg mnyajikan menu mee bandung...90% tak akan mngecewakan. Terima kasih Destinasi TV.

nazzmasa
Автор

pada saya mee bandung yg sedap bila kita bole makan sampai habis kuahnya...steady abg din...lps ni beratur panjang customer...👍👍

shakirinzainal
Автор

Owner kedai mmg baik org nya..bersih muka nya..muka ada manis..mmg patut masak sedap..

kertasputih
Автор

Selaku Anak Jati Muo, ini diakui cara masak Mee Bandung Muo yang original. Ala toksah la nak gaduh masuk tauhu ke udang ke carrot ke sebab lain orang lain resepi dan lain cara, yg penting paste mee bandung dia tu wajib ada. Ingat senang ke nak masak, 2 jam kot! Kalau Mee Bandung Muo versi lengkap yg terpaling asli lagi mewah lauk dia sebenarnya. Versi arwah mak kami kuah tu memang buat dari air rebusan stok daging, lepas tu ada udang sotong kerang kupang ayam daging semua ada. Sayur pakai sawi carrot tomato tauge, tauhu. Last sekali kena pecahkan telur dlm kuah sebelum angkat bagi telur goyang. Untuk paste mak kami tak pakai udang geragau tapi udang kering sbb tu yg paling original. Udang geragau tu org pakai sbb murah, yg aslinya pakai udang kering. Dulu bila makan kat luar Muo kalau order mee bandung boleh mengamuk yer sebab dapat mee sos. Tapi betullah ckp org, kalau belum sampai Muo makan mee bandung ko mmg belum rasa mee bandung sebenar. Memang sangat lain, kau tengok abg ni pakai paste dia yg pekat melekat tu pun dah tau beza sangat. Silalah datang Ke Muar Bandar Diraja untuk merasai keenakan sebenar Mee Bandung Muo yang paling asli dan rasa sebenar, dan tak dilupa asam pedas tersedap di muka bumi Asam Pedas Muo!

fendiofmuar
Автор

Mee Bandung muar di muar mmg paling padu.. Balik kg mmg aku akan singgah ke muar untk cari dan insyaAllah soon akan singgah kedai abg din untk support.. Klau di KL ada 1 kedai yg rasa dia hmpir2 ori di Kedai Nurul Sate Batang Pinang.. Boleh cuba try dan mmg recommended

fazreenrazi
Автор

Klau sebut Mee Bandung, mesti carik kt Muo..🤤😋 sedap nau 👍

yayahassan
Автор

Selaku org Sarawak, member Muar aku siap2 bgi pesanan keramat.

1-Jangan cakap pnah makan Mi Bandung selagi tak turun Muar.

2- Berlapar dulu, baru turun Muar.

Sampai hari ni, aku pegang. First time aku order telur separuh masak + cili jeruk tal putus 🤤

karmickoala
Автор

Sy singgah makan sini.
Kami berdua, makan mee bandung ketew bandung dan bihun soto. Mmg terbaik lah. Sedap. Kuih donat pau pun sedap.

Err...masa sy pergi makan tadi, wak din pakai baju merah juga.

ombakbesar
Автор

Mi bandung dgn kupang..
Perghhh..
Kenangan sungguh laa

mohamadazhari
Автор

Setiap tahun mmg akan turun johor cari makan best. Aku pasti akan datang kedai ni lah! Thanks for sharing

rikiriki