filmov
tv
ATM HIGHLIGHT: SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MK ATM

Показать описание
KUALA LUMPUR, 18 Nov 20 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir ke upacara Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia bertempat di Ruang Perkasa, Kementerian Pertahanan.
Upacara ini menyaksikan penyerahan tugas Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia di antara Lt Jen Dato' Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin (Penyerah) dan Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi (Penerima) yang secara rasminya dilantik sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia ke-18 berkuatkuasa pada 18 Nov 2020.
Dalam acara yang sama, Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan cenderakenangan kepada Lt Jen Dato' Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin sebagai tanda penghargaan kepada beliau diatas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan ATM amnya.
Turut hadir ke upacara ini adalah, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sani, Panglima Tentera Laut, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan, Timbalan Panglima Tentera Udara yang mewakili Panglima Tentera Udara serta Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain.
Seluruh warga ATM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat bersara kepada Lt Jen Dato' Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin (Mantan KS MATM) serta sekalung tahniah kepada Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi di atas pelantikan sebagai KS MK ATM yang baharu.