Sera - Dibadai Asmara [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu: Dibadai Asmara
Artis: Sera
Komposer: Wan Zul
Lirik: Arab

Haruskah aku terus merayu padamu
Haruskah aku taburi janji beribu
Untuk menembusi tembok hati sanubarimu
Ataupun aku hanya penanti

Mengapa dikau meragui keikhlasan
Setelah ku beri pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir yang gagal mencari
Pengertian cinta akhirnya melara
Kau insan misteri penuh rahsia cinta
Ku lemas dalam arena meredah nestapa

Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian
Sebuah cinta

Bisakah silap kata menjadi penanda
Dapatkah kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia

Mungkin ku pentafsir yang gagal mencari
Pengertian cinta akhirnya melara
Kau insan misteri penuh rahsia cinta
Ku lemas dalam arena meredah nestapa

Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian
Sebuah cinta

Kau insan misteri penuh rahsia cinta
Ku lemas dalam arena meredah nestapa
Sukarnya menguasai bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Dah 34 tahun genap umo aku, lagu camni menemani zaman aku budak²..pakat lawan lirik sapa hat betui..
Menginjak umo 20an..satu persatu sahabat, kawan hilang dari radar..masing² ada tanggungjawab sendiri, menginjak 30, tinggal sahabat yang berkualiti.. Alhamdulillah.. walaupun sorang dua je, tapi sentiasa ada ..
Harap tahun depan, aku dikurniakan rezeki untuk berumahtangga..dah lama hidup membujang..ayah n ibu dah lama dah kembali ke Rahmatullah (2009-2018)..
Moga kita semua dimurahkan rezeki, di sihatkan tubuh badan dan sentiasa sedar diri yang tujuan kita hidup hanya menunggu waktu solat(Paling utama) disamping memudahkan urusan orang lain..doa kita sentiasa buat saudara kita di Palestin..Amin..

lahpaklah
Автор

Tiap kli dgar lagu ni mesti meleleh air mata 😌 Akulah pentafsir yg gagal cari bahasa cinta dri mak sendiri. Dh cuba buat terbaik tpi semua bnde ttp tk kne. Mmg mak insan misteri mmg bahasa cinta susah difahami. Disebabkn ni jgk aku sentiasa ade masalah utk terima org bru dlm hidup. Ya allah kuatkn la aku hidup sorg2 sebagai perempuan tanpa dpt bergantung kt family dri kecik

kakyongintan
Автор

Rock klasik mmg the best..liriknya semua berbunga²..even da byk lagu baru tp still cari lagu dlu² utk lyn mlm² ..salute 💕

manisharashid
Автор

Orang tgh happy . Dia Akan rse best dgar lagu ni . Orang yg sedang alami sulit . Dia akn fahami lirik lagu ni .

venomouszie
Автор

Lirik yang punyai ROH .. HIDUP sepanjang zaman ..
:-( Menangis gitar nyaaa !

tengteng
Автор

Sempoi..aku dah 40.. tp lagu lagu ni mengimbau kisah2 dulu

bossmur
Автор

jika sampai mendengar lagu bukan semata asik filing cinta dunia..ssmpai hakikat mengenal 2kalimah sahada..dengar lihat perbuatan..semua perbuatan allah.🤗👍😍

nurrani
Автор

Lagu ni menceritakan cinta pada Rasulullah, Setia Rasulullah pada umatnya tapi umat nya gagal mengerti. اللهم صل على محمد

debabsonor
Автор

Rock kapak terbaik mmg tertawan hati dgn senikata ..cara penyampaian lagu dgn sepenuh hati Dan perasaan bagi meluahkan isi hati ...gitar solo juga memainkan peranan dlm menjayakan lagu ini...
Tetapi ianya tidak lagu terlalu heavy mcm lagu..FAINT ..link in park 😅

zulkeplemusa
Автор

Ini tentu oleh allah.ni ujian allah.kita mesti byk berdoa dan byk berzikir..kepada allah. Tiada lain melainkan allah..allah tu tetap satu..

ngahhakim
Автор

Inilah bahasa cinta.. irama dan lirik teradun menjadi satu utk mengizharkan rasa jiwa....

Kau insan misteri... Penuh rahsia cinta...

NizamHamat
Автор

Nak letak batu tanda juga.
5/2/2023
10.22pm
Malam yang syahdu dengan hujan lebat diluar.

Kau insan misteri, Penuh rahsia cinta,
Ku lemas dalam arena, Meredah nestapa,

Sukarnya menguasai bahasa cinta kita,
Berilah kepastian sebuah cinta . 🥲

mtqsssbpintegrasitemerloh
Автор

Antara vocalist yg sekali dia tarik part chorus tu boleh meremang bulu roma. Mmg legend suara emas

jocelggg
Автор

Mata manusia ada hat tidak melebih dari selain allah..hanya nurmuhamad dapat menebusi alam izin allah.👍🤗❤️💯

nurrani
Автор

Al-Fatihah buat mu sahabat semoga roh mu dirahmati AllahSWT Aamiin yra, lagu mu jadi teman ketika aku teringat pada mu. Al-Fatihah Zainuddin Abdul Karim ( UBAN)

rosmanhajilimat
Автор

Lirik lagu rock 80 & 90an sungguh puitis, berkualiti dan digarap dalam pelbagai aspek seni dlm bentuk metafora, melankolik, gurindam, syair dan pelbagai lagi.

shampoo
Автор

Takpayah tanya tiap2 tahun . Lagu Jiwang 90an ni orang mesti akan layan 2021, 2022, 2023. 2024, 2025, 2026, 2027, 2028, 2029, 2030, 2031, 2032 sampai bila2 pn tetap boleh layan.

norathirahanuar
Автор

lagu ini yg aku dicari carikan selama ini Alhamdulilah jmpa jgk lagu ni🥰

shahrulmukhriz
Автор

semangat... lagumu tak akan pernah pudar
mengingatkan semasa aku msh sekolah SMP 1996 smp skrang di tahun 2022
mana suaramu di tahun sekarang 2022...

urhiartcomp
Автор

Sukarnya menguasai bahasa cinta kita

Bagi aku penulis lirik sukar nak membaca al quran dengan lancar untuk mendengarkan firman kekasihnya (allah)

cekodokbasi