UiTM Kampus Dungun - A Resort Campus 2019

preview_player
Показать описание
Selamat datang ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Tonton Video yang telah diperbaiki qualiti Audio :

UiTM Kampus Dungun menyediakan penginapan kolej pelajar yang terdiri daripada 2 bahagian, kolej Tasek dan Kolej Pantai. Kolej-kolej diberikan nama sempena nama-nama pulau di Terengganu.

Kolej Gemia. Kolej Tengggol. Kolej Redang.

Kolej Tasek sangat nyaman didiami kerana berada dikaki Bukit Bauk yang menyediakan Flora dan Fauna yang mengindahkan lagi persekitaran kampus.

Kolej Pantai juga mempunyai 3 kolej.

Kolej Perhentian. Kolej Kapas. Kolej Duyung.

Terdapat 14 block kuliah utama bagi pelajar UiTM Kampus Dungun. Blok khas untuk kelas pengajian para pelajar perhotelan pula disedakan bersebelahan dengan Hotel UiTM dan dipanggil blok 15. Disediakan juga dewan seminar seperti Dewan Anggerik, Bakawali, Cemara dan Jasmin.

Terdapat juga taman-taman yang mempunyai landskap yang sangat cantik.

Taman-taman ini menaikkan lagi seri keindahan pemandangan sekitar UiTM Kampus Dungun. Ia juga dapat mengekalkan kehijauan kawasan kampus selari dengan konsep “Kampus dalam Taman”.

UiTM Kampus Dungun juga terkenal dengan sistem kepimpinan pelajar yang dikenali sebagai STUDENT GOVERNANT. Ia dipimpin oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Badan-badan
Kepimpinan yang lain. Hal ini menjadikan UiTM Kampus Dungun sebagai sebuah Kampus Kepimpinan.

Kewujudan sebuah Radio Kampus yang dinamakan MyUFm sejak 2011 menambahkan lagi keistimewaan yang tiada terdapat di UiTM kampus lain. MyUFm merupakan Radio Kampus pertama di Pantai Timur dan menjadikan ia Radio Kampus kedua dibawah naungan UiTM selepas Radio UFM yang berpangkalan di UiTM Shah Alam.

Bersesuaian dengan panggilan “A Resort Campus”, UiTM Kampus Dungun dikelilingi oleh keindahan Flora dan Fauna yang memukau mata dan jiwa. Dibelakangnya Bukit Bauk, dihadapannya pula terbentang luas Pantai Teluk Gadung dan ia dipisahkan oleh Sungai dan Tasik ditengah-tengahnya.

Teluk Gadung terkenal dikalangan pelajar dengan permandangan Matahari Terbit yang sememangnya tidak dapat dinafikan kecantikkan dan keindahannya. Bunyi deruan ombak pantai menambahkan ketenangan diwaktu pagi.

Tidak terkecuali pemandangan Matahari Terbenam dari kolej walaupun sedikit tersembunyi disebalik Bukit Bauk.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa UiTM Kampus Dungun merupakan sebuah kampus yang berbeza dari kampus lain. Keunikan yang dijanjikan hanya terdapat disini.

Come here, and experience yourself.

UiTM Kampus Dungun is the best!

#uitmdungun #uitm #kampusdungun #dungun #stayhome #staysafe #myufmstudio #myufm
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

cantiknya.. tak sabar nak masukk.. batch 05 🙋🏻‍♀️

aimymimii
Автор

lepas juga rindu...dgn tempat ku belajar ni, dulu dtg kali pertama..sorang2 ja..kat sini..tanpa ditemani ibu bapa dan family...tapi best kt sini, kwn2 pun semua best2..memang beruntung dpt study kt sini, saya batch 2002-2004, pernah menghuni Tenggol, Dan Gemia...

HDBlack
Автор

tenkiu for the video. rindu kenangan itm dungun. saya batch yg first duduk di kolej tenggol aka kolej tanjung (nama asal 😁) 1996 😲

azminzamry
Автор

perghh rindu kehidupan kat sini, terima kasih uitm Dungun menjadikan aku yang sekarang .

harizharizz
Автор

Syukur alhamdulillah, sudah banyak perubahan pada kampus Sura Hujung Uitm Dungun. Tahniah kerana menyiapkan video yg conciss but very informative. Kenangan manis kepada sesiapa saja yg pernah jadi ExUitm Dungun. Saya juga pernah menempati Asrama A10 pada tahun sessi 95/97. All the best for Radio Uitm Dungun keep it up your good job! Thank you

rendradnrrachmat
Автор

Rindunya uitm dungun.saya batch 2006-2009 diploma OM..best sgt blajar sana.tenang je😢

aziziahmad
Автор

rindunya uitm dungun. saya diploma sains komputer tahun 2005. pernah merasa duduk kolej duyung yg lama. duyung 2.

ruzaitaibrahim
Автор

Makin lawa landskap uitm dungun ye... Ex student 2002-2005

daredsgunners
Автор

Been to kolej Redang, Kolej Perhentian, Kolej Duyung. Kolej Redang best sebab first year. Kolej Perhentian paling tak best sebab open sangat and bising. Kolej Duyung rasa mcm orang penting sebab ddk dgn presiden2 kelab 😂 Rindunyaaa been there in 2014 to 2015.

nurmrym
Автор

dah lame tak tgk kolej tenggol..DIA 2004/2008

noeahmad
Автор

Rindu kolej tenggol.. Ex jpk 2006-2009

noraznizam
Автор

Pengisian content yang bagus, cuma kena perbaiki drone movement dan audio host yang tenggelam dengan background music yang kuat.

JenutTN
Автор

october 2022 intake here. nervous weh. thx for the vid btw.

mistysnoww
Автор

Tamaddun Islam.... Masjid terampung.... Warna Putih....

normohdfaizaziz
Автор

Tak sabar nk masuk belajar dekat uitm dungun 26/9/2020😆😆

yami.akagami
Автор

student boleh bawak basikal sendiri tak untuk kegunaan ke kelas ?

fatinahmad
Автор

Salam hai, izinkan saya ambil sedikit scene dari video untuk tujuan video uitm, saya akan kredit MYUfm 😄

amymonmey
Автор

hi!! saya nak minta izin guna sikit video ni untuk video uitm saya hehe minta izin ya

nurulsyifaaalyusman