MKL Crimedesk | KPDNHEP Mohon Maklumat Lengkap Kenaikan Harga

preview_player
Показать описание
[ JENAYAH MINGGU INI ]

kpdnhep mohon maklumat lengkap kenaikan harga

kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna menasihati orang ramai memberi maklumat lengkap jika wujud kenaikan harga barangan seperti yang diadukan.

pengarah penguatkuasa kementerian itu datuk iskandar halim sulaiman berkata pihaknya menerima beberapa aduan berkenaan kenaikan harga barangan sejak perintah kawalan pergerakan.

namun ianya tidak lengkap dan menyukarkan langkah penguatkuasaan dilakukan.

jelasnya lagi, hasil pemeriksaan pasaraya dan runcit di seluruh negara mendapati bahawa barangan keperluan adalah mencukupi dengan harga yang munasabah.

justeru, kpdnhep berharap orang ramai memberi maklumat secara spesifik dan lengkap untuk memudahkan siasatan dilakukan.

kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna
setakat ini 1466 aduan diterima atas pelbagai kes termasuk aduan kenaikan harga barangan.

65 notis telah dikeluarkan kepada peniaga di bawah seksyen 21 akta kawalan harga dan anti pencatutan 2011.

malah kpdnhep telah menjadikan lebih 700 peruncit yang di panggil district dedicated retail seluruh negara iaitu kumpulan peruncit yang akan di pantau 24 jam.

beliau ditemui ketika operasi pemantauan di tesco hypermarket ioi putrajaya siang tadi.

pasaraya terbabit didapati membekalkan barangan harian kering dan basah mencukupi dengan harga yang berpatutan.

harga ayam jauh lebih murah iaitu 5. 99 ringgit per kilogram.

#MKLCRIMEDESK
#KPDNHEP
#HARGAMAHAL


______________________________

Like, Follow & Subscribes us at


We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
Рекомендации по теме
visit shbcf.ru