D.A.G - Aksara (Lirik) 💯💯

preview_player
Показать описание


FOLLOW US ON INSTAGRAM

Positif Hip Hop : @positifhiphop

#dag #aksara #positifhiphop
........................................................................

SUBSCRIBE - LIKE - SHARE - COMMENT
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Alhamdulillah, t.kaseh saudara 🙏🌹 .lagu ini mengisahkan tentang seseorang yg kehilangan kunci "AKSARA" dalam hidupnya tapi masih berharap dapat memiliki kembali "AKSARA" yg di cari2 dan di rindui 🌹🙏 .salute for my fam Kerabat Hantu .🦉🌹salam dari sarawak 🤙🏴 . #kerabathantufam #budak95500 #debaksaribas

d.a.g_official
Автор

kuat kn pegangan skli dh jln tayah pusing balik .. Perbaiki ape yg slme ni dah rosak .. Allah Maha Besar . Terimakasih ...

amirskema
Автор

Termenung ditengah- tengah persimpangan
Memerhati tujuan arah kiri atau hala kanan
Semakin tertimbus kabus-kabus diperjalanan
Seorang diri buta mata meraba-raba sendirian

Aktifkan semula ion-ion produtiviti positif,
Berbekalkan bateri lusuh ampuh mengayuh,
Tukar gear tolak banding rumus kadar pecutan,
Ubah arah skala magnitud kuantiti vektor selari.
pengubahsuai personafikasi gaya caturan ironi
Sebatian dinamis bahasa metafora euphamisma
Meneliti objektif dari sudut dimensi berbeza.
Mencongak masa demi masa pantas memintas.
Saat demi saat,
Detik demi detik,
Hari demi hari,
Dari bulan-bulan berganti tahun bertukar dekad.
Tiada sekali-kali paksi putaran waktu berhenti berlari.

Pejam celik, pejam celik masih hanyut dibawa bisikan hasutan misteri nusantara.
Jatuh bangkit, jatuh bangkit masih terbengkalai lalai terkulai dalam khayalan emosi fatamorgana.
Turun naik, turun naik masih terpesong kosong menyosong lorong-lorong rempuhi arus realiti .
Susah senang, susah senang dalam konflikasi minda serta kontroversi dalaman menbenihkan tekanan.q

musafirbisu
Автор

Rap aura nusantara beralun merdu dgn gamelan plus lirik yg sungguh mendalam🔥🔥

sofeahik
Автор

Terbaik 100% 🔥🔥 Ini betul karya . Salute D.A.G ✊

iadha
Автор

Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Amin ya rabb👌

zuliansari
Автор

Sedihnya hati ini..terasa hiba..mengenangkan moment "kod aksara"

lowkey_int
Автор

Kibarkan panji-panji keramat
Sebarkan janji-janji akhirat
Laungkan bunyi-bunyi semangat
Hunuskan taji-taji hakikat

Walau kanan air gelombang
Jika kiri angin datang melintang
Biar lelah keringat kecundang
Tetap teguh bertahan di sarang

Berhujan peluru, berparut malang
Kota dibina, dicuri orang
Di kacau bilau berbatu pedang
Selautan buih menbisu bersidang

Berdiri gagah untuk berperang
Bangun bangkitlah wahai perjuang
Bersatu teguh agama dijulang
Bercerai roboh emas ditantang

Berlapar zahir berbuka zikir
Berdebu lahir bersinar di akhir
Berfikir fakir berperang mahir
Berqiam ukir bepedang takir

Setiap titik ada tanda tanya
Tersembunyi seribu satu makna
Berbisik suara bunyi, bernada irama
Terkurung sesuatu dipenjara rahsia

Berputar masa dikala hiba
Berpusing roda jauh di jiwa
Berpasak sedar bersantai minda
Berlapik tanah bermakna tiada

Tertusuk rusuk dipanah bedilan
Terluka rangka ditimpa binaan
Mengalir air dilanda kematian
Menjerit perit tiada jawapan
Meronta jiwa tersesat dijalan
Berlari kiri kudung dikanan
Terlena merata, bertilam jalanan
Keadaan dingin terkoyak berkain
Saudaraku kaku menahan kelaparan

Berkecai jemari, dibina kubu
Berpantang undur, bertongkat langit
Berjangkit sakit di setiap sendi
Di lembah rebah di gunung bangkit
Berpeluh tubuh kuatkan senjata
Teguh bertahan selagi bernadi
Sumpah pendekar meresap sebati
Sumpah pertiwi dibumi jawi
Sehingga terbing barat bergegar
Sehingga bangsa laknat terkubur.

musafirbisu
Автор

Bapak ahh 50x ulang pon x jemu..mmg x rilex ahh 🔥🔥🔥

khairulanuar
Автор

Alhamdulilah
Amin
Ya Allah

Ingatlah wahai dunia nusatara -4×4
Biar kite bedosa di atas sesuatu mencari tahu- sesungguh nya. Atas landasan yg kite tujuk-kan, tu tetap banar dan nyata, ini adelah ujian terbesar bgi umat islam,
Besabarlah smpai kau kenal gilamu-gilaku, Allah maha segala". Atas sesuatu yg dia kehendaki,
Jgn takut pade ilblis mahu pn saitan, tapi takutlah kamu pade diri mu sediri,

Allah tetaplah Allah
Selalu seimbangkan diri
In sya Allah akan ade
Petunjuk amin

GUCI
Автор

Mahligai terasing di dalam gelita
Kirananya sergam indah berwajah
Dengan seri mimpi nan nyata bernada
Kalam aksara (aksara)

Hening juadah pagi, aksara ku menyepi
Mereka jua membeli tapi tak suka memberi
Bila tiada lagi rak di buka tiada erti
Kepala dah mula menunduk gong mula di palu

Malu-malu tersimpun segan silu
Mula resah di buka tanpa hiasan kalbu
Bahasa mula membeku dan lidah kaku terkelu
Tanpa hirau tanpa jaga tak di rasa tak merasa dah terasa

Aku terdengar lagi, suara itu lagi
Masih lagi memanggil-manggil seruan ilahi
Mereka mula berlari hingga tak di dengar lagi
Hati dah mula mati seksa hujung akhir nanti

Bila dia bersuara ramai dah mula menyapa
Ada mengata-ngata suaranya tak kenal siapa
Ada pula berkata dia kan yang besar dan di jaga
Bila dah di atas dah cuba untuk mencantas

Lautan yang di renang tak mestinya ada ombak
Mindamu mesti tenang biar hidup mu di rombak
Sekali dah di jinjang jangan pula di cincang
Fikiran mula berdalih jika kau tak mula rancang

Hati yang mati tak mungkin hidup kembali
Fikirkan masa jika dapat di undurkan kembali
Hanya yang kekal cekal mungkin jua berakal
Ntah lagi suka berkhayal definasinya beruk khayal

Hiasan masa lalu kini menjadi saksi
Isikan diri ini dengannya ritma dan puisi
Beri masa peluang untuk aku berjuang
Begitu juga ruang tuk bernafas dalam tenang

Moga kita tak sesat di bumi yang tiada jasad
Hasad di dalam sanad ya perlukan juga niat
Hanya di bual baca ayat-ayat yang sudah di guna
Pakai dan juga sudah di faham akal

Gerakan tangan dan penaku dah mula perlahan
Kiasan kata-kata kini menjadi hiasan
Walaupun tanpa insan yang dulu beri olahan
Siapkan jasad diri untuk gapai impian

Gerak kau sendirian, pesanan ku sampaikan
Gubahan dalam lagu kini menjadi tafsiran
Sloka ku dalam luka dan igauan ku jadi nyata
Tak ku hiraukan murai sekawan
Akan ku jadikan pengalaman..

mohdfarid
Автор

Jgn lah sampai kalian kehilangan jati dalam diri,
Ibarat bernafas tapi tidak Sedar yg kau hirup,
Janganlah kalian lupakan janji yg dimeterai,
Ibarat belum dihisab sudah ke Neraka

Terima kasih atas amanat dari amanah yg disampaikan

EmpireMuslim
Автор

Mantap urg debak saribas, baruk nenggar anton reaction lam chanel utube ea.slm Dr debak 👍

m.dwarisan
Автор

terbaikk shabat🌹 keep it up mate.salam dari perantau aussiee

muhammadfawwazlaudin
Автор

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar 🙋 mohon share ye..

knightsaintreaper
Автор

Kaedah fahaman yg berbeza hakikat makna yg sama..nukilan bijak

Dato_Maharaja-Lela
Автор

Aduh minat betul, RAP berkias, lebih lagi tentang agama 🙏🏼 lit mantap🔥 sama-2 kita mengingati.. Stingg aku yahuuu

fikretro
Автор

Sir gam dan memwajah.dahlah jd yg dimarking jd tino muda mudi abad 35an hingga 45an..sila angtau karp sini k

fahmieleley