Perbarisan Pengoperasian Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja

preview_player
Показать описание
Saksikan rangkuman video Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain menyempurnakan Acara Perbarisan Pengoperasian Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) dan Pelancaran Buku Op DAULAT di Kem Kukusan, Tawau, Sabah pada 5 Oktober 2021 yang lalu.

Kehadiran Tan Sri PTD ke Kem Kukusan adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan.

Manakala pengoperasian batalion 26 RAMD pula selaras dengan Tonggak Pertama iaitu ‘Kelangsungan Misi dan Kesiagaan’, bagi memastikan TDM sentiasa siapsiaga demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan.

Ia dilaksanakan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKedua
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

EX 26MD hadir 14 Nov 2014 - 02 Ogs 2022

zainynor