EP. 145 - Percutian Bajet Ke Maldives: Tips Island Hopping & Snorkeling dengan Jerung!

preview_player
Показать описание
Dalam episod Leaving The Nest kali ini, kami meneruskan pengembaraan ke 5 negara di Asia Tengah dan Timur Tengah, dimulakan dengan Maldives sebagai transit bajet. Kenapa Maldives? Sebab tambang penerbangan dari Maldives ke Abu Dhabi lebih murah, hanya sekitar RM400 berbanding penerbangan terus dari Kuala Lumpur yang boleh mencecah ribuan ringgit. Dalam episod ini, kami kongsikan tips melancong bajet ke Maldives dengan memilih Pulau Maafushi yang jauh lebih jimat berbanding pulau persendirian.

Kami akan turut membongkar pelbagai aktiviti air menarik di Maldives seperti snorkeling dengan ikan jerung, island hopping, dan bersantai di sand bank. Kami juga kongsikan cara untuk memilih hotel yang menawarkan makanan 3 kali sehari supaya anda boleh berjimat semasa percutian. Jangan lupa tonton episod kedua Maldives untuk mendapatkan lebih banyak tips percutian bajet yang boleh menjimatkan kos perjalanan anda!

Jika anda bercadang untuk mengambil pakej full-day island hopping, ada pelbagai aktiviti menarik termasuk snorkeling dengan nurse shark dan explore shipwreck. Harga pakej ini biasanya sekitar $60 ke $100, bergantung kepada pilihan aktiviti. Setiap pakej juga menyediakan peralatan snorkeling, makan tengah hari, dan video GoPro sebagai kenangan. Jadi, pastikan anda buat kajian dulu sebelum pilih pakej yang sesuai!

#TravelMaldives #SnorkelingWithShark #BudgetTravel #MaldivesOnABudget #IslandHoppingMaldives #MaafushiIsland #TravelTipsMaldives #LeavingTheNest #VlogTravel #DroneFootageMaldives

TRACK 1 :
Swiss View – TVARI (No Copyright Music)
Swiss View by TVARI / tvarimusic
Creative Commons — Attribution-ShareAlike 3.0 Unported CC BY-SA 3.0
TRACK 2:

TRACK 3: Hulu Ukulele - Chris Haugen
TRACK 4:Sunny Day - Reed Mathis
TRACK 5: I Love My Mom - Reed Mathis
TRACK 6: Cute Avalanche - RKVC
TRACK 7: My Dog Is Happy - Reed Mathis
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Amazing family....tiap pagi sy n family spend masa n enjoy ur travelog. Language simple...will continue watching ur family travelog.

abdulrazakatan
Автор

Cantiknya semua outfit Kak She di Maldives 😍😍 tak sabar nk tunggu utk episode yg seterusnya 😊😊

ikaroxanne
Автор

Syoknya.. Tak sabar tunggu next video.. Cute vanilla ❤️

noorlizaibrahim
Автор

Slalu awak ge bercuti masa cuti skolah ke? Awak dan suami sgt energetic eekk....sy nonton pun terasa bersemangat

fuziahumairah
Автор

Menarik, mcmn nk booking ada fullboard mkn. Biasanya booking di Agoda ada breakfast je

mohdrosdi
Автор

Saya ada plan ke Maldives, tpi nk tanya area mana yang elok utk stay. Sebab maldives kan separated island mcmtu. Ada idea? And currecy exchange in USD la?

okayke
Автор

macam mana nak tanya detail sikit pasal vacation kat maldives dengan puan

wannorameliamericannoorsam
Автор

Assalam boleh sya tnya, kalau flight balik malaysia malam dari maldives, ada aktiviti lagi ke ye boleh buat

najlaarusli
Автор

Hi puan ..nak Tanya kalau I beli tiket air Asia ke Maldives so elok stay di male kan...puan beli tiket ke Abu Dhabi dari Maldives atau beli dari Malaysia..saya teringin nk pergi sorg tp takut n tk yakin .tq

hanitayahaya
Автор

Maaf nak tanya puan & suami kerja apa ye?

aminshafee