Muhyiddin mohon kes rasuah RM232.5 juta dipindah ke Mahkamah Tinggi

preview_player
Показать описание
Muhyiddin Yassin memohon supaya kes menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan bekas Perdana Menteri itu pada 27 April lepas antaranya atas alasan kes tersebut melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks membabitkan Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi afidavit sokongannya, Muhyiddin, 75, berkata Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan atau memutuskan perkara-perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan hanya mahkamah atasan iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai kepakaran untuk memutuskan perkara sedemikian.

Pada 18 April lepas Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional, memfailkan notis usul bagi memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan.

👇🏽 Support by getting a subscription
RM150 a year
RM 80 for 6 months
RM 60 for 3 months

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

This points to the many questionable Judges in the High Court.

thommy
Автор

Bila katak tompok berbunyi Dan minta hujn

lalslala