EP 137 | Langkah Zafrul, Musa Aman TYT Sabah, Thaksin, Pejabat A.I Kebangsaan (NAIO), Refleksi 2024

preview_player
Показать описание
Audio Siar Keluar Sekejap episod 137 yang merupakan episod terahir bagi tahun 2024 antara lain membincangkan mengenai ura-ura kemasukan Tengku Zafrul Aziz ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pelantikan Tun Musa Aman sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Episod ini turut membincangkan mengenai penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dan pelancaran Panduan Belanjawanku 2024/2025 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam segmen terakhir, kedua-dua hos membuat refleksi perjalanan Keluar Sekejap sepanjang tahun 2024.

Episod 137 ini dibawakan oleh GK Bio International. Dapatkan GKB Eurycozin, satu-satunya formulasi Bio-optimised 3Plus dengan Tongkat Ali (ekstrak herba tradisional); L-Arginine & L-Carnitine (asid amino) serta Zinc Yeast (mineral) untuk meningkatkan tenaga dan keharmonian keluarga. GKB Eurycozin mendapat kelulusan KKM dan disahkan halal oleh JAKIM.

Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

INTRO - 0:00
LANGKAH ZAFRUL - 11:28
TUN MUSA AMAN TYT SABAH - 34:02
NAIO - 51:15
BELANJAWANKU 2024/2025 - 01:04:11
THAKSIN PENASIHAT ASEAN2025 - 01:10:08
REFLEKSI: BERITA PILIHAN 2024 - 01:24:31
REFLEKSI: ‘NEWSMAKER’ 2024 - 01:34:40
REFLEKSI: TETAMU PILIHAN 2024 - 01:43:42
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Saya always standby next episod dan saya rasa selesa dan faham ape yang di sampaikan oleh KJ and shahril..dari 1st episod dah folow KS ni, banyak maklumat banyak manfaat yang kami rakyat malaysia dapat dari podcast ni thanks krew KS

ezharjaafar
Автор

Best podcast in Malaysia. Thank you very much

rizahmad
Автор

Terima kasih KJ SHAHRIL HAMDAN perkongsian

azeemhisham
Автор

Keluar Sekejap medan bicara,
kupas isu politik semasa.
Bukan mencari salah dan cela,
tapi untuk perbaikan bersama.

Yang baik dipuji, kurang dinasihati.
Tak kira parti, atau pegangan ideologi.
Hujah mereka sungguh bernas sekali.

Sekali-sekala mereka berjenaka,
mungkin ada yang terasa.
Nasihat untuk kalian semua,
lapangkan dada, maafkan saja.

Akan mereka kembali semula,
entah bila dan bagaimana.
Percayalah mereka masa depan negara,
semoga diberi perlindungan sebaik-baiknya.

SooToh
Автор

Fuuh seronok dengar KJ dan Sharil berkongsi ilmu . Banyak perkara yg dibincangkan . Very informative especially about AI yg menakutkan saya. Tq KS

jakemir
Автор

Terima kasih utk KS episod terakhir 2024. Cantik jaket. Bila nak keluar jaket istimewa KS?

GrabixChance
Автор

Learn new idiom today ; Cross the Rubicon ; means that they have reached a point where they cannot change a decision or course of action

shazminbahari
Автор

sy follow KS dari episode 1 sampai skrang..ternyata the best Pdcast !

musang
Автор

Tak Pernah Tak Padu Full Of Informative News

desmondmaurice-ew
Автор

Terima kasih KJ, Shahril serta seluruh team KS.Well done👍👍 Tahniah semua.God bless all🙏🙏😊

dafreenlazarus.j.
Автор

Terbaik KS, byk info dlm & luar negara yg diperoleh, ada pendapat yg kita boleh bersetuju & tidak, namun tetap dapat belajar sesuatu yg baru walaupun lama pada sebahagian org lain

mrmy_mohdroszi
Автор

Penyampaian Kj dan Shahril sangat² menarik, tak membosankankan. Harap anda berdua akan masuk semula ke kancah politik tapi jangan tinggalkan podcast ini❤

Sebastian-hmfg
Автор

Salam, bro KJ and bro shahril, saja ingin mencadangkan kalo boleh dipenghujung tahun every year bagi lah masuk kesemua kru² KS (family KS) end of your podcast. TQ

armenjaffar
Автор

Pelantikan Thaksin sebagai penasehat kpd Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dlam satu aspek akan dilihat dikalangan negara serantau sebagai Malaysia kurang berupaya untuk berdikari memimpin ASEAN.Ia mungkin satu langkah yang kurang selamat diambil Malaysia.

narajanarisa
Автор

Memang lah diesel tak banyak yang pakai.. Tapi kene tau gak yang terkesan banyak dari golongan b40.. Traktor, mesin padi, pam air semua jentera berat naik harga.. Yang terkesan teruk petani sebab harga kos semua naik.. Pesawah cam saya ni kenaikan hampir 25% kos.. Pada saya masih lagi penyasaran tak tepat sasaran.. 👎

hazlan
Автор

Tq KS 🙏 byk membuka minda saya dan pengatahuan mengenai sekeliling kita, sama ada dlm atau luar negara. Mukin klu KS tdk keberatan boleh jemput PMX untuk temubual secara terbuka walau ada perbezaan pendapat dlm politik.

gabanx
Автор

lethargic la, high performers la, kesasaan lah... hahaha... I like how you guys went to great length to relate to your sponsor..

hidayatshukor
Автор

Episod dgn Dr Maza paling best! KJ smpai terpaksa tgk full balik episod itu. Penyampaian Dr Maza dlm mengupas isu2 agama / taksub/ GISB membuatkan KJ Dan syahril sedikit terpegun Dan kagum dgn Dr Maza. Harap2 Dr Maza di jemput semula

syayhodinsinwan
Автор

Terima kasih KJ and Shahril kerana mewujudkan podcast KS.. saya doakan semoga KS akan relevant sampai bila²..

atunsan
Автор

Dalam budget Sarawak 2025 Abang Johari Premier Sarawak mensasarkan KDNK Sarawak pada 2030 ialah sebanyak RM280 billion....terbaik Sarawak 👍

zanzillahsaruji