UNIC – Ainul Mardhiah GGV 2017 (Official Music Video) ᴴᴰ

preview_player
Показать описание
Official Music Video for UNIC – Ainul Mardhiah GGV 2017 ᴴᴰ
#UNIC #AinulMardhiah #GGV2017

Follow UNIC on:

Download UNIC Mobile App:

Connect with UNICDOTMY PRO:

(Lirik Ainul Mardhiah GGV 2017)

Dirimu pembakar semangat perwira,
Rela berkorban demi agama,
Kau jadi taruhan berjuta pemuda,
Yang bakal dinobat sebagai syuhada',
Itu lah janji Pencipta Yang Esa.

Engkaulah bidadari dalam Syurga,
Bersemayam di mahligai bahgia,
Anggun gayamu wahai seorang puteri,
Indahnya wajah bermandi seri.

Ainul Mardhiah..
Kau seharum kuntuman di taman Syurga,
Menanti hadirnya seorang lelaki,
Untuk menjadi bukti cinta sejati.

Ainul Mardhiah..
Kau seharum kuntuman di taman Syurga,
Menanti hadirnya seorang lelaki,
Untuk menjadi bukti cinta sejati.

Oh Tuhan..
Bisakah dicari di dunia ini,
Seorang wanita bak bidadari,
Menghulurkan cinta setulus kasih..

Di hati lelaki bernama kekasih..

Produced by © Unicdotmy Pro Sdn Bhd 2017.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Pada pengalaman aku sebagai musician, orang kalau pandai baca AL quran, bertaranum, azan Dan sewaktu denganya ni, kalau nyanyi memang power. Aku bukan nak riak ke ape. Tpi dlu aku muadzin kat skola.. Dan pon memang vokalis band nasyid sekolah Dan band rock sendiri.. Voklis2 yg pernah perform dgan aku pon kbnyakan mamang ade basic mengaji Dan taranum..siap ade yg pernah wakil daerah lagi.. So, moral of the story, orang yang rajin mengaji ni vocal diorg memang power.. Sebab? Sebab AL quran tu the mother of the grammar. Sebutan2 ayat AL quran tu unik Dan bukan ade dalam bahasa inggeris atau bahasa2 lain.. Lagi satu, kalau kita g kelas mengaji(masa zaman muqqadam) ingt tak bnde yang kita belajar tu, sume sama mcm kalau pergi kelas vocal.. So, dari membazir g kelas vocal, baik g belajar ngaji..heheheh

sahedthebutler
Автор

Dedikasi buat adik Ainul Mardhiah yg kini menderita penyakit kanser seusia 3 bulan selepas dilahirkan, semuga Allah swt memberi kesejahteraan kpd anak syurga ini. Amiin ya rabb~

zahirfauzi
Автор

Im ainul mardihah khoo Abdullah...im converted to islam when Allah give me "hidayah"...doakan I utk dterima kembali oleh family...I dibuang jauh oleh family sbb memeluk islam...tapi I xpernah sedih...sbb I tahu ni jihad ke jln Allah....Insha Allah...semoga I jdi ainul mardihah yg realiti....nice song

darlingdolly
Автор

Kalaulah boleh bagi like sampai sejuta kali sorang... #terbaik #UNIC

muhamadshazwan
Автор

ade lg ke dengar lagu ni tahun 2021... like cikeett.. hihihi..
peminat nasyid...

mohamadtaufik
Автор

Saya dari indonesia....penikmat music nasyid Malaysia dari dulu. Mengakui....dan angkat Nasyid Malaysia memang terbaik !!! Berjayalah musik nasyid Malaysia. Tapi jangan lupa, jangan sampai semua kumpulan nasyid Malaysia merubah gaya musik ke gaya musik zaman sekr. Hendaknya masih ada yg mempertahankan gaya musik budaya Melayu dengan rebana nya.

yuliamsyahputra
Автор

nma sempena anak ku yg jdi anak syurga..jumpa di sana syg..amin3..

nurulshafifinurul
Автор

Sape datang sini sebab memang nak dengar lagu nie 🙋‍♂️

fachrudinmahmud
Автор

Nama yang diberikan daripada ibu bapa saya, Ainul Mardhiah. Tapi kadang saya dengar lagu ni, rasa saya tak layak dinamakan Ainul Mardhiah. Lirik lagu memuji bidadari dalam syurga, saya hanya manusia yg lalai dan leka. Untuk papa yg telah meninggal 12 tahun dulu, saya janji akan cuba menjadi the best version of myself, always pray for you and never forget you. May we unite in jannah some day. Buat mama yang amat saya sayang, i will always pray for you and will forever be thankful for you. Sebak pulak dgr lagu ni harini tk tau kenapa.

ainulmhakim
Автор

Sape dtg sini lepas dgr sesungguhnya Alif ng Raihan 🤟😆

zawanimohamadyusof
Автор

Ada yang layan lagu ni tahun 2021? Semoga kita semua dijauhkan dari wabak penyakit covid 19. Aamiin.

zaquansamad
Автор

Ade sini lps tgok video adk ainul yg baru sdr dr pembedahan buang ketumbuhan di mulut. Semoga adk ainul cpt sembuh dan sihat seperti anak2 lain dan dipermudahkn segala urusannya dunia akhirat

mansam
Автор

subahanallah.. tak pernah tak best unic ni. arrangement baru yg fresh n gempak.. terbaik!!!!

ainulhasina
Автор

Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di surga yang Allah ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan Allah. Secara bahasa Ainul Mardhiah berarti mata yang diridhai. Atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati.

desprintdesignlab
Автор

Saya rasa semua lagu nasyid perlu di REMAKE. Lagi tahun mendatang lagi byk media trigger maksiat dan dosa..

StaryzHelios
Автор

Walaupun versi lama lebih original, versi baru tetap tidak menghampakan.

aamuizz
Автор

lagu pertama kumpulan nasyid unic yg saya dengar membuatkan saya terus meminati kumpulan ini sampai bila-bila. terbaik.. 👍👍👍

animuhdjunaidi
Автор

UNI muzikal lawak superstar bring me here..ada yg sama ke ?

shazwanyaacob
Автор

Lagu ini akan saya ingat sampai bila bila..bila mendengar pasti akan menitiskan air mata. Teringat pada arwah anak sedara yang bernama Ainur Mardihah yang telah bertemu ilahi kerana sakit kanser otak.dikala itu arwah baru berusia 4 tahun...Kami percaya arwah sedang bermain main di Taman Syurga sekarang ni...

farahnadiahmohdnoor
Автор

saya perform lagu ni esok . doakan saya !!! sbb suka sangat lagu ni :)

Syf