ANAK MAUT KERACUNAN

preview_player
Показать описание
Kegemberiaan sebuah keluarga menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri pada Ahad lalu bertukar menjadi duka apabila salah seorang daripada mereka maut disyaki akibat keracunan makanan.

Lebih menyedihkan mangsa, Nursyasya Syauqina Roply,10, meninggal dunia ketika berada disisi ibunya yang turut menderita akibat sakit perut dan cirit birit ekoran keracunan makanan pada 1 Julai lalu.

Ibu mangsa, Juhazalina Mohamed,39, berkata, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu dia yang sedang menderita cirit birit dan tidak bermaya sedang berbaring di dalam bilik sebelum didatangi anak ke-empatnya itu yang berbaring bersebelahan.
“Jadi dia tak ada respon apa apa dah bila kejut dia pusing kan badan dia tengok bibir dia dah biru dada tak berombak rasa kat hidung tak ada nafas terus telefon makcik dia ... Saya rasa mungkin keracunan makanan lah .”katanya ,.
Jelasnya lagi , mangsa tidak banyak bercakap dan hanya berulang alik ke tandas kerana sakit perut dan ada menyatakan begitu dahaga sebelum tidur bersebelahan saya.

Beliau ditemui pemberita dirumahnya di Taman Bukit Mentakab Pahang selepas dibenarkan pulang dari hospital .
Menurut lagi , beliau percaya keracunan makanan berkenaan adalah berpunca daripada kuah kuih jala dimakan mereka yang disediakan dalam majlis itu.

Selain dia dan mangsa yang terkena keracunan makanan, seorang lagi anak sulungnya serta ibunya turut mengalami cirit-birit selepas makan kuah roti jala berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kehilangan anak keempatnya itu dalam bulan Syawal amat terasa memandangkan anaknya itu amat ceria dan sering menghiburkan mereka sekeluarga.

Kehilangannya memang amat terasa dan saya tidak boleh lagi hendak balik ke rumah kerana terasa sangat dia berbaring di sebelah
Dalam pada itu, Salbiah Mohamed, 35, berkata, dia yang hanya menjamah seketul ayam daripada kuah roti jala merupakan individu pertama sakit perut dalam kejadian itu.
Рекомендации по теме