Keria Gula Melaka, Resepi Asli Meniaga.

preview_player
Показать описание
Kali ni Che Nom cuba masak makanan famous dari negeri Melaka, iaitu keria gula melaka. Resepi asal diambil dari perkongsian Youtube Cik CT Norain. Memang teliti betul diajar dalam tu, siap resepi meniaga lagi. Terus jadi faham nak buat. Che Nom guna keledek oren, sebab senang nak dapat. Kita kena kupas, rebus smpai lembut dan lenyek halus. Kemudian gaul dengan tepung.

Ada bnyk tips dalam video ni dari nak bentuk dan goreng pun kena ada teknik nya. Kalau kita ikut InsyaAllah menjadi bulat kembung elok tak perlu pakai penaik pun. Bagi Che Nom part yang paling mencabar ialah, salutan gula. Ada juga diselitkan sedikit penerangan tentang jenis gula yang boleh kita gunakan. Memang sedap resepi ni.

// Bahasa Melayu
-------------------------
Bahan-bahan keria:
1 kilo keledek oren
Air secukupnya
1 sb garam
2 cawan tepung gandum

Bahan-bahan salutan gula:
1 cawan air
250g gula melaka
4 sb atau 1/2 cawan gula putih
1 sb gula batu (pilihan)
1 sb minyak masak

// English
-------------------------
Keria ingredients:
1 kilo sweet potato
Enough water
1 tbsp salt
2 cups plain flour

Sugar coating ingredients:
1 cup water
250g palm sugar
4 tbsp or 1/2 cup white sugar
1 tbsp rock sugar (optional)
1 tbsp cooking oil

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Saya baru cuba tadi ikut tips yang Che Nom bagi..mmg cantik bulat kuih keria tu..seronok sangat. Mungkin sebab sebelum ni buat tak jadi langsung..haha. Yg salutan gula tu pun saya nervous juga, lepas tutup api baru salut satu-satu. Takut dia jadi keras kong nanti sakit gigi nak kunyah 😅 Alhamdulillah lembut je isi kuih walaupun saya guna keledek purple. TQ Che Nom. Kalau ada kesempatan, harap Che Nom leh share resepi rotiboy pula hehe 😊

daaaa
Автор

waaaa cik nom sebut youtube saya.... saya halalkn ❤❤❤ 🥰🥰

cikctnorain
Автор

Dlm sekian lama nk mkn kuih keria melaka tak sangka hari ini aku dpt mkn kuih keria melaka yg anak aku belikan subahanallah dpt jugak aku hilangkan kerinduan aku terhadap melaka tau terimakasih allah

samsudinsamsudin
Автор

Untuk salutan gula, kalau nak tebal sikit gula tu dan tahan lama boleh letak 1 cawan gula putih. Dalam video Che Nom letak dalam 1/2 cawan je.

CheNom
Автор

saya amat sukakan"resepi"che nom#.

#.kueh#.keria#.gulo#.melako#.
😆😆😆😆😆

fadilahyukasmi
Автор

❤😋👍👏 kuih favourite saya.terima kasih cik nom kongsi resipi.

ahmadjasmine
Автор

Nampak lembut dan sedap keria gula melaka. Terbaik Che Nom! 😍

DapurBiru
Автор

Saya suka cara che nom penuh kelembutan tapi jelas dan rasa tenang orang yang mendengarnya. Itulah kekebihan yang ada pada che nom sejak awal mengikuti perkembangan video masakannya. Terima kasih che nom atas segala tunjuk ajar selama ini biarpun hanya bersua diyoutube sahaja. Saya tak akan lupakan setiap nasihat dan petua2 yang che nom berikan untuk dijadikan panduan. Alhamdulillah kini saya sudah bolehlah menyediakan makanan yang enak2 dan disukai keluarga walaupun tak sehebat che nom. Che nom menjadi inspirasi, semangat dan idola saya. Terima kasih yang tak terhingga buat che nom semoga terus berjaya.❤👍👍

iis_iis
Автор

Memang betul lah Che nom..salutan gula Melaka ni memang susah..x mcm salutan gula putih..

aminahaminahabdrahim
Автор

Asslm che nom Sy Pon ikutt 1 persatu rspi Che nom hrp² berjaya t.ksh byk krna share bersm ❤

IZA-STAY
Автор

mudahnya la tgok che nom buat.. bila ciknem yg buat nangis😆 kan best kalau berjiran dgn che nom🫣

noorhanimmohamadfadzil
Автор

Tq share resepi che nom halal resepi dunia akhirat

ahmadzalanirahman
Автор

Comel² montel je kuih keria Che Nom ni... Terbaik..

cikmoonshuhada
Автор

1st time try bt.. Ikut resepi che nom tq che nom.. Seddap alhamdulillah

ssgreengarden
Автор

sedap sangat kue ini kelihatannya alami sekali saya pingin coba, terimakasih che nom 😍

ashrafpwa
Автор

Laaa... Tgk gambar ingtkn kuih peneram. Keria rupanya. Sedapnya

jarinahussin
Автор

Wahhh.. nak try buat.. b4 ni buat x pnh menjadi. Tq 4 sharing che nom🥰🥰

shimadewina
Автор

11:44 11:44 alhamdulillah saya udah coba resep ini .dan hasilnya pun sangt sesuai .. Mksh che nom😊

IndahPratiwi-ug
Автор

Suka tengoq cara che nom cara pegang pisau...terima kasih bgi resepi

rosmasharif
Автор

Masyaallah, cantik nye kuih keria gula melaka nye, nampak gebu kan lembut, bagus Che Nom.

rusnibahari
welcome to shbcf.ru