NAMA PELAJAR & LOKASI SEKOLAH SEBENAR | HIGH COUNCIL 2002

preview_player
Показать описание
Follow Ashhhrapp on :

Instagram :
.

2nd youtube channel :

ACERAPP SHOW :

Tiktok :

Tele links :

SPOTIFY :

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Aku pernah duk asrama all boy selama 5 tahun. Apa yg dipaparkan dalam citer High Council tu seme pernah kena kat aku terutamanya masa tingkatan 1-3. Mmg survival of the fittest. Kalau badan besar pun tapi hati kecik pun sama je tetap akan kena belasah. Aku pilih utk tgok High Council sekerat je sbb sebenarnya apa yg berlaku kat sekolah aku dulu jauh lagi teruk sampai nak tulis dalam ni pun tak sanggup. Apa yg diciterkan dalam High Council tu sap sap soi je zaman aku dulu. Tapi alhamdulilah situasi kat sekolah aku tu terhenti apabila pengetua baru masuk dan dia mengasingkan bilik asrama mengikut tingkatan dan tidak lagi bercampur spt sebelumnya. Budaya buli ni sbenarnya diwarisi oleh sipembuli drp senior yg pernah membuli dia sblum itu yg di propagandakan sebagai tradisi. Bila pelajar diasingkan mengikut tingkatan, rantaian tradisi buli terus terputus oleh kerana si senior yg pernah dibuli masa dia junior tidak berpeluang untuk mengaplikasikan dan selanjutnya menurunkan skill tradisi buli tersebut kepada pelajar junior. Betul cakap awak mmg buli ni merupakan satu episod yg amat traumatik. Membe baik aku sama sekolah dulu pun sampai sekarang bila terserempak je mesti lari tempat lain bila nampak aku sbb aku lah antara org yg menyaksikan dia dibuli oleh senior sampai tahap dewa pun boleh nangis bila diingat semula. Skrg dia dah jadi pegawai kanan kerajaan, tapi aku faham yakin diri dia pun gerenti akan luruh jika lepak dgn aku yg pernah melihat dia di saat dia paling lemah 20 tahun dahulu. Kita org Islam, amalkanlah akhlak rasulullah dan bukannya anak lord org putih yg diagungkan sgt oleh senior pada masa itu yg menganggap budaya buli ini boleh mencipta semangat setiakawan sampai ke tua. Matlamat kita adalah kembali kepada tuhan, bukannya semangat brotherhood yg poyo. Nama je belajar agama Islam dalam kelas, satu pun tak masuk dalam kepala masa tu😢

yuyij
Автор

Alhamdulillah. Sepanjang aku dok asrama selama 5 tahun dlu. X pernah ada budaya sebegini. Terima kasih kepada ustaz ketua warden aku yang sgt menekan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia.

ademcoco
Автор

Banyak "syaitan bertopengkan manusia" di sekolah-sekolah dan asrama seluruh Malaysia. Been there, gone through that. Pernah bertahun-tahun menghadap penderaan fizikal, mental, emosional dan seksual. Syukurlah saya tidak pernah menjadi sebahagian daripada manusia berperangai syaitan ini. Malah pengalaman yang sangat memeritkan ini lebih mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari ini. Semoga Allah swt memberikan pembalasan yang sewajarnya kepada makluk-makhluk berperangai puaka ini kerana mereka mungkin bole terlepas di dunia, tapi tidak di akhirat nanti.

adlandaniel
Автор

Benda ni semua bukan dari didikan dari RASULULLAH SAW…kembali lah dgn akhlak RASULULLAH SAW

imranidros
Автор

Saya adalah salah seorg yang reformasi hierarci buli di asrama. Sbbnya anak org kn xkn nk pukul. Kalo denda just berlari keliling surau ye. bab ragging, rembat tu semua telah saya hapuskan tpi ade kumpulan dri f4 la msih lagi nk truskan sbb aduan dri junior. Mcm cthnya malam setan, ade junior selalu diganggu smpai stress and then sye gantikan tmpat tido dia dgn saya. Time sye tido saya letak cermin loker tepi saya dan terjadi adegan di mana mse pengacau ketuk kepala saya guna botol air, pengacau tu pikir itu junior sbb gelap dia xnmpk, lepas dia ketuk apelagi saya amik cermin loker sebelah saya ni pegi ketuk kepala dia. Budak tu lari and saya kejar. Mmg darah menitik sepanjang koridor . Pagi tu saya pegi check rupanya budak tu dimsukkan hosp sebab dahi dia koyak kena pulak 4 jahitan. Padan muka

yonkoushank
Автор

Aku nk pesan lahh kt sapa² yg kaki buli kt sekolah atau asrama tuhh.. ingat 1 jea.. jgn menyesal kalau 1 hri nnti budak yg ko buli tuhh jdi majikan tempat kerja ko.. atau life lebih better dr ko.. silap hri bulan.. ko yg kne buli balik lepas habis sekolah

ahhsyelapp
Автор

Food chain. Kau lemah kau jadi mangsa, kau kuat jadi pemangsa. Jadi pilih, Kau nak melawan atau ditawan. Pesanan aku, kalau nak survive tu biarlah kita ni ada apa-apa jenis martial art. Dan lindungilah orang-orang yang lemah. Ada beza demand respect dgn gain respect...pembuli ni mereka nak mereka dihormati, disegani. Sedangkan kalau kau lindung orang yg lemah pun kau akan gain respect dari orang lain. Tampak sisi keberanian lebih dari pembuli.

aymanfansuri
Автор

Aku bekas KV tak perlu sebut nama (First batch), yup true story beb, semua kau cerita ni betul, dari cikgu, budak2, upacara2, kes, segala apa sume sebijik, Malam setan tu yup, aku pernah tido satu malam tu, diorang masuk kan ubat gigi dalam mulut aku, and then jam aku yg aku gantung dekat katil besi aku hilang, nak pergi kelas, kasut aku hilang, ada yang kaki menganjing, tapi dia tak sedar yg dalam dunia ni akan ada org tak suka kau dan boleh tngok berapa org yg suka kau tu ada bila kau kena pijak ramai2, trauma budak asrama ni real, benda2 ni real mat, tapi benda2 yg lepas ni lah yg jadikan kau hari ni, macam mana diri kau sekarang yg lebih berhati-hati dan menjaga diri bila bergaul atau memilih tempat dan kawan, semua pilihan, nak teruskan dgn adat atau padam kan semua kisah lampau yang akan menghantui kau lagi 30 ke 40 tahun akan datang, atau kepada org lain, dengan dendam kau nk bawa kemati atau kau redha dan lepaskan sebab kau ada lagi banyak hal lain yang perlu difikirkan, Adat itu hanya nama, yang menggubal dan meletak kan syarat itu kita .. Terpulang yang faham tu faham, okay salam dari batch 96 !! .. 🤙🏻

SyamzKhuzai
Автор

Zaman SMT aku dulu masa form 4 kena tarik dorm sebab tegur budak perempuan kelas Agrotek. Aku ditendang dan aku menendang jugak, senior ni kalau ko tak balas dia lagi naik syeikh. Lepas aku dilepaskan keluar dari dorm tu aku sebat kasut Adidas Superstar senior tu buat trofi. Masuk dewan makan hari esok ada senior dorm lain bagi laluan. Rupanya senior yg aku terajang tu bukan awek dia pun aku tegur. Cinta bertepuk sebelah tangan. Hai lah Isma, sapa la kahwin dgn ko skrg. Member aku smpi skrg lepak sekali dgn budak ofis aku kata zaman sekolah aku wayar putus sikit.

Masa aku jadi senior, warden letak budak2 lembut dalam dorm aku, aku pun nak tamatkan budaya buli/ragging ni. Tapi aku sampai skrg takleh lupa ada budak vokasional ni kena buli kaw2 sebab dia dorm lain. Kesian tgk budak tu, pernah aku tgk satu dorm punya baju sekolah dia basuh. Budak2 teknik ada yg aku jaga. Tapi kami mmg tak pergi berperang dgn budak voka, sbb ada jugak budak dorm aku ni satu geng skinhead pulak dgn budak voka tu. Itupun ada kes gaduh lain sama budak teknik sebab diorg tak puas hati dgn budak skinhead ni. Sampai tingkap nako tu dia pecahkan nak bertikam weh.

panzlithium
Автор

Drama ni based on true story yang berlaku di sbp. All boys sbp ada 6 je di seluruh Malaysia. Melalui pembacaan aku, benda ni terjadi di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).

terra-xoxo
Автор

Acik tak pernah tinggal di asrama tapi anak lelaki acik sekarang belajar dan tinggal di asrama KV(rahsia), acik selalu pesan kat dia jgn jadi pembuli dan jgn biar diri dibuli...fokus cari ilmu dan dapatkan sijil... fikir baik buruk sebelum buat sesuatu... semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita yang berada di asrama...

ranizaaziz
Автор

Alhamdulillah zmn muda remaja aku di sekolah berlalu dgn penuh smooth dan aman... Takat gaduh2 manja tu biasa lah...sekarang dh 32 tahun dah...terima kasih ya Allah...

afiqarrifudden
Автор

Sepupu aq dibuli dengan teruk di MRSM sbb dy budak kelantan n jenis pendiam. Tukar sekolah masa form4. Skrg perlu buat surgery pada dua belah2 mata kesan trauma kena tumbuk. Percayalah yg mana pernah membuli dulu, hidup kau tak kan pernah tenang smpai2 bila2 selagi mangsa buli kau x redha n maafkan kau.

jesskhan
Автор

Aku pon ex sekolah teknik...bile tgk cerita high council tu...terasa vibe time ddk asrama dulu....boleh dikatakan 80% sama..

hapiz-albanjari
Автор

Ni lah jdi kalau tkde pegangan agama yg kuat.. Alhamdulillah saya seorang ibu yg anak2 tinggal asrama.. pada awal semester anak dibuli, sampai kena iron tangan, tidur dimasukkan benda dalam telinga bagai.. anak tak nak bagitau.. tapi alhamdulillah ada kawan2 baik dorang yg bagtau.. saya tak buang masa terus confront warden dan pembuli tu.. jumpa anak2 geng pembuli beri nasihat dgn cara baik.. jadikan dorang anak2 angkat.. ajar dorang utk ber'emphaty'.. tak semua org nak tinggal asrama tu melainkan masing2 ada alasan.. mungkin kesusahan dalam hidup, mungkin takde mak bapak.. kesian.. sepatutnya dekat asrama tu lah jadi keluarga kedua.. yg boleh tinggal Dan belajar bersama.. Alhamdulillah skrg kes buli dengar2 dah setahun dh tak jadi lagi.. semoga dipermudahkan urusan semua anak2 yg tinggal kat asrama aamiin

frsgxew
Автор

Sebab tuu zaman saya asrama sekolah lantik pengawas berpengaruh dan balance sukan dan akademik supaya tak beban warden..alhamdulillah terkawal keadaan..Warden pon jenis berwibawa ronda asrama xde bias dgn senior mahupun jr..form 1 dan 2 saya kna teruk juga tradisi asrama ni..tapi bila senior year saya pilih jadi lone wolf je sbb better mcm tuu…kdg kat asrama ni ada certain tradisi yg dh xperlu ikut..bagi saya nak suruh2 tuu boleh tapi pastikan kebajikan junior tuu terjaga..jangan sampai dia tak tido tak makan kena buli dgn senior lain..apa pon Alhamdulillah saya dpt jumpa cikgu saya haritu..dia ckap one of hikmah PKP ialah asrama dah kurang seniority sbb yg rasa tradisi form 1 masuk tuu dh xde sbb dulu sbb generation tuu dh habis..yg latest ni sama je macam sekolah biasa berkawan tak kira umur…just hormat sbgai senior shj..

Aminkurosaki
Автор

Boleh jamin orang yang tak suka dengan cerita ni mesti pernah merasa pengalaman duduk dekat asrama. Aktiviti mungkin sedikit berbeza tapi pelaksanaan "culture" tu mungkin sama.

haziqjefri
Автор

tq cap.. akhirnya aq dah dapat jawapan kenapa banyak budak2 x nak hbiskan sekolah.. sebab persekitaran mereka di sekolah yg buat mereka decide utk berhenti... Aq jadi mushkil kenapa aq tgok budak2 muda x nak sekolah... even adik aq sendiri 2 org, sekolah x hbis.. bukan sbb duit.. jenuh pujuk dorg x nak... So inilah jawapannya... Aq pulak beruntung sbb pandai bawak diri and surrounding aq x seperti ini.. im proud to say, aq dah bjaya menggenggam segulung ijazah... nasihat aq, utk adik2 di luar sana... Kena pandai2 bawak diri.. carilah rakan2 yang baik2.. Kalau ada masalah di sekolah, cepat2 bgtau mak ayah.. jgn diam

DeHantales
Автор

Aku sekolah teknik di pahang..batch 2009-2010..kisah ni jadi masa aku f4...batch kami hari2 kena follow undang2 f5...lebih kurang mcm high council jgak la..aku boleh survive atas tiket aku suka buat bodoh..apa2 yg diorg suruh buat..aku buat..tapi sambil lewa atau lambat2...diorg maki ke marah ke..aku buat bodoh je..last2 diorg dah malas nak kacau aku..tapi ade budak batch aku kena teruk..hari2 kena kacau..kena pukul kadang2..tapi dia tak melawan..sampai la lepas habis sekolah..lepas 2 tahun mcm tu..dia ada terjumpa budak f5 yg selalu buli dia tu kt area daerah dalam pahang..dia tak ckp byk..lunyai budak tu dia keje kan..dendam seseorang jgn buat main..

ijamman
Автор

Sekolah STAR Ipoh, , , batch² yg lahir tahun 1991 yg sebaya aku semua tau cerita ni, , walaupun aku bukan budak STAR cerita ni mmg viral zaman² aku form4 2007 - 2008 form 5....serius mengamit kenangan kalau di ingat balik

Villa
visit shbcf.ru