The Zikr - Antara 2 Cinta 2024 (Official Music Video)

preview_player
Показать описание
#thezikr #antara2cinta2024 #nasyidlama #smartaudiomusic #munsyidmalaysia #nostalgianasyid #nazreyjohani #islamicsong #mvmmusic #rusamusic
#raihan #nasyidindonesia

The Zikr satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri nasyid Malaysia suatu ketika dulu kini kembali menghiasi persada hiburan islam kini. Dengan mengekalkan sebahagian anggota lama dan penambahan beberapa anggota baru The Zikr tampil dengan lagu-lagu lamanya yang dirakamkan semula dengan mengekalkan keaslian irama muzik tradisional nasyid kontemporari. Semoga pengembalian ini dapat mengubati kerinduan peminat nasyid tanahair.

Terima kasih diucapkan kepada Abu bakar, Che Amran, Amran dan sebahagian anggota asal The Zikr yang tidak dapat menyertai rakaman kali ini. Semoga Ukhuwah tetap segar sampai ke syurga. Al-fatihah kepada anggota yang telah pergi; Arwah Zairi dan Arwah Soleh. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan muttaqin dan mukhlisin.

Tajuk: Antara Dua Cinta
Artis: The Zikr
(Nazrey/Syamsul/Syawal/Achik/Afizan/Amy/Hafiz Udu/Amin)
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Penerbit Eksekutif: Syamsul Ridhuan
Producer: Amin Nordin
Studio Rakaman: Smart Audio Studio
Muzik Gamelan/Angklung: Raja Farhan
Perkusi Latin: Achik
Gendang sunda: Hafiz Udu
Suara Latar: The Zikr
Mixing & mastering: Amin Nordin
Videografer: Jefri/Fawwaz
Video Editor: Amin
Penampilan: The 6 Sons
Grafik: Baam (Rampage StudioWorks)

ANTARA 2 CINTA 2024

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada, ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu, kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu, kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
Hanya cinta-Mu, ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
Hanya cinta-Mu, ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

@ 2024 | SMART AUDIO MUSIC | All Right Reserved
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

MashaAllah tq for making comeback

Tlg remake balik2 lagu 2 best the zikr pls
Suara bro nazrey special sgt
Clear, lembut menusuk hati

anymisscall
Автор

antara kumpulan fav masa kecik² dulu. the zikr & nadamurni. lagu² nya yg masih segar dlm ingatan.

ainnshaa
Автор

...pejuang oejuang dalam halaqah Al Arqam dulu....

zulhasnyzulhasny
Автор

Semoga dapat mengeluarkan lagi video muzik seperti ini. Percayalah kami sangat merinduinya. Semoga terus sukses berkarya.

hataja
Автор

Alhamdulillah. Teringat waktu kecik dulu. Membesar dengan lagu2 nasyid The Zikr dan Nada Murni. Siap ada beli kaset lagi.

Ajalatido
Автор

minta tolong the zikr tolong kekalkan konsep lagu korang mcm lagu ni.. segala instrument musik ini tolong kekalkan.. dan minta tolong the zikr tolong hasilkan seberapa banyak lagu nasihat dan pedoman untuk generasi skrg bawa ke masa hadapan.. terima kasih min and the zikr.. special request dari saya.. minta the zikr tolong nyanyikan semula 2 buah lagu dari kumpulan raihan tajuk nya "bersatu kita teguh bercerai kita roboh, yg berat sama dipikul yg ringan dijinjing sama.sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat" dan i'tiraf" harap Abg2 the zikr dpt pertimbangkan.. tq

muhammadhuzairy
Автор

Remake "Isteri cerdik yang solehah" pulak, The Zikr..😊🤗🌻

Dunia_Ibu
Автор

terbaik The Zikr...seperti kembali di zaman kegemilangan dlu2

mohdnazri
Автор

ANTARA DUA CINTA

Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman
Dunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang Pasir
Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang
Tuhan... Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMu Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh

jusmiatijusmiati
Автор

Ust. Nazrey johani menemani sy bersama raihan. Suaranya dh menyatu bersama raihan...

BundaIzzaRaffasya
Автор

suaranya Ustad Nazrey...tidak berubah pernah dengar langsung waktu beliau konser Ramadhan di kampus UI..depok.dah lama pun..tahun 1999 klo tak salah

.lama nian😂.berasa tua saya😂

aymanummu
Автор

Alhamdulillah
Next lagu raya InsyaAllah ada rezeki trending.
Semoga anta semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Mr_KhanRashid
Автор

Moga The Zikr kembali membawahkan lagu2 nasyid 80an versi 2024

masriahjainalpuddin
Автор

Tahniah... Roh Nasyid itu ada apabila lagu sebegini dikuatkan semula... Rindu nasyid sbegini semoga terus bsemangat dlm bkarya dan bdakwah di dlm

almansudichannel
Автор

x pernah jemu.. 1st time dgr d skolah men..skarang dah 4 series.. sgt mendamaikan hati.. tolong remake semula lagu2 The Zikr...sgt2 rindu..Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri.. Allahummaghfir lahu warhamhu.. Aamiin

nur_fienur_fie
Автор

MasyaAllah…Suara Ustaz Nazrey dari dulu hingga kini tetap merdu.

meorsyahir
Автор

Ya Allah... Haru kurasa... Kenangan mengenal nasyid dr masa kecil dr tahun 1994

sanytrisandi
Автор

Terus support dakwah melalui nasyid. Saya membesar dgn dakwah kalian. Semoga Allah memberi ganjaran seluas alam semesta pada semua penyampai2 ini

mohdrizal
Автор

Menitis air mata mendengar lagu ini. 😢 Lirik yang indah, musik yang indah, suara yang indah. Tolong remake lagu2 The Zikr lagi. Salam dari Indonesia 🇮🇩

denisakpro
Автор

😢😢 Lagu yang menghidupkan hati. Rindu zaman dulu dulu. Zaman yg tenang tanpa social media yg melampau. Moga nasyid lagend ini menjadi asbab lebih ramai ingin kembali menjadi HAMBA ALLAH yg taat.

nurhasha
visit shbcf.ru