PM Anwar Ibrahim bertemu Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE di Istana Qasr Al Shati'

preview_player
Показать описание
Dari Anwar Ibrahim

Saya memulakan lawatan rasmi saya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pertemuan bersama Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi serta Panglima Tertinggi Angkatan Tentera UAE di Istana Qasr Al Shati'.

Seraya diapit Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sesi itu merupakan ruang lingkup bagi bertukar pandangan serta idea berkaitan isu glokal yang terkait selain perbincangan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan sedia ada.

Khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan, dan lain-lain yang memenuhi visi kedua-dua negara untuk masa depan yang mampan dan makmur.

Dalam usaha meluaskan lagi hubungan sedia ada, Malaysia-UAE akan menjalinkan kerjasama melalui perjanjian persefahaman pelaburan antara MIDA dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC).

Malah, kedua-dua negara juga meluluk ruang lingkup kerjasama berkaitan tenaga boleh diperbaharui antara MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC – MASDAR dimana MOU ini bertujuan untuk membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai USD8 bilion dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia menjelang 2025.

Kesepaduan kerjasama Malaysia-UAE berkaitan perdagangan dan pelaburan turut diharmonikan dengan pelantikan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja, Presiden dan CEO Petronas sebagai Pengerusi Malaysia-UAE Business Council (MUBC) manakala Rashid Alblooshi, Naib Presiden Kanan Mubadala Energy mewakili UAE.

Insya-Allah, Malaysia dan UAE akan terus meneroka bentuk kerjasama dan hubungan yang lebih erat bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara.

#MalaysiaMADANI
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

MasyaAllah!!!
Subhanallah!!! Alhamdulillah!!!
Smga DSAI d beri KEKUATAN dan KESIHATAN yg baik💙💙💙

norem
Автор

SYUKUR ALHAMDULILLAH PMX DI JEMPUT KE UAE buat kerjasama untuk negara... Tambah lagi kemajuan dgn Islam... Terbaik kerajaan perpaduan ❤️💙

freeboss
Автор

Bertambah rezeki utk rakyat Malaysia nti ❤❤❤

ahamadhamidi
Автор

Menteri Luar Negeri dan Menteri Pelaboran, Perdagangan dan Industri sekarang patut rasa bangga, bertuah, dan beruntung kerana kerap diberi latihan dan bimbingan sambil bekerja serta ditonjolkan kpd dunia antarabangsa oleh PMX yg sudah lama ada "good net working"..

alfaqir
Автор

Syukur Alhamdulillah 🤲🤲 Semoga Allah Permudah segala Urusan ke Negaraan Aamiin Yaa Rabbal Alaamiin

Bundahera
Автор

Terbaik, I❤PM❤I❤🇲🇾❤I❤Madani❤, semoga Allah mencucuri Rahmat dan keBerkatan kepada PM dan negara Malaysia berserta raja2 dan rakyatnya Aminnn...

yusufalias
Автор

Sokong PMX❤ utk Rakyat Malaysia yg tercinta

youngtun
Автор

TABARAKALLAH BIKHAIR, TERBAIK YAB DSAI PMX DAN DELEGATION BERJUMPA SYEIKH AL NAYAN DI ABU DHABI

gabraelalkudus
Автор

Alhamdulilah Maashaallah terbaikYB DSAI PMX

sitirohayamaria
Автор

Tabarakallah Pmx Dsai Aamiin3 YarrabhalAalamiin ❤️❤️💪💪🤲🤲🤲

RadziahTalib
Автор

PM10 terbaik untok negara Malaysia dan raakyaat Madani..
Sentiasa Allah rahmat PM10 kerajaan perpaduan dan raakyaat Malaysia Madani.

shahhussein
Автор

PMX Dsai seorang pemimpin yang dihormati dimuliakan oleh dunia lslam dan barat.. PM Malaysia terbaik dimasa ini.

shahromwazir
Автор

Hambik ko walaun...menagislah korang hingga tercirit birit..Pmx Malaysia berharakat bermartabat... #pmterbaikmalaysiamendunia

syukrialidrus
Автор

Terbaik anuar Ibrahim jadi perdana menteri Malaysia

helpianyan
Автор

PM n Menteri2 dah berubah n kedepan... Kita rakyat bila lg...

azaharrahim
Автор

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha PM 10 Anwar Ibrahim dalam pentadbiran negara Malaysia aaminnn3 🤲🤲🤲🤲🤲🤲🥰🥰🥰🥰🥰🥰

zulfahameed
Автор

PM DSAI terbaik.... PM DSAI lakukan semuanya ini adalah untuk rakyat Malaysia.... Tetapi ada juga yang memandang sebelah mata apa yang PM DSAI buat untuk Kerana ada hasrat dengki dan iri hati parah pempimpin Pembangkang hanya sibuk memburuk burukkan kerjaan Lakukan yang terbaik PM DSAI.. Kami rakyat sentiasa memberikan doa agar kejayaan demi kejayaan akan 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾💪💪💪💪

celoryating
Автор

Alhamdulillah Barakaallah PMX Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani terbaik aamiin Ya Robbal Alamin 🤲❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

sriantinah
Автор

Anwar pemimpin yg yg terus di kecam tp bertambah kuat

nelzl
Автор

Semoga DSAI, PMX, merajue Negara 20 tahun lgi .Amin
InnsyaAllah, Malaysia Akan bertambah maju, dn di segani di merata dunia

mimimaznahk