NEKAD ( The Seventh Flower OST ) - Kmy Kmo & Luca Sickta

preview_player
Показать описание
"NEKAD" ( The Seventh Flower OST )

Artis : Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta
Penerbit Muzik : Luca Sickta

#Nekad7 #7Bunga #Nekad7Bunga

Visual Muzik : Strada Art Production, KandaDinda by Us, Skywork Studios.
Penerbit : Ayang Abbas
Penerbit bersama & Arahan : Azlan Norani
Penolong Pengarah & Koreografi :Syaffiek
Sinematografi : Fikri Zamri
Pengarah Seni : Pu.Jangga
Kerja Seni & BTS : Fracment
Penolong Produksi : Hatim, Lat Al, Wawan
Lakonan : Johan Ashari & Sharom Nizam

Penaja Pakaian : Playaz

Lirik :

*Pre Chorus*

Tapak-tapak makan hari tunggu masa putus tali,
Biar luar kaki ayam dalam berbekalkan taji,
Lepas purnama mengambang naik merah itu pasti,
Mahu ikut nafsu sama atau sambung tidur lagi,

*Chorus*

Taji nak dituju,
Perlukan aturan,
Tak nak salah hala pekaka yang dihunuskan,
Tidur ku bertapa, Berlayar satu dekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad,

Jadi nekad, Jadi Nekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, ( ulang 2x ),

( Kmy Kmo )

Sedekad dah belayar,
Berbakul trapi dah dihadap,
Bagaikan kudrat sepuluh gajah meresap masuk tuk mengadap,
Adaptasi sejengkal sarap,
Permudahkan kau ke perangkap,
Emosi si nafsu nafsi lahap,
Adap asal yang dah ke arab,
Aku rabiah daripada Enam,
Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh,
Aku tarbiah siapa berani pejam,
Dengan tarbiah ramai kena suluh mamai miang buluh perindunya Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai,
Yang tersadai abai dek memandai,
Kaki intai perangainya murai,
Sidai muka,
Asal pandai dulu muda wangsa,
Sukar intai talam ribu rupa,
Bawa cindai ke muda berbangsa,
Lalu,
Hey,
Sidai rupa,
Pura pura talam dua muka,
Dari muda dia mudah lupa,
Bila sukar boleh bagi suka,
Dia suka,

*Chorus*

( Luca Sickta ) :

Tujuh petala bumi dan langit,
Dari gunung ke lautan dalam,
Pesuruh turun membawa salam,
Kalam berkisah segala silam,
Uh,
Dari lautan ke lembah curam,
Kembara bekalnya setia sumpah,
Seri iring kemenyan dan setanggi,
Membara darah walau titis tumpah,
Dendam,
Di pendam nafsu,
Nahu buta, Nawaitu palsu,
Genggam,
Di rejam amarah,
Bagai keris tanpa arah,
Yah
Pantang undur, Dicabar jangan,
Lantang jurus, Dijabar tangan,
Hulubalang dampingnya rapat,
Salah tuju akhirnya ke liang lahad,

*Chorus*

*Bridge*

Kapal layarku tak sangkut tengkujuh,
Layar ke samudra berkurung kan tubuh,
Senaman rasa jiwa,
Fahami rasa jiwa,

*Chorus*
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Terima Kasih semua untuk tontonan anda!!!
Nekad dah sampai 1 Juta view!
Zuhud coming soon!!


Teruskan support okay!


#ymyfam to #ymytroops

OfficialYMYFAM
Автор

Rap ada isi.. Bukan rap kosong, rap lucah. Hands up 🙌. Views sikit jgn risau.. Kita kejar kualiti berbanding kuantiti.

alanrunner
Автор

Nekad lah taknak comment apa2. Cengini 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

SiQma
Автор

0% pompuan joget
0% borak pasal duit
0% gengster
100% talent / lyricst

amjadahmad
Автор

Korang ni telan Kamus Dewan ke wei! Aku dengar 3 kali sambil baca lirik, lansung tak ada bahasa pasar manglish poyo apa semua tu. Hebat! dengan perkataan² klasik diguna pakai sekali lagi... ini baru betul² karya melayu. Bravo untuk korang. As salam.

K.izwan
Автор

Aku buka lagu ni, Esoknya Malaysia Merdeka 🇲🇾
(Alhamdulillah Negaraku Merdeka 62) Semoga kekal kan perpaduan bangsa.

Kimeryb
Автор

Sekarang boleh beza kan orang yang utamakan seni berbanding duit. Teruskan berkarya🔥🔥

m.o.x
Автор

Aku perasan rap malaysia ada 2 susur galur, satu susur malique, satu lg galur joe. Susur malique lbih kpd trad poetry, xramai sgt pelapis. Galur joe urban poetry, dah rmi sgt.. 2-2 baik utk industri, tp yg 1st baik utk warisan.

ibnumokhtartv
Автор

Kalau kualiti level macam ni, aq sanggup keluar duit beli Album

amirulakhyar
Автор

Kmy kmo & Luca sickta
Pewaris mata pena Malique,
keep it up brah,
korang penerus Flow rap melayu .

zayinnurjamali
Автор

Sekarang anda sedang saksikan salah satu kehebatan melayu iaitu BAHASA! Powerr🔥🔥

ZamzairiTV
Автор

Tiada unsur lucah
Tiada unsur gangster
Tiada nak promote² flavour or pod
100% pure talent 👌

coreythegreattaylor
Автор

Seni kata yang cukup rencah dengan gabungan irama moden/tradisional dihidangnya pula imej kemelayuan.. fuhh korang memang mistik meremang dengar.. padu🔥🔥🔥

firdausrahimi
Автор

Ilmu camni Allah pilih-pilih hamba yang Dia nak bagi.Kalau tak, takde syurga, takde neraka.Yang berpaling walau diberi ingatan pasti akan celaka.Yang penting, hati (iman) kena selalu mintak ditunjukkan Hidayah.Dia mesti tunjuk, tapi sebelum Dia tunjuk mesti datang ujian nak tengok kau ni layak ke tidak.

“Masakan kamu mengaku beriman kalau tidak diuji?”
Kalau kau pass ujian ni, mana saja tubuh kau berpaling, mana saja mata kau melihat, apa saja telinga kau dengar, kau hanya nampak Allah.
Yang mana faham jangan bongkak, jangan diejek orang yang tak faham.Ilmu ni milik Allah, Dia nak pusingkan hati kearah kehinaan tu anytime, sentiasalah Zuhud. Aku syukur sedare2 camni Allah hantarkan, buat peringatan, buat pengajaran.Kalau tak, mati kufur aku agaknya.
Istiqamah, syariat jangan tinggal.

t.m.a
Автор

Pekaka ialah sejenis burung. Dalam alat senjata ada namanya Keris Pekaka yg nama hulu kris tersebut diambil dari ilham Kepala burung Pekaka. Jadi keris ini tidak mahu hunus membabi buta dan pastikan tepat pada arah yang dituju.

JJCMOMY
Автор

Disaat semua menunggu sambutan ambang Merdeka
Aku pula menunggu Nekad keluar kasi perang diss reda.😎
Btw lagu dari Kmy Kmo sentiasa buat pendengar rasa nak study and faham lirik dalam lagu baek yall.👍👏💪

aliffikmal
Автор

Sungguh Melayu kaya dengan kata, tak kira genre terbukti kalamnya. Dengar lagu ni sambil belek Kamus Dewan 🙌
Salute 🔥

ummi_ariaz
Автор

K clique dan yg lain mungkin on top sekarang but this one from kmy kmo and luca sickta is straight up on fire🔥🔥🔥agree?

shazmin
Автор

Dah nak habis 2020, siapa layan lagi lagu ni? Dah dengar 7 Nasihat & Zuhud, dengar lagu ni balik. Memang masterpiece!

HoshikoBeat
Автор

Lagu mcm ni patut viral n trending..bknnya lagu "tercucuk stim ahh"

SzaluteChannel
join shbcf.ru