Kes rasuah VLN Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept

preview_player
Показать описание
#BuletinBernama : Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), pada Khamis menutup kes mereka selepas memanggil 18 saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan, memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa bahawa pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) V. Mahendran, selesai memberi keterangan.
Рекомендации по теме