2ARD - CACAT (Official Music Video)

preview_player
Показать описание
Cacat merupakan manuskrip mengenai Hakikat kehidupan yang bergelar Manusia.
Hakikat kehidupan yang bukan hanya melihat dengan zahirnya dua biji mata.
Namun adanya hati untuk menyempurnakan neraca pengabdian.
Kesempurnaan lahiriah itu bukanlah kecukupan abadi
Manakala kekurangan pula bukanlah tiket membeli erti kesempurnaan.
Namun kesempurnaan sebenarnya bila mana semua anggota dan gerak geri terus bergerak mencari redha dari-Nya.

Tiada beza kita disisi Pencipta melainkan tahap keimanan dan kesabaran yang dipersembahkan.

#Cacat merupakan single pertama dari 2ARD. 2ARD merupakan salah satu artis dari SampaiJadi Records. Kumpulan 2ARD ini dianggotai oleh sepasang kembar yang sangat luar biasa iaitu Albert dan Rauf D. Ini juga adalah kali pertama Tarbiah Sentap berganding bahu bersama SampaiJadi Records untuk menerbitkan lagu bersama. Hayati lirik dan maksud lagu dengan teliti. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

***

Lirik : Rauf D, Albert, Salam
Lagu : Rauf D & Albert
Musik : Rebel
Mixing & Mastering : Rauf D & Ngah Sham
Video & Design Concept : Salam & Albert

***

CACAT

(ALBERT)
Satu kasih tak aku pinta
Apalah guna aku cuba
Kalau tak ikhlas ku tak paksa
Dunia ini sementara
Tidak dahaga dari mereka
Cuma Dia ku perlu ada
Biar aku berserah
Akhirnya padaNya juga

Terbang kujauh kutinggi kutunduk
Biarku pergi kan ku cacat keji

Korus :
(RAUF D)
Cause i just wanna be you
Kumahu kau tahu
Siapa diriku

Kutidak sempurna
Haruskah ku menjauh
Tinggalkan dirimu

Jiwa kacau kondisi hilang
Kalam mulia pengubat tenang
Balasan sekadar senyuman
Hari demi hari
Aku bersyukur padamu ya Rabbi

(ALBERT)
Eh kadang aku tertanya
Mengapakah diriku
Aku bencikan diri aku

Tidak ku pernah
Minta dilahirkan tak berupa
Tidak ku pernah
Minta dijadikan tak serupa
(Eh biarla)

Tapi hanya Tuhan yang tahu
Kenapaku dijadikan begitu
Pinta diberi peluang
Segala halangan dibuang
Hey akhirnya ku rasa tenang

Korus :
(RAUF D)
Cause i just wanna be you
Kumahu kau tahu
Siapa diriku

Kutidak sempurna
Haruskah ku menjauh
Tinggalkan dirimu

Jiwa kacau kondisi hilang
Kalam mulia pengubat tenang
Balasan sekadar senyuman
Hari demi hari
Aku bersyukur padamu ya Rabbi

(RAUF D)
Apalagi nilai bahgia kerana
Takpernah cuba tuk ku peduli
Tidak pernah sekali ku bangga
Menjadi diriku
Menjadi seperti kau mahu

Hey
Hey
Cause I just wanna be you
Ku tidak sempurna

Korus :
(RAUF D)
Cause i just wanna be you
Kumahu kau tahu
Siapa diriku

Kutidak sempurna
Haruskah ku menjauh
Tinggalkan dirimu

Jiwa kacau kondisi hilang
Kalam mulia pengubat tenang
Balasan sekadar senyuman
Hari demi hari
Aku bersyukur padamu ya Rabbi
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Jangan lupa support kumpulan 2ARD dari team SAMPAIJADI 😍 Dua adik beradik kembar yang cukup berbakat!

Subscribe lagu-lagu dari team SAMPAI JADI PROJECT di sini.

tarbiahsentap
Автор

Alhamdulillah, aku bersyukur masih dapat melihat dan mendengar walaupun aku OKU pelbagai kerana mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran. Aku hanya dapat melihat sebelah mata dan mendengar sebelah telinga. Tapi ini tidak menghalang aku untuk BERJAYA. Doakan aku dipermudahkan segala urusan.

Aamiin 🤲🏻

hanifhazman
Автор

Saya yang bukan Islam pun boleh tersentuh dgr lagu macam ni, ayuh trending

SenjuAkimai
Автор

Bg aku, diorg yg special ni untung sbb at least diorg dh ada sesuatu nk dipersembahkan dkt Allah. Which is apa yg Allah tarik dr dia. Mcm mata, kaki, pendengaran, tgn..anggota badan diorg dah ada dkt syurga sana😭

Biasanya kwn2 special kita ni lah lg bersyukur n ramai yg success dlm hidup dia. So jgn kondem diorg...tp reflectkn apa anggota badan kita yg diorg xde tp kita ada dah buat utk dipersembahkan dkt Allah nnti.

nrhans
Автор

Albert Rahim (2020) :

.
Tuju is shaking

nasihzainal
Автор

‘Tidak pernah sekali ku bangga menjadi diriku.. MENJADI SEPERTI KAU MAHU’ 💔

shawatimasran
Автор

Terima kasih kerana menciptakan lagu ini yang mewakili keadaan aku sekarang...semoga allah merahmati kamu semua dan dimurahkan rezeki dilancarkan segala urusan.amin

dausmaula
Автор

Aku je ke yg dgr suara dia cam Naim Daniel🤧🤣. Great job 2ARD😍

ahmadirfan
Автор

Lagu ini mengingatkan saya mengenai adik saya yang merupakan oku.Dia merupakan anak syurga kerana mengalami autisme sejak umur 2 tahun.Sekarang sudah 18 tahun.Semasa menjaga dia memang susah.Tetapi keluarga saya serta diri saya tetap terima dia seadanya dengan sabar.Alhamdulillah ada lagu khas untuk dia yang merupakan anak syurga.🥰.Walaupun dia sempurna tubuh badan tapi pemikiran dan otak dia tak sempurna. Nama dia adalah Muhammad Syazwan Irman.Moga dirinya sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah Taala.Syukran Tarbiah Sentap serta 2ARD buat lagu ni.🥰

nanadiyana
Автор

Laaa yang ni laaa saya nampak kat wangsa maju tu semalam, saya kata apa laa diorang nk buat dengan kerusi roda n camera man tu.. Rupa2 nya jumpa kat sini. 😂😂😂

rhabiatuladawiyah
Автор

Bila saya dengar lagu ni, saya teringat yang saya pernah berlakon jadi cacat untuk video assignment saya

syahmihaziq
Автор

masha allah ~~~
-
-
-
tiba2 mcm dgr suara naim ~

oknothing
Автор

What a break through! Tahniah 2ARD! Keep it up, keep learning, and keep improving. #SupportRapat

Jutaan Terima Kasih kepada Tarbiah Sentap atas collab dan tunjuk ajar kepada 2ARD dan The Prophecies.

zaidharithahabdulghaffar
Автор

semoga lagu ni juga trending.. Insha allah Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.." Tiada yang sempurna melainkan Dia." Semoga syurga buat kita semua.

Mixblythe
Автор

Lirik nye sangat best n mempunyai maksud yg mendalam

tptnur
Автор

Sungguh kadang tak merasa tenang dengan takdir yang berlaku ke atas diri kita.

Adakalanya membuatkan lidah kita untuk menyumpah seranah tanpa kita berfikir.

Tapi adakah kita berfikir ada insan yang lebih "teruk" ujiannya dari kita.

Dengan akal yang "sempurna" mereka tenangkan diri mereka dengan SYUKUR.

Kita lihat semula diri kita!

anwarrantisi
Автор

Allahu 🤧❤️ memg lain dari lain 👍🏻 padu sangat sangat liriknya lagunya 🌹✨

nurulnuha
Автор

Kita yang sempurna ini jangan lah keji pada orang orang cacat

adammuhammad
Автор

Share banyak2 guys. Kasi trending lagu dakwah ni.

halimatunsadiah
Автор

a two-part chorus, you can never go wrong with those <3

joergensven
join shbcf.ru