Slam - Kembali Terjalin [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu Kembali Terjalin Dinyanyikan Oleh Kumpulan Slam

Seperti mimpi perkenalan itu
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu ku terkenang jua

Engkaulah permata di dalam genggaman
Tidak ku sedari
Kaca yang bersadur keemasan
Terus ku cari

Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi di ketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen mana yang palsu

Di akhir-akhir ini
Ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku
Satu kerugian

Andainya di situ ada ruang
Bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Ku buktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita

Ku pohon darimu
Ketulusan hati
Menjalin kembali
Perhubungan suci

Andainya di situ ada ruang
Bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Ku buktikan erti keikhlasan
Menepis ego aku untuk kita
Demi suatu masa

Ku pohon darimu
Ketulusan hati
Menjalin kembali
Perhubungan suci
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Ramai yg masih x faham, mmg kebanyakan lagu yg tercipta pd zaman itu 90 %adalah lgu yg dicipta tentang cinta..mnusia..pd zaman tu owg mengorat, terduduk, termenung, terbayang2 pasangan masing.sbb tu cinta org zmn itu lebih mendalam lebih cinta sejati, ..bkn kebanyakan cinta zaman it moden ini yg lebih kpd nafsu

HISYAMHISYAM-
Автор

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .

𝑨𝒍𝒍𝒐𝒉𝒖𝒎𝒎𝒂 𝑺𝒉𝒐𝒍𝒍𝒊 '𝒂𝒍𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒚𝒊𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝒘𝒂'𝒂𝒍𝒂 𝒂𝒍𝒊 𝑺𝒂𝒚𝒚𝒊𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅

amirulrashid
Автор

PENYESALAN SELALUNYA DI AKHIR BUKAN DI AWAL.

KALAU DI AWAL, IA BUKAN PENYESALAN TETAPI PERKENALAN.

catmeow
Автор

jika telah tersurat dia bukan milik kita sekuat mana pun kita mencuba tetap bukan kita yang menjadi pilihannya

azlansatar
Автор

Lirik lagu sgt Dalam erti..melodi cntk.. suara sedapp

richardworren
Автор

Terbaik Abg Saari, andalah bukti kedudukan itu bukan penanda aras akan kejayaan seseorang....

donaldjoannis
Автор

Bila selalu disakiti, Memaafkan boleh...tp kembali jangan..sebb kaca yang dah pecah tu, tak kan boleh bercantum kembali pada asalnya😔

azlinabdullahsas
Автор

Kisah cinta kita berawal di tahun 1992 s/d 1995 ketika itu kita masih SMP dan menyimpan rasa sayang yang tak Terungkap dan akhirnya berpisah dari 1995 s/d 2021 dengan kebesaran ALLAH SWT kita di pertemukan kembali dan insya ALLAH tak akan terpisahkan lagi, ,lagu ini saksi cinta sejati itu 🙏🙏🙏❤️❤️❤️

herniyuli
Автор

Lagu bukan biasa biasa.. Yg menghayati secara luaran..mmg seperti memujuk rayu seorg wanita... Namun hakikatnya maksud lagu ini yg lebih mendalam..Ialah Rayuan dan Keinsafan Seorang Hamba kepada Penciptanya

ahmedfaizinibnuhazim
Автор

Kembali Terjalin
Lagu: Saari Amri
Lirik: Habsah Hassan
Album: Kesan Terbukti
Artis: Slam
(BMG Music Publishing/
Music Works Publishing)
P&C 1995 JOHAN MUSIC/
BMG MUSIC PUBLISHING (M)
SDN BHD

kerriekerry
Автор

FYI lagu-lagu gini kekal bertahan kerana DIA lah yang memahatkan dlm sama' hamba-hambaNYa yang terpilih. Ini lagu INSAN yang baru menerima kebenaran akan TuhanNya..seniman dulu dakwah melalui karya-karyanya. Kerja drg adalah tabligh, sesuungguhnya DIA lah yang memberi faham...

mohdrafieomar
Автор

1994 - Selangor. 2024 - USA. Walau sudah 30 tahun lagu ini masih memberikan feel yg sama seperti di tahun 1994.

SUPERNOBODY-
Автор

Ramai kaum hawa mengakui rangkap ayat-ayat kiasan dalam lirik lagu oleh Saari Amri itu bagaikan kata-kata dari malaikat yang boleh merentap ulu hati/jantung hingga tanpa disedari tertumpahlah airmata tanpa henti bagi yang melalui dan mengerti apa itu "PERCINTAAN" antara sesama anak adam di dunia ini.

hasnahcheismail
Автор

YANG BERJAWATAN YG DIBERI KUASA YG DIBERI NIKMAT BERCAKAP DIKHALAYAK RAMAI YG DIBERI KEDUDUKAN YG DIBERI PANGKAT BILA NAK LAKSANA HUKUM ALLAH....2022/1443 YG MENINGGAL TELAH BANYAK DILIHAT YG MASIH HIDUP BILA NAK LAKSANA HUKUM ALLAH....

muhammadazhar
Автор

Lagu terbaik dan ada erti di dalam hidup

andrewwillytimbahanswongfa
Автор

Rindunya dengan bekas kekasih hati..percintaan jarak jauh....😢

zainibotakzainibotak
Автор

"Tertutup pintu hati minda tak berfungsi di ketika itu. Tak tahu menilai mana yg tulen mana yg palsu."

Dan hingga kini aku menanggung penyesalan seumur hidup. Andai dptku putar waktu, demi Allah. Akan aku jaga hubungan kita yg hnya tinggal selangkah lagi utk ke jinjang pelamin waktu 9 tahun aku sia2kan mcmtu je kerana kejahilan diri sndiri. Maafkan aku... Kau layak utk bahagia skrng ini...

aliffsyafiqrosliasri
Автор

Aku yang sentiasa mencarimu, menunggumu... Dulu, kini, selamanyaaaa.. diri mu jauh di sana. Entah apa khabar mu. Aku sentiasa mdoakan kesejahteraanmu. Andainya mak tidak melarang kita tidak jadi begini...

norlidabaharimconnie
Автор

Lagu lagu dizaman dulu penuh mendalam jika kita teliti kebanyakan lagu dizaman dahulu selalu mengaitkan tentang seorang hamba untuk kekasih abadi iaitu Allah SWT

fathihasnan
Автор

PUASA SEMBAHYANG ITU JE YG DIPERTIKAI SAMPAI SEKARANG SAMA MCM JESUS ANAK TUHAN TAK SELESAI...HIDUP PULUH TAHUN BERAPA BANYAK SEMBAHYANG PUASA BILA NAK LAKSANA HUKUM ALLAH UNDANG2 ISLAM....PUASA SEMBAHYANG PUASA SEMBAHYANG TGK DIRI SENDIRI BILA NAK LAKSANA HUKUM ALLAH .. JIKA KENAL TUHANNYA MAKA LAKSANALAH HUKUM ALLAH.

muhammadazhar