Handy Black - Natrah [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu: Natrah
Artis: Handy Black
Komposer: Ozen Ann
Lirik: Ozen Ann

Kejatuhan si perawan di kota Temasek
Jeritannya yang tak bersuara
Menakluki kita semua
Hingga mencetuskan sengketa

Hadirannya adalah satu titik bencana
Hingga mengorbankan ugama dan nyawa
Ia menjadi satu lagenda
Terciptanya satu sejarah

Natrah yang malang
Nyawamu dipertaruhkan
Kezaliman pecana dipatahkan

Natrah, nilaimu dipertahankan
Bangsamu melepaskannya
Kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan sehingga kini

Natrah, nilaimu dipertahankan
Bangsamu melepaskannya
Kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan sehingga kini
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Lagu Natrah dinyanyikan olej hamdy black diharam oleh RTM..sbb ade kisah2 menyedihkan berlaku ketika itu tahun 1950 menyentuh isu kaum n agama... Natrah anak pasangan belanda yg dibesarkan oleh makcik aminah dgn ajaran Islam..tpi bila Natrah umur 13tahun mak bapaknya kembali rebut secara paksa dia dan dipaksa murtad...itu yg org ramai marah..masa tu x silap ramai juga mati 18org mati 200cedera akibat rusuhan ditahun 1950...1sg black out masa ni...ade polis2 melayu semua buang uniform...turut serta dlm rusuhan itu pertahankan agama...

aliphamey
Автор

Sayangnya kalau benar Si Natrah tu dipaksa murtad.. Tapi jika hatiNya kekal Islam..In Shaa Allah sesekali pun dia takkan Rugi di akhirat yang kekal kelak.. Rahmati kami Ya Allah dan berkat Syafaat kekasihMu jua kami pertaruhkan harapan Ya Rabb😭

HusinHasan-cj
Автор

Terima kasih pd sahabat2 smua yg beri sokongan smpai saat ini, t, kasih2 Aaminn2

leehandyblack
Автор

Aku menangis bila dengar menghayati bait-bait lagu yg penuh sejarah ni.Demi Natrah dan agama ingin dipertahankan...ramai yg terkorban.Moga yg terkorban dlm tragedi NATRAH di tempatkan bersama org2 yg dicintai Allah di sana.Aamiin YRA.

ramlemarsidi
Автор

31/3/2024..7:09PM..simpang ampat..tengah kacau ayaq untuk buat buka posa..pakai airpod layan lagu ni..syahdu beb🥺🥺

white_ZOMBIEeEeE
Автор

Natrah, antara iman dan airmata, semoga rohmu dalam rahmat Allah, tangisan saudara seiman melihat engkau diambil untuk dimurtadkan, dan tangisanmu menjadi saksi perpisahan

HaikalMadyong
Автор

Saya dinamakan oleh ayah saya sempena kisah ini.

tunnatrahabdulkarim
Автор

Isa Rahman, Awie (Wings), Mus (May), Amy (Search), Aim (Crossfire), Ijam (Medicine), Burn (Meditasi), Saleem (Iklim), Rahmat (Mega), Scorp (Melissa), Ayai (Illusi), Alim (Kris), Amir (Analisa), Amir (Syj), Rahmat (Ekamatra), Nizam (Laksamana), Ajit (GET), Ajin (Black Rose), Mail (XPDC), Ali (Terra Rosa), Nik (Putera), Yantzen (Rusty Blades), Joey (BPR) dn semua vokalis kumpulan rock adalah antara individu yang aku minat dn hormati...

faridzulazmi
Автор

Aduhh... Dah 2023.. Aku baru tahu handyblack mempunyai lagu yang sangat sangat terbaikkk

woqlegend
Автор

aku masuk cari lgu ni sbb lalu kt fyp tiktok . baru tahu lagu ni ada sejarah 😢

natashaazmy
Автор

Cuma nk beritahu lineup HANDYBLACK mmg power masa ni..isa rahman, amy xpdc, bard e.y.e.
Pasal kisah natrah ni kita berserah saja kpd Allah swt.DIA MAHA AGUNG dan MAHA MENGETAHUI

affnansuffi
Автор

lagu ni ada sejarah sebenar tahun 1950 di singapura..kisah ank belanda di buang oleh org tuanya, masa tu mak dia sruh satu perniaga kain namanya cik aminah dari terengganu utk mnjaga anknya.... prnah cik aminah bela dia dan didik dia dlm agama islam.... suatu masa, dia dah beso, tiba2 org tua dia mncari ank dia smpai dia di murtadkan... masa tula trjadinya isu agama di singapura... ramai org islam sana memberontak krana kes ank belanda ini di murtadkan

comot
Автор

Lagu ini ada sejarah seorang wanita bernama natra..di jaga oleh keluarga melayu islam..dan pada umurnye genap13 tahun..waris kandung natra telah mengambil kembali natra..dan di paksa murtad..yang aku pelik..kenapa kerajaan ni buta hati..

norazmanyusof
Автор

Lagu rock 80an 90an mmg paling terbaik dlm hidupku...membesar dgn lagu2 mcm ni...support rock tanahair tercinta🫰🥰

Pejuangfisabilillah
Автор

Aku bru tau kisah natrah ni..dah 40 siri baru tau sejarahnya hngga berlku pngorbanan demi agama dan pembelaan seorang wanita ..2023 bru tau sejarah kisah natrah..adoii tertnggal bas-ikal aku ni..bnyak bnda yg x diketahui umum..😂😂

sharockjdt
Автор

Masa zaman sekolah rendah aku suka dengar lagu ni, umur dah 43 tahun baru tahu ada sejarah disebalik lagu ni😢😢

hazisamat
Автор

Al Fatiha Untuk mu Natrah. Semoga Allah Mengampunkan Semua dosa²mu Dan Allah Memamsukkan mu dalam syurganya..

Korusaki.Ichigo
Автор

Masa record lagu ni, kita memang menjangkakan Natrah akan jadi top yg membawa handyblack kepuncak persada seni...
Tapi harapan musnah bila RTM gam lagu ni dari dimainkan dicorong2 radio... bukn lagu ni sahaja yg di gam.. malah 9 lagu lain jugak .
seterusnya membawa kpd perpecahan kumpulan handyblack.... 😢😢😢

sanatalpha
Автор

Antara lagu2 yg diharamkan bersiaran di radio ketika dulu dan kini. Kerana kisah yg kontrovesi

actrosactros
Автор

inilah vocal asal handy black, isa Rahman...padu suara dia nanyi lagu natrah...meremang weiii..

dzulhasymiezulhasymie