Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR, Jerebu

preview_player
Показать описание
Episod 55 #KeluarSekejap di Kay’s Steak & Lobster telah membincangkan isu-isu semasa seperti Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR dan Aset Tabung Haji.

Keluar Sekejap juga berkesempatan untuk membincangkan tentang Jerebu Rentas Sempadan yang telah melanda negara kita.

00:00 Intro
2:35 DuitNow QR
14:23 Rombakan Kabinet
30:08 Muktamar PAS 2023
44:35 Tabung Haji
57:25 Jerebu Rentas Sempadan

Dikesempatan ini juga, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Kay’s Steak & Lobster untuk penajaan bagi Episod 55.

Kay’s Steak & Lobster adalah restoran pertama di Malaysia yang menyajikan “Beef Wellington” yang dijamin HALAL oleh JAKIM. Selain itu, terdapat pilihan stik dan udang kara yang segar untuk dinikmati. Sesuai menjadi pilihan restoran untuk keramaian dan tempat santai bagi menikmati juadah yang lazat serta berkualiti.

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Terima kasih KS ulas mengenai Muktamar PAS 2023. Cumanya bukan sebab budaya wala' yang menjadikan tiadanya pertandingan jawatan top 5, tapi disebabkan ramai yang risau akan tanggungjawab yang akan digalas. Tanggungjawab dan amanah yang akan disoal di akhirat kelak.

Setakat yang saya pernah ikut top 5 dalam PAS, dari segi amalan ruhiyyah mereka saja bukan calang2 orang boleh ikut. Belum lagi tugasan mereka sebagai pimpinan.

Sebab tu YB MB Kedah pernah kata dia tak sesuai untuk nak pimpin PAS. Dia boleh jadi MB, tapi masih tak mampu nak pimpin PAS. Ianya berbeza.

Tapi adakah tiada yang mampu? Saya yakin ada. Mungkin dari sekarang top 5 dah boleh groom pelapis mereka.

Senyum.. =)

MsPjaMS
Автор

Ya Indonesia patut di saman di mahkamah antarabangsa tentang jerebu yang dah bertahun2 tak selesai! Setuju.

rokiahhashim
Автор

Tak pelik PAS mengekalkan pimpinan tertinggi yang mengemudi parti menjadi pemenang terbesar dalam PRU15. Yang peliknya parti yg dipaksa kekalkan pemimpin2 yg menjadi sebab mereka kalah besar dalam PRU15.

abshukoris
Автор

kpd KS.
saya sebagai ahli Pas yg memang Pas dari turun temurun keturunan, memang sangat setuju dengan kata2 dari MB Sanusi. dia xlayak utk pegang jawatan tertinggi dlm parti...
sbb dlm Pas, saya sebagai ahli berpendapat, utk jadi pemimpin tertinggi, mestilah dari kalangan
Para Ulamak/ Tok Guru/ Ustaz @ sekurang-kurangnya ada ada basic Agama boleh jadi imam n boleh baca khutbah Jumaat...
utk jadi pemimpin dlm PAS, seseorang tu perlu muhasabah diri sebelum bertanding sesuatu jawatan tu, tengok lah siapa yg akan kita lawan...
sbb kita xlayak utk jadi pemimpin kpd orang tersebut...

nak jadi Imam solat Maghrib contohnya pon kita kena tengok dulu siapa pengikut/ makmum di belakang kita...

ini kan pulak nak jadi Imam/Pemimpin kepada ahli/rakyat yg ada berjuta2 orang di bawah...
seseorang pemimpin perlu ada kesedaran tu...

-saya setuju dengan cadangan yang Tua bagi peluang kpd yg Muda utk memimpin, tapi mesti/wajib ada ilmu yang cukup & dapat keredhaan dari orang yg lebih layak...

*cukup2x lah dulu ramai orang yang xlayak dipilih pegang jawatan tinggi dalam Parti & sejarah paling memalukan orang yg sangat xlayak pegang jawatan Timbalan presiden Pas, syukur sekarang dia dh Cauuu buat buat parti baru ...
*Harap PAS xulang lagi kesilapan yang sama.

*seseorang yang nak jadi pemimpin mesti lah ad kesedaran & Muhasabah diri ...
(cara MB Sanusi dgn Tuan Ibrahim tu sangat lah tepat) #respect 🫡

naimph
Автор

Terima kasih KJ & SH atas komen terhadap pemilihan muktamar PAS nanti. PAS terbuka untuk menerima kritikan membina. InsyaAllah demi agama bangsa dan tanah air, PAS akan buat yang terbaik. ❤

yjtyycy
Автор

Sapa org luar nak top 5 dipertandingkan, sila isi borang PAS... Pastu isi borang pencalonan dan lwn.... Menang jwtn tanpa bertanding berbeza dgn menang jwtn tak dipertandingkan... ibarat langit dgn bumi

sharifak
Автор

Hi KJ & Shahril, i totally agree on the sanction to be issued to Indonesia due to the current haze issue. The statement by the Indonesia's minister is totally unacceptable. Saya sekarang ini berada di Kalimantan Selatan dan saya lihat sendiri pembakaran terbuka yg berlaku di merata tempat akibat sikap tidak bertanggungjawab masyarakat atau pemunya tanah di sini. Mereka mmg ambil kesempatan musim panas sekarang ini utk buat land clearing dgn cara pembakaran tanah mereka utk menjimatkan kos pembersihan tanah mereka. Issue ini harus diambil serious oleh Malaysia dan Singapore.

arunkumar
Автор

Perbincangan tentang "country for old men" ni sangat tepat dan saya sangat setuju. The time has come, or even passed, that this country is renewed with major parties being led by the young. Unfortunately there will no political will to make this change - the change will need to come from and demanded by the real masters .. the voters, the rakyat.

jmeister
Автор

Assalamualaikum dunia...saya berharap sangat2 PortCast KS akan bincangkan isu2 berkaitan dengan pendatang asing yang bermaharajalela di negara Malaysia. Perkara ini amatlah membimbingkan di masa hadapan. Tolonglah kami 😔😔😔

TheWorldOfCycas
Автор

Setuju. Kita patut tukar politician tua tua zaman dinasour ni. Dah bosan tengok. Asik sangat berpolitik. Bukan peduli rakyat pun. We want younger generation to become new dynamic leaders.

LadyZ-sewh
Автор

I myself 43 years old this year. From the 80s until now there is always same name politicians until today. When Mahathir and Ku li lost I'm so happy that the old emperor gone, but still there's a lot old emperor on Malaysia politicians.

fadzlillahfadzil
Автор

Kalian lah saja yang kami Harap kan bersuara bagi pihak kami untuk meneruskan kemajuan Malaysia. Terus kan KJ and Sharir. Terima Kasih 👍👍👍

zainabdul
Автор

Bab Duitnow tu saya setuju bank patut absorb cost dia. Bukan kerajaan, peniaga atau pengguna yang patut tanggung. Bank untung billion2. Ceo bonus juta2.

praigeki
Автор

After dah follow KS untuk 54 Episod. Baru hari ini dapat tengok setup podcast KS really sedap mata memandang sebab before this saya bekerja as grabfood dijalanan really love to hear back to back dengan every KS podcast. Thank you chip dan shahril poster boy because give informative to ours

hazimasyraf
Автор

Bagi saya ada logik top 5 tak ada pertandingan kerana kejayaan besar PAS dalam PRU15 dan PRN. Tapi memang dalam PAS ahli dia ditarbiah tidak meminta jawatan melainkan dipilih oleh parti, dilantik oleh pimpinan. So, budaya lobi melobi jawatan memang tak ada dalam PAS.. budaya orang PAS selagi boleh tolak, dia akan tolak.. bahkan jadi calon pilihanraya. Melainkan arahan pimpinan parti.. Puas pass kat orang lain sebab tak nak jadi calon. Takut dengan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan…

Rasanya mungkin berpandukan hadis Nabi SAW:

Maksudnya: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta akan jawatan. Jika engkau meminta permasalahan (jawatan) maka engkau akan menanggung beban itu sendiri. Tetapi jika engkau diberi permasalahan (jawatan) tanpa meminta, maka engkau akan dibantu padanya (oleh Allah SWT).

Riwayat Abu Daud (2929)

Bukan bermaksud haram meminta jawatan tapi memberi peringatan tentang bahayanya sesuatu amanah dan tanggungjawab tanpa persediaan atau sekadar inginkan habuan dunia. Bahkan bagi individu yang mempunyai kekuatan dan mampu memegang amanah adalah dibenarkan serta layak untuk meminta jawatan tersebut.

afifbaihaqyzulkifli
Автор

KS patut buat tier list about performance ranking of all ministers in the government right now (sebelum rombakan kabinet)

Waliant
Автор

Mantap !!!! new episode dh launched.. buat dekat cafe Kays Steak & Lobster 🔥, semoga success selalu

irfanmustafa
Автор

Good job KJ & Shahril..setiap minggu sy tgk KS utk tau keadaan semasa..keep it up! ❤

AzianGomballack
Автор

Semoga terus sukses KJ dan SH dan moga sihat selalu

capalsaiz
Автор

I still living with sensitive lung & astma impact from haze due to open burning in Indonesia back on 1997. 26 years later I still depends on meds. 😢 26 year nothing have been done

hafizoh
visit shbcf.ru