TEORI & KRITIKAN SASTERA

preview_player
Показать описание
Kali ini saya kongsikan topik berkaitan dengan Teori dan Kritikan Sastera. Sebagai sebuah bidang ilmu yang dinamik sifatnya, kesusasteraan mempunyai fleksibiliti untuk menerapkan pelbagai perspektif daripada bidang ilmu lain untuk diadunkan dengan kesusasteraan. Melalui teori dan kritikan sastera, pengadunan tersebut menjadi lebih menarik untuk diperhalusi. Keadaan ini seterusnya menjadikan ruang lingkup untuk penelitian bidang kesusasteraan semakin meluas menyeluruh. Ikuti ulasan ringkas saya berkenaan dengan aspek teori dan kritikan sastera.

Selamat menonton!

#literarystudies #learning #knowledgesharing #teoridankritikansastera #sastra
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Berdasarkan pemahaman saya terhadap teori dan kritikan sastera adalah ia merupakan satu keperluan dimana manusia berfikir tentang sesuatu atau cuba menjawab sesuatu perkara berkaitan dengan apa yang menarik perhatiannya. Sudah menjadi sifat manusia ingin mengetahui terhadap sesuatu perkara itu dan ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut. Teori dan kritikan sastera sangat penting dan memainkan peranan yang cukup besar dalam mengkritik sesebuah karya.

NurHikmahBintiAhmadCA
Автор

Terima kasih sir atas perkongsian ilmunya sir mengenai topik teori sastera dan kritikan sastera ini.

NoorfitriBintiMuzakirCA
Автор

Menerusi kenyataan Nur Nabilah Razi di bawah saya ingin menambah bahawa dapat dilihat terdapat sedikit perbezaan di antara teori dan kritikan namun masih mempunyai perhubungan bahawa jika ingin membuat satu kritikan, seseorang harus menguasai teori sastera agar kritikan yang dilakukan bermutu dan bermanfaat kepada semua. Di samping itu, jelas menunjukkan teori adaptasi oleh Linda Hutcheon sememangnya memberi banyak manfaat kerana teori tersebut telah mengisi kelopongan dalam dunia sastera dengan pengisian kajian-kajian oleh sarjana dan ahli akademik di seluruh dunia.

nurulainaibrahim
Автор

Terima kasih sir untuk penerangan yang sangat jelas tentang teori dan kritikan sastera ini.

nursyahirahbintimdnasirc
Автор

Berdasarkan kepada topik Teori dan Ksitikan sastera, dapat difahamkan dengan adanya teori dan kritikan inilah dapat menilai dan mengkritik sesebuah karya sastera supaya kita dapat melihat pemikiran-pemikiran yang disampaikan oleh penulis. Teori sastera ialah teori yang bukan sahaja menjelaskan erti kesusasteraan tetapi juga menjelaskan kesusasteraan itu boleh dimaknakan sebagai apa (Sohaimi Abdul Aziz, 2014: xviii). Teori sastera sangat luas penggunaan kaedah yang berkait rapat dengan bidang-bidang ilmu yang lainnya. Jika dilihat daripada sudut kritikan sastera pula ianya adalah untuk menilai teks kesusasteraan iaitu dengan memberi penilaian yang diberikan oleh kritikan sastera terhadap sesuatu teks sastera itu berkaitan dengan makna sastera yang diperoleh. Jika seseorang pengkritik ingin mengkritik sesebuah karya, mereka haruslah berdasarkan kepada teori-teori tertentu yang dibangunkan oleh para sarjana yang membolehkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam teori itu dilihat kesan kritikan terhadap teks sastera tersebut.

noramerabintinormanmudac
Автор

terima kasih sir atas perkongsian yang diberi berkaitan teori dan kritikan sastera. Semoga ilmu yang diberi dapat disematkan di minda dan di hati.

nurulfarahsabrinabintiabdu
Автор

Terima kasih sir sudirman atas perkongsian yang diberikan mengenai topik teori sastera dan kritikan sastera ini.

nurafiqahbaharom
Автор

Terima kasih sir atas perkongsian yang diberi.

ainnainn
Автор

Mengikut pemahaman saya, setiap teori ini mempunyai prinsip makna kesusasteraan tersendiri, malah memiliki bersifat interdisiplin dan sebagai alat analitikal dalam proses analisis dalam teks sastera. Manakala kritikan ialah untuk menilai teks sastera yang dikritik oleh pengkritik sastera. Pengkritik mestilah membaca, menganalisis dan menilai teks terdahulu sebelum mengkritik sesuatu teks. Pengkritik haruslah menilai dengan betul supaya teks tersebut bernilai. Teori ini bukan sahaja dalam teks malah dalam filem, animasi dan permainan menerusi teori adaptasi.

zulfikri
Автор

Terima kasih sir dgn perkongsian ini yang sangat padat, ringkas dan mudah difahami.

nuriffah
Автор

Assalamualaikum..Terima kasih atas perkongsian yang sangat padat...Berdasarkan kepada Topik teori dan kritikan ini saya dapat memahami bahawa wujudnya teori yang telah dikemukakan oleh para cendiakawan untuk mengkaji sesuatu karya. karya boleh dikritik menggunakan teori yang sesuai. Antara karya yang boleh dkritikan adalah karya-karya sastera seperti novel, cerpen, puisi, pantun dan sebagainya.. kritikan karya boleh dibuat berdasarkan kepada pemikiran yang dibawa, gaya bahasa dan sebagainya.. mengkritik bukanlah sesuatu perkara yang negatif malah mengkritik adalah untuk memahami isi dan juga makna yang tersiray dalam sesebuah karya...Kritikan ini akan menjadikan sesebuah karya itu lebih baik dan dapat diangkat menjadi sebuah karya yang unggul dimata khalayak pembaca..

nuramirahnajwa
Автор

Ternyata kritikan sastera merupakan suatu usaha dalam menganalisis dan menilai secara kritis karya sastera secara jujur dan sistematik. Dimana ianya ditunjangi dengan pendekatan sesebuah teori dari sudut perincian karya kesusasteraan yang dilakukan secara internal dan eksternal. Hal ini kerana berbalik kepada fungsi kritikan sastera adalah untuk menentukan sama ada sesebuah karya kesusasteraan itu bermutu atau sebaliknya.

nurnabilahbintimohdrazic
Автор

Teori dan kritikan sastera dapat menilai serta mengkritik sesebuah karya sastera. Ciri teori sastera adalah mengemukakan prinsip yang mendasarai pemahaman terhadap makna kesusasteraan. Bersifat interdisiplin dan jelas melalui kemunculan teori kritis(disiplin sains sosial). Alat analitikal bagi menjelaskan hakikat sastera.

syawani
Автор

Terima kasih atas ulasan yang sangat mendalam dan sangat padat...Bagi pemahaman saya berdasarkan ulasan yang diberikan ialah teori dan kritikan ini sangat penting di dalam sesebuah penghasilan sesebuah karya dan juga kepada pengarang-pengarang untuk menghasilkan sebuah karya.Teori dan kritikan sastera ini memainkan peranan yang sangat penting antara satu sama lain dimana kedua-dua itu perlu ada didalam karya-karya sastera untuk menghasilkan sesuatu isu yang ingin dibangkitkan oleh pengarang.

farhanaazmi
Автор

Berdasarkan pemahaman saya, teori sastera merupakan dasar yang menjadi pegangan kepada setiap penyelidik atau penulis untuk membuktikan sesuatu kenyataan. tambahan lagi, teori sastera merupakan teori yang boleh digunakan oleh penulis untuk menyakinkan lagi setiap hujahan yang diberikan dan teori ini juga sering digunakan untuk menjawab persoalan dalam bidang kesusasteraan. manakala, kritikan sastera pula merupakan kritikan atau penilaian yang boleh dibuat terhadap karya-karya sastera. oleh itu, berdasarkan kefahaman saya, teori dan kritikan sastera ini saling berhubung rapat kerana dalam membuat kritikan dan penilaian terhadap karya sastera, seseorang perlu menjadikan teori sastera itu sebagai pegangan yang boleh digunakan untuk menguatkan hujahan terhadap penilaian sesebuah karya. jadi, teori sangat penting untuk digunakan dalam mengkritik karya sastera untuk menentukan kualiti sesebuah karya sastera itu.

sitisuhaidazakaria
Автор

Pada pemahaman saya, topik Teori dan Kritikan Sastera ini adalah penting kepada pembaca dalam mengkritik sesebuah karya sastera agar kritikan tersebut dapat memberi manfaat yang lebih baik dan berkualiti kepada semua masyarakat.

rohanahderaman
Автор

Berdasarkan pemahaman saya, teori merupakan dasar atau tunjang yang menjadi asas dalam pembentukan sesuatu cabang ilmu pengetahuan. Teori Sastera pula dirujuk kepada penelitian prinsip-prinsip sastera, penjenisan dan kriteria kesusasteraan. Manakala kritikan sastera merupakan satu disiplin dalam pengajian kesusasteraan yang berkaitan dengan penilaian sesebuah karya sastera secara objektif di mana pengkritik membuat penilaian yang mendalam untuk melihat kelebihan dan kelemahan sesebuah karya sastera. Teori sastera adalah untuk menjelaskan maksud atau makna sastera dari aspek tekstual manakala kritikan sastera menilai sesuatu karya sastera. Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada diri seseorang pengkritk sebelum membuat penilaian terhadap teks yang dikaji. Oleh itu, teori berhubung kait dengan kritikan sastera di mana kritikan sastera menggunakan teori untuk menegaskan sesuatu perkara dengan relevan.

vanivasu
Автор

Perkongsian yang bagus dan mantap. Semoga terus sukses di channelnya. Hadir saling sokong..Like90

chintarisa
Автор

Terima kasih di atas perkongsiannya sir. 👍🏻

maxtubefootball
Автор

Terima kasih di atas perkongsian yang begitu padat tentang topik Teori dan Kritikan. Pada pendapat saya, pemahaman terhadap teori dan kritikan sastera amatlah penting untuk dipelajari kerana dengan melalui penggunaan teori ini secara tidak langsung kita dapat mengkritik sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh para penulis di Malaysia. Dengan demikian, melalui pendedahan terhadap teori dan kritikan perlu diselaraskan dengan penggunaan teori yang tepat sebelum mengkritik sesebuah karya.

amirahafiqah