Dessert 4 layer pudding [oreo,milk,milo,chocolate] agar-agar lapis #pencucimulut #dessert

preview_player
Показать описание
Follow my TikTok @myspoonmystyle

Resepi pencuci mulut Pudding 4 layer Oreo, Susu, Milo, Chocolate

Bahan-bahannya :

3 sudu besar milo
Oreo 12-14 keping
750ml susu full cream
300ml susu coklat
50g coklat masakan
Gula
Garam
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar marjerin
1 1/2 paket serbuk agar-agar clear
*loyang atau apa sahaja bekas bersaiz 9x20x6cm
*baking paper
Nota: didalam video saya tersalah 6x20x6 sila maklum saiz sebenar adalam 9x20x6cm

1) cara membuat lapisan oreo
- kisar halus 10 keping Oreo
- simpan lagi 2 keping Oreo untuk kemudian
- kacau rata 4 sudu besar marjerin yang telah dicairkan
- Alaskan bekas 9x20x6cm dengan baking paper (potong baking paper mengikut saiz bekas atau loyang anda)
- masukkan oreo kedalam loyang
- simpan 2 sudu Oreo untuk kemudian
- tekan Oreo dengan sudu sehingga padat dan sama rata
- Simpan kedalam peti sejuk selama 15 minit

2) cara membuat lapisan susu Oreo dan milo
- sediakan periuk, jangan hidupkan api lagi
- masukkan 1 paket agar-agar clear
- 80g gula
- secubit garam
- 1 sudu besar tepung jagung
- kacau sehingga bercampur
- masukkan 750ml susu full cream
- kacau sebentar
- hidupkan api sederhana
- teruskan kacau sehingga mendidih
- pudding dah mendidih tutup api

3) cara mengasingkan lapisan susu oreo dan milo
- sediakan 2 mangkuk
- bahagikan pudding kepada 2 bahagian
- 1 bahagian ditutup dan ketepikan
- Campurkan lebihan oreo yang dikisar tadi
- pecahkan 2 keping oreo
- kacau sehingga rata
- ambil lapisan oreo yang disimpan didalam peti sejuk
- tuangkan lapisan susu Oreo sehingga habis
- biarkan sehingga bahagian atas mengeras
- sekarang kita akan membuat lapisan milo
- ambil lagi 1 bahagian yang diketepikan tadi
- masukkan 3 sudu besar milo dan kacau rata
- sentuh dengan lembut lapisan tadi, lihat jika bahagian atas telah keras atau belum
- jika telah keras, boleh tuangkan lapisan milo
- tuang dengan perlahan dan biarkan bahagian atas mengeras

4) cara membuat lapisan coklat
- sediakan periuk dan jangan hidupkan api lagi
- gunakan 1/2 paket agar-agar clear
- 1 sudu besar gula
- 300ml susu coklat
- kacau sebati dan hidupkan api sederhana
- masukkan 50g coklat masakan
- masak sehingga mendidih dan tutup api
- sentuh dengan lembut lapisan tadi, lihat jika bahagian atas telah keras atau belum
- tuang lapisan coklat dengan perlahan
- biarkan sejuk didalam susu bilik
- Setelah sejuk, simpan kedalam peti sejuk sekurangnya 2 jam
Selamat mencuba 😁

#pudding #puddingrecipe #puddinglayer #agar #agaragar #agaragarjelly #dessert #easyrecipes #homefood #malaysiafood #resepimudah #asiafood
Рекомендации по теме