Mengapa Pertamina Tak Bisa Seperti Petronas?

preview_player
Показать описание
Jika kalian penggemar balap Formula 1 atau F1, pasti tidak asing dengan logo Petronas. Yess, logo ini menjadi partner utama tim Mercedes-AMG. Sebagai perusahaan migas Malaysia, pasti bikin warga negara tersebut bangga melihat pebalap sekelas Lewis Hamilton mengendarai mobil yang ada tulisan Petronas-nya. Tahun 2016 lalu Pertamina memang sempat jadi sponsor tim Manor di F1 dengan Rio Haryanto sebagai pembalapnya, walaupun hanya di situ saja kisahnya berhenti. kenapa ya Pertamina tidak seperti Petronas? Padahal dulu di awal pendiriannya, Petronas justru belajar banyak dari Pertamina.

► Yuk gabung jadi masyarakat PinterPolitik;

► E-book PinterPolitik

► Follow;

► Subscribe YT at

#pertamina #petronas #formula1
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Setelah menonton video ini dan membaca komen-komen daripada netizen, juga setelah menonton video channel lain dan membaca komen-komennya berkaitan pendidikan dan pembangunan, ternyata netizen (dan rakyat umum) Indonesia mempunyai anggapan tersendiri yang tidak bertepatan dengan hakikat sebenar.
i) merujuk video ini mereka menganggap iaitu Malaysia "berguru" atau "belajar" dari Pertamina. Sedangkan hakikat sebenar tidak demikian. Hanya sekadar seorang Menteri dan beberapa pegawai melawat Pertamina dan diberikan penerangan ringkas sudah dianggap sebagai "belajar banyak" dan "berguru". Sedangkan hakikatnya itu hanya sebagai sumber idea sahaja. Sedangkan penubuhan Petronas, tatakelola dan pengukuhan organisasinya adalah inisiatif dan inovasi sendiri melalui Akta Petroleum. Dalam bidang teknikal Malaysia sebenarnya belajar dari Shell, ExxonMobil dan Esso.
ii) Dalam bidang pendidikan pula, disebabkan pada tahun 1970an ramai pelajar Malaysia belajar di Indonesia dan Indonesia menghantar ramai guru dan pensyarah (dosen) ke Malaysia, lalu dibuat kesimpulan dan dianggap dulu (tahun 1970an) mutu atau standard sistem pendidikan Malaysia lebih rendah dari Indonesia. Juga dianggap Malaysia dulunya belajar atau berguru dari Indonesia dalam pendidikan. Sedangkan hakikatnya pada tahun 1970an sistem pendidikan Malaysia telah sedia lebih tinggi dari Indonesia kerana mengikut sistem pendidikan Inggeris dengan standard universiti Cambridge. Cumanya pada masa itu, disebabkan pembangunan yang pesat telah terjadi kekurangan bilangan guru terutama dalam bidang sains. Guru2 dari Indonesia diperlukan kerana peralihan bahasa pembelajaran dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Guru2 juga didatangkan dari negara2 commonwealth dan USA. Masalah ketika itu ialah kuantiti bukan masalah kualiti. Dan pelajar2 Malaysia belajar di universiti Indonesia itu sebenarnya secara umum, itu pilihan terakhir kerana telah tidak diterima (tidak layak) memasuki universiti di luar negeri dan dalam negeri.
iii) Dalam bidang pembangunan terutama dalam pembinaan lebuhraya (expressway) atau jalan tol di Indonesia. Disebabkan beberapa pegawai Malaysia membuat lawatan sambil belajar (study visit) beberapa hari, lalu dibuat kesimpulan Malaysia belajar dari Indonesia dalam pembinaan lebuhraya. Sedangkan hakikatnya Malaysia telah lebih dulu membina lebuhraya, malah kontraktor dan developer Malaysia turut serta dalam pembinaan lebuhraya di Indonesia.
iv) Dalam pembinaan jambatan menggunakan U-shape girder juga dikatakan Malaysia belajar dari Indonesia disebabkan beberapa pegawai dan engineer datang melihat projek LRT Jabodebek yang menggunakan sistem U-shape girder. Sedangkan hakikatnya ialah U-shape girder itu adalah proprietary design oleh consultant Perancis Systra yang punya regional branch di Singapura. Oleh kerana Malaysia juga mengambil khidmat consultant Systra untuk U-shape girder projek LRT3, maka engineer dari projek LRT3 dan engineer dari Systra yang sebahagiannya rakyat Malaysia melawat projek LRT Jabodebek. Engineer dari Systra itu datang untuk mempastikan U-shape girder itu dibuat dengan sempurna mengikut spesifikasi Systra.

Mungkin salah anggapan ini dan sangkaan bahawa Indonesia lebih unggul menjadi salah satu faktor Indonesia tertinggal dalam bidang-bidang ini. Ini kerana anggapan dan sangkaan yang tidak tepat ini menjadikan Indonesia mengambil pendekatan (approach) dan strategi yang tidak tepat.

abdulwahidmdtahir
Автор

Saya penduduk Malaysia berterima kasih kepada Allah hanya Allah dapat membuat nya kita manusia kena bersyukur

okuns
Автор

Rakyat Malaysia memang bangga dengan PETRONAS mendunia Dan kami senantiasa bersyukur dengan kejayaaan ini dan terus berjaya..Aamiin

kian.ahmadkaongothman
Автор

Petronas memberi biasiswa kepada pelajar2 terpintar di Malaysia. Pelajar2 terbaik diantara mereka ini bila habis kuliah akan diambil bekerja di Petronas. Di sini lah bermula legasi Petronas dengan adanya tenaga kerja yang terbaik, competent dan berdaya maju.

zainonkadir
Автор

Dari nama Petronas itu sndiri yg sngt mahal jinama internasional satu dunia pasti kenal Petronas syarikat minyak terbesar dari Malaysia 🇲🇾

mohamadazam
Автор

Awalnya Petronas itu sadar kalo dirinya kecil jadi dia mencari ilmu dengan bermula berniaga kecil kecilan di dalam negeri kemudian meluaskan ke luar negeri..dikit demi sikit..sekarang udah bertaburan ke seluruh dunia diterokai oleh petronas ini serta kantor petronas ini ada dimana2 di pelusuk dunia..moral: pentingnya ilmu dan planning/pelaburan jangka panjang untuk anak bangsa yang mendatang..bukan lena diulit mimpi dengan kejayaan yg lalu..dan keselesaan yg ada dgn merasa udah cukup pandai untuk mendiri dan tidak belajar dr kesilapan..setiap langkah harus dibaiki. Belajar dan terus belajar walaupun udah berjaya..sekarang petronas masih juga belajar..kerana ilmu itu luas..

tuanpengakap
Автор

bukan cuma petronas, malaysia juga pinya industri mobil nasional proton dan produa. Saya pernah ke malaysia dan terkejut melihat kehebatan malaysia dalam infrastruktur maupun perekonomian dan indonesia jauh tertinggal.

silentwatcher
Автор

As a person who used to work in Petronas, never cross in our mind that we have to be better than Pertamina, or comparing ourself to Shell, or jealous of BP, or Exxon. Kami bekerja untuk maju kedepan, berusaha lebih baik, tadbir urus syarikat dengan penuh integriti.

bonifacebanta
Автор

Sumbangan PETRONAS kepada Malaysia pernah mencapai 45% dari belanjawan negara. Haishhh... penulis content tidak membuat research yg rapi. Semasa pandemi saja PETRONAS menyumbang kewangan tambahan kepada negara.

iamurmakteh
Автор

“World class management” itulah rahsia yang membuat Petronas sebuah perusahaan global.

RB-rpud
Автор

Petronas Sudah membagun tempat anak2 malaysia dan pelajar luar negara melanjutkan pengajian di peringkat S1 hingga S3 di Universiti Petronas Malaysia.

uwaisal-qarnie
Автор

PETRONAS THE BEST! PROUD TO BE MALAYSIAN 🇲🇾

henryford
Автор

Indonesia adalah bangsa yang terlalu mudah merasa lebih unggul'
Padahal ilmu pengetahuan itu harus terus di pelajari dan di kembangkan

irulprasetya
Автор

Petronas dikelola oleh orang yang benar dan tepat

udihasan
Автор

Pernah bekerja bersama Petronas tidak pernah mereka berbicara pasal Peronas kalahkan Pertamina.. Seriously...

GrohlNovoselic
Автор

Salah satu masalahnya terlalu banyak BUMN yg jadi sapi perah untuk biaya politik. KKN memperburuk kondisi BUMN. Bukan cuma pertamina.

mawbiru
Автор

Petronas TIDAK MENDONIA di media....mereka MENDONIA di alam nyata...

Dibanding PERTAMINA JAGO di media oleh warganya....

Belajar dr PETRONAS kalo mau lebih MANTAP

AbuGosonG-zv
Автор

Masa Malaysia membangunkan litar Sepang F1. Petronas sudah menjadi rakan kepada Sauber, BMW Sauber dan terkini Mercedes AMG Petronas. Jenama Petronas melonjak 400% melalui pendedahan media dalam sukan F1 menjadikannya Sarikat Oil and Gas utama dalam sukan F1. Maknanya Petronas bijak melabur dan ROI yang diperolehi amat-amat berbaloi untuk menaja sukan permotoran di Malaysia.

shaifan
Автор

Sy dari Madura! Berterimakasih kepada Petronas Malaysia! Sebab adanya kilang minyak Petronas di Madura membawa berkah! Sudah membantu orang Madura sedikit2 demi sedikit 👍!! Madura kaya akan minyak, ! Tapi jangan lupakan penduduk pribumi, 🙏🙏🙏🙏

septiankurniawan
Автор

Masalah Pertamina ialah MONOPOLI. Monopoli melahirkan " inefficiecy". Di Malaysia bukan saja ada Petronas tetapi banyak pesaing dari luar dan dalam negeri namely, Shell, esso (sudah dijual kpd Petron (philippines) ). British Petroleum BP (sudah dijual kpd BHP), Caltex. Petronas terus mengaut keuntungan, begitu juga pesaing2 tersebut. Bila ada pesaing, mereka berlumba-lumba untuk sukses. Pertamina tiada siapa yang mahu dilumba. Merangkak pun bisa menang. Petronas harus berlari marathon untuk menang. This is my personal view.

hassansalor
visit shbcf.ru