Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

preview_player
Показать описание
Kali ni kita masak sempoi je, yang sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk tapi tak tahu nak masak apa untuk keluarga dan sesuai juga untuk dapur bujang iaitu Sup ayam. Sedap sangat kalau makan panas-panas waktu kurang sihat atau tak ada selera.

Che Nom akan share cara yang selalu masak kat rumah, walaupun sikit bahan-bahan nya, tapi kita olah biar lebih mantap rasanya. Yang penting, sup perlu reneh perlahan supaya keluar semua rasa terutama dari sum-sum tulang ayam tu. Sedap kalau makan dengan nasi panas atau pun bubur nasi.

// Bahasa Melayu
--------------------------
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sb minyak masak
Sup bunjut
1/2 ekor ayam
1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
Air secukupnya
1/2-1 batang lobak merah
2 biji kentang
Daun sup
1/2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

// English
-----------------------
Ingredients:
3 indian shallots
3 cloves garlic
1 inch ginger
3 tbsp cooking oil
Soup spices
1/2 chicken
1/2 tbsp white pepper or black pepper
Enough water
1/2 -1 carrot
2 potatoes
Celery leaves
1 cube chicken stock
Salt to taste

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bahan Sup Bunjut:
1 inci batang kayu manis - pecahkan
2 kuntum bunga lawang - leraikan
3 biji pelaga - pecahkan
3 kuntum cengkih
1/2 sb lada hitam**
1 sb biji ketumbar**
1 sk jintan manis**
1/4 sk kas-kas (optional)
//Nota: Tumbuk kasar bahan **
Balut dengan kain kasa dan ikat benang putih
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

#resepichenom
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

dari kecik usia 4 tahun memang dah biase tolong mak niaga gerai makan sampai dapat pujian nasi lemak sambal bilis aku sedap..tapi sampai aku dah beranak pinak, tak pernah nak masak sup ayam..sampailah bini aku sakit, cakap nak makan sup ayam..alhamdulillah, terima kasih Kak Nom..simple bagi anda tapi ilmu yang sangat berguna buat kami semua. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Nom

AbdulRahim-kbvy
Автор

Kalau saya nak masak, mesti saya cari Che Nom! Alhamdulillah sedap sedap resepinya. Harini saya nak masak Sup Ayam ni pula :)

maykamulan
Автор

selama ni masak sup ayam tak pernah habis, tapi tadi ikut resepi chenom pastu suami makan sampai habis hehehe, dia cakap sedap rasa macam mak dia masak❤

madameletizya
Автор

Sup ayam ni klu makan dgn sambal kicap mmg sedap sgt2..kene plk dgn nasik panas

neolina
Автор

Saya dah try Kak Nom, mmg sedap rasanya.. mak sy pun terkejut tengok saya masak😂😂😂

matthewsrirammd
Автор

Selama hidup bujang ni, sup ayam lah yang terpaling selalu saya masak.. mmg favourite.. boleh cuba resepi che nom pulak lepas ni..

muhammadkamil
Автор

Bahan menyamai apa yg mama sy ajar cuma teknik je tak sama. Nk cuba teknik masak che nom la pulak. Mgkin dpt rasa kelainan sup. Sb sy mmg suka sup. Tiap hari makan pun xpe. Thanks che nom share resepi!

azrinjohan
Автор

Waktu hujan2 ni..pekena sup mcm ni...pehhhh..so shedappp...jgn lupe sambal kicap dgn limau nipis... hihi...bertambah la jwapnyaaaa..tq che sifu ajar resepi2 simple...org bujang pon bole masak

hamizahhamizah
Автор

terima kasih che nom. saya dari tak reti masak sampai dah boleh sikit2 sekarang ni. mmg byak ikut resepi che nom je. menjadi! instruction straight to the point, senang nak paham. mood nak masak pon tenang je

ForeverInfinite
Автор

Sapa yg buat ikut resepi che nom semua menjadi ikut resepi che nom...teruskan video masak che nom

anissurayamahadzir
Автор

T.kasih byk che nom..sy guna resepi sama sblm ni tp xjadi sb bahan kurang..lepas tgk video che nom sy reneh sup ikut step che nom..Ya Allah sgt sdp..mg murah rezeki lg.

bashirahbakri
Автор

Ini yg paling fresh..tiada campuran sebarang sos. Teringat ex bff dulu..sama cara dia masak..lepas tu dia potong2 cili padi dan bawang putih, campur dgn kicap masin cap kipas udang☺

sarahaida
Автор

Dah tak ada idea nk masak apa, cuba resepi sup ayam che nom utk anak2.. alhamdulillah sedap gilers n brtambah ank2 mkn👍 tq che nom.. resepi che nom sya guna dri awal kawen smpai la dh masuk ank dua ni😂😂😂 terbaik👍

nachuanachua
Автор

Mmg sedap...terima kaseh Che Nom, byk saya belajar masakan yg simpke tp sedap dr Che Nom..semoga Che Nom dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah...

anitamohamedshaffi
Автор

Alhamdulillah..bc komen2 semua dpt bahagiakan famly dgn masakan..pahal buat che nom sekeluarga

MohdAqil-kt
Автор

Selalu jugak masak sup ayam, resepi pun sama je. Tak rugi cuba, memang sedap

mrazron
Автор

Sedapnya…tau2 je Che Nom kita nak masak Sup Ayam minggu depan 😋 biasanya kalau daun sup yg warna putih pangkal drpd bahagian akar tu yg Che Nom buang tadi tu…Mama saya selalu tumbuk sekali dua dan campak dalam sup…cuci bersih2 buang tanah…lagi power katanya.

nurulfarhanirozali
Автор

Simple, sedap dn senang dimasak. Makan waktu hujan .. perrhh nikmat. 👍👍♥️

yusnamyff
Автор

Ni sy rasa menu paling senang nk buat.. bahan pn tak byk.. serius sedap sangat.. dh buat.. akn jd menu sy setiap mggu.. jimat dr mkn luar.. tq che nom..😊😊

anwarkamarudin
Автор

Kita suka kentang bnyk² bila dah pekat mkn dgn roti bakar sedappp. Sambal kicap

anarose