Iklan Raya Pelaburan MARA 2017 - Ikhlas

preview_player
Показать описание
Kehilangan orang yang disayangi adalah amat memilukan. Adakah masih wujud hati yang ikhlas untuk meringankan beban anak-anak ini? #Ikhlas #50TahunPelaburanMARA
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Dekat sini kita boleh nampak yang adik beradik lain semua memang jenis lepas tangan dalam pikul tanggungjawab sesama keluarga. Bapa mereka yang sudah uzur dan tidak diberi kemudahan utk berjalan ditinggal hanya Ayah Su yang jaga seorang. Anak2 buah yang dah jadi yatim piatu pun Ayah Su sorang yang jaga sedangkan ramai lagi adik beradik yang berharta boleh menjaga mereka semua ni.

Ini peringatan kepada kita semua, Allah turunkan amanah dan peluang untuk kita beribadah dalam pelbagai jenis cara. Rebutkanlah peluang ini dengan seikhlas hati. Sesungguhnya kita tidak tahu betapa besar ganjaran diberi Allah.

Wallahualam.

MDAxx
Автор

Sapa setuju iklan raya ni disiarkan semula di tahun 2025 ni..

nazashafie
Автор

Keluarga arwah je yg miskin dalam cerita ni, anak anak kena bahagi bahagi kan untuk balik raya. Anak dia kata nanti ayah belikan kereta besar so yg lain x yah naik bas. Adik beradik arwah kaya raya seolah olah x suka kan keluarga arwah sepertimana dilihat mcm terpaksa untuk menjaga anak anak yatim piatu yg miskin tu. Moral of the story, nak membantu tidak perlu memilih milih dan amal jariah itu bermula dengan membantu keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum yang lain. Sebak tengok video ni 😭

amierulnordin
Автор

Que Haidar ni jarang2 keluar, dekat 3-4 tahun rasanya...sekali keluar mesti buat org terkesan..dari KL Menjerit sampailah ophilia..

Mantap
Автор

Tahun 2021, masih tengok iklan ni. Ni dah ke berapa kalinya. Iklan ni paling tersentuh. Mesej dia sampai terus kat lubuk hati. Semoga kita semua dapat membela nasib anak yatim kelak. Amin. Salam 5 Ramadan 1442H.

mohammadfirdauszulkifli
Автор

Iklan ni diingatkan kepada kita...

1. Kena berhati hati di jalan raya. Jangan jadi seperti yang dipaparkan dalam durasi 2:10 dek akibat kelalaian kita sehingga timbulnya tragedi seperti ini...

2. Anak yatim adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita supaya pusara ibu bapa yang ditinggalkan menjadi lebih tenang di sisi-Nya.

3. Cara produksi yang terbaik bagi saya...Dari awal hingga akhir minit iklan raya. Paling menarik dialek negeri Kelantan menjadi aspek utama dalam iklan ini

aqilnazhanrahman
Автор

Kalaulah Iklan ini dpt dijadikan Telemovie Hari Raya, dgn mengekalkan semua barisan pelakon...

MrMadzfreaky
Автор

saya pun alami situasi ini..ayah sepupu dan mak sepupu mengalami kemalangan..dan mak saya menjaga 3 orang sepupu saya..tapi bila mereka dewasa dan berjaya dan dapat kerja jawatan tinggi seperti tidak menghargai pengorbanan mak saya..saya pula dianak tirikan walaupun saya anak sendiri..saya banyak berkorban di atas kerjayaan sepupu saya..saya ditawarkan ke kolej dan saya pernah cakap kepada mak saya untuk memasuki tetapi mak saya cakap tiada kewangan tapi sebenarnya mak saya utamakan sepupu saya..selain itu saya ditawarkan bekerja di syarikat penerbangan tetapi kena hadiri kursus..mak saya tak bagi..mak saya lebih utamakan sepupu saya..ke semua sepupy saya yang mak saya jaga belajar universii..2 org bekerja di sektor kerajaan dan seorang bekerja di sektor perbankan..tetapi saya hanya dapat bekerja di sektor kerajaan tetapi tiada jawatan..jawatan rendah bukan pegawai. segala keperluan mak saya saya yang penuhi tetapi sepupu saya tak pernah membeli keperluan mak saya..mereka hanya balik tengok mak saya setahun sekali jarang mereka balik sejak mereka berumahtangga..saya rasa sedih..wanh ringgit jangan dikatakan diberi..mereka semua sudah berkahwin tetapi saya sampai sekarang tidak dapat kawin sebab wang tidak mencukupi untuk saya berkawin..sebab itu bila saya tengok cerita ni saya akan sedih sebab saya alami benda yang sama..saya tak tahu lah nasib saya dikemudian hari..mak saya hanya ada saya seorang..ayah saya sudah meninggal dunia pada tahun 1998..lepas saja spm saya terus berkerja kilang..sehingga tahun 2005 baru saya dapat kerja kerajaan..semoga yang melihat cerita ni jadikan lah pengajaran..tak semua nya indah bila memelihara anak yatim piatu ini..bukan itu saja yang saya alami..bila mereka iaitu sepupu saya balik dari universiti kerja bercuti mak saya akan memasak sedap2 pada mereka tetapi bila balik ke universiti pulak saya hanya makan nasi berkuahkan minyak ikan yang telah digoreng..berlauk kan telur..itu jika ada telur kalau tak ada saya hanya makan nasi berlaukkan ulaman saja..petik sayur dibelakang rumah..makan serdak biskut kering untuk di buat nestum..campur denga air kopi di dalam mangkuk..atau air teh..saya rasa kecewa sebab saya anak tunggal tak punya abg..kakak mahupun adik utk mengadu..arwah ayah dan mak hanya lebihkan sepupu saya..saya ada ka tak ada dirumah mak dan arwah tak pernah hiraukan..seperti saya tak wujud dalam hidup mereka..mereka pakai kereta mewah..tetapi saya hanya pakai kereta buatan malaysia tu pun bila mereka ada saya terpaksa mengalah mengubah parkir yang tak ada berbumbung..sebab di suruh ubah kereta oleh bini sepupu saya sebab dia nak parkir kereta didalam parkir yg berbumbung..mak saya bekerja kilang dan terpaksa pulun ot utk membayar yuran mereka di universiti..saya terpaksa mencari ikan atau belut di sawah padi utk membeli keperluan sekolah sendri..walaupun waktu itu saya masih sekolah terpaksa mencari duit sendiri utk membeli peralatan sekolah..itu lah nasib aku sampai la skarang..mak saya asyik membela mereka sdgkan saya anak dia sendiri langsung tak diperdulikan..

MhafizKassim-
Автор

Walaupun loan mara blom sattle, tpi mmg win iklan mara ni berderai air mata.

jmpidi
Автор

Sehingga tahun 2024, iklan raya ni adalah iklan no 1 paling best bagi aku sepanjang aku hidup. Kedua, yang iklan anak istimewa yang seorang ada masalah bercakap, seorang lagi buta. Tak gagal buat air mata mengalir even dah banyak kali tengok

onedreng
Автор

Pakai keta mahal2 xp nak bela anak2 yatim pun x mampu!! Alahai!! Sedih kot mcm ni nasib mereka yg serentak kehilangan ibu bapa time raya sayu wei!!

sitinurfatin
Автор

Aku revisit iklan ni sbb kes kemalangan yg berlaku di sungai korok. Anak sulong keluarga tu yatim piatu seklip mata setelah seluruh keluarganya meninggal kemalangan. Allahurabbi.

godinez
Автор

Alhamdulillah selepas kematian ibu bapa kami . ibu2 saudara dan bapak saudara sangat2 menjaga kami . Mendidik aku hingga menjadi manusia

sitinur
Автор

Semua part sedihhh makin banyak keluar air mata tapi pada aku paling sedih masa anak sulung dia jerit "pakcik, berhenti! Ayah kemalangan!" dalam bas tu 😭😭😭😭😭😭😭

nurulliyana
Автор

Ada orang tengok storyline, ada org tengok aspek lain. Bagi saya iklan ini membuktikan kekuatan pengarahnya, semua sudut dibuat dgn teliti dan sgt baik. Lakonan, sinematografi, lagu latar, props, dan lain². Semuanya sampai. Kereta bergolek² pun dibuat dgn teliti. Lakonan dan ekspresi wajah yg membuatkan ramai terkesan. Well done.

afinadzrii
Автор

Que Haidar nie mmg berbakat besar... semue watak boleh bawak lawak, sedih, serius semue la...seriusly mmg respect dia....sepatut nya anugerah pelakon terbaik dapat dekat die....

syafiqsopi
Автор

Tiba2 ada leaking kat mata ni.. rock2 aku tgk iklan ni pun leaking.. berhati2 semua memandu pulang ke kampung halaman~ sedih tahun ni tak dapat beraya 😢

mrzee
Автор

Walaupon dah lama iklan ni tahun 2024 aq tngk tetap mngalir air mata aq.. sedih sangat² semoga kepada semua yg kehilangan org trsayang moga roh² mereka semua di tmpatkn dikalangan org² beriman aammmiinnn

syamsyam
Автор

Lagu siapa ni ? Menyentuh betullah. Setakat ni, iklan raya tahun 2017, nilah paling best.

ustazshahua
Автор

Cerita ni sama dgn kisah hidup aku ank yatim. Sejak arwah nenek meninggal huru hara hidup aku. Selalu kena hina, selalu dibandingkan dgn sepupu2 yg lain selalu kena halau dgn mak, pak sedara, Apa yg kita buat selalu tak kena dimata mereka, selalu memfitnah tpi aku redha kifarah itu ada. Klau nakkan sesuatu kena usaha sendiri kena pekakkan telinga, tebalkan muka untuk teruskan hidup. Aku harap aku dpt jumpa bakal suami yg boleh lindungi aku, jaga aku, didik aku n syg aku sepenuh hati. Insyallah amin.

hanbinie
join shbcf.ru