filmov
tv
SITI NURHALIZA - Sulam Sembilan (Official Lyric Video)

Показать описание
#SitiNurhaliza #SanggarMustika #SuriaRecords #Traditional #Irama #Classic #ClassicalMusic #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia
“Sanggar Mustika” merupakan album studio ke-9 oleh penyanyi Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 10 Mac 2002 oleh Suria Records. Album ini merupakan penyambung tradisi muzik tradisional dan berjaya mempertingkatkan mutu irama Malaysia. Album ini telah terjual melebihi 40,000 unit. Sanggar Mustika juga menyelitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ("Bunga Melor") dan Toh Puan Rafeah Buang ("Bisikan Hati"). "Bisikan Hati" juga dirakam sebagai buah tangan khas dari Siti untuk ibu beliau yang tercinta, Siti Salmah Bachik. Single-single dari album ini ialah "Nirmala", "Badarsila", dan "Kurik Kundi".
Judul "Sanggar Mustika" dipilih berdasarkan maksud sanggar yang bermakna tempat dan mustika yang bererti cantik atau sempurna. Ianya diterjemahkan sebagat tempat yang paling cantik atau sempurna untuk meletakkan irama tradisional. Proses pembikinan album ini bermula pada awal Januari 2001 semasa Siti melancarkan album ketujuhnya, Safa dan siap sepenuhnya pada akhir Februari 2002
Trivia tentang "Sulam Sembilan":
1. Sebuah lagi karya agung Allahyarham Pak Ngah yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, lagu ini menampilkan Lokgha sebagai penulis liriknya.

Комментарии