filmov
tv
KILLER PASS PIYA yang dirindui Peminat Kelantan TRW
Показать описание
Mohd Badhri Mohd Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Badhri Radzi yang juga dikenali sebagai Piya (mapaa) sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juara Liga Super Malaysia 2011 & 2012 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.
Sentuhan Badhri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.
Lahir pada tanggal 2 Jun 1982 di Pengkalan Chepa, Piya mula bermain bola secara aktif sejak berumur 12 tahun. Ketika itu beliau bermain untuk Sekolah Kebangsaan Padang Garong sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putera pada tahun 1995. Menurut Piya, beliau memang dari kecil mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepak.
.
"Memang cita-cita saya nak jadi pemain bola sepak. Ayah saya dulu juga merupakan pemain bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu era semi-pro. Setiap kali ayah saya ada perlawanan, saya akan pergi menonton. Saya tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayah saya beraksi. Dari situlah muncul minat saya untuk bermain bola sepak," cerita Piya.
.
Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 di bawah bimbingan jurulatih Anizan Daud.
.
Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun berikutnya.
.
Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan menjuarai Liga FAM dan sekaligus layak ke Liga Perdana.
.
Permainan Piya bersama JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang kemudiannya menagih khidmat beliau, menyarung jersi pasukan PDRM pada tahun 2007, sekaligus berjaya membantu pasukan berkenaan muncul sebagai juara Liga Perdana.
.
Selepas beberapa tahun berkelana di negeri orang, akhirnya pada tahun 2008, ketika berusia 26 tahun, Piya telah dipanggil pulang ke Kelantan untuk menyarung jersi merah putih kebanggaan rakyat negeri Kelantan. Ketika itu beliau bermain di bawah bimbingan jurulatih Norizan Bakar dan ketua pasukan ketika itu ialah Sarudy Aziz.
.
Dari tahun 2009 hingga sekarang beliau telah mencipta berbagai kejuaraan bersama The Red Warriors dan masih setia berkasi bersama pasukan negeri kelahirannya. Inilah PIYA! Kapten Marvel TRW..Namanya akan terpahat dalam sejarah Negeri Kelantan.
#piya
#kelate
#Trw

Комментарии