Rahsia Char Kuey Teow Padu Terbongkar

preview_player
Показать описание
Kali ni Che Nom nak share cara masak Char Kuey Teow versi berkuah/basah macam yg biasa dimasak kat gerai-gerai Melayu di Penang. Cara ni memang berbeza dgn CKT asal Chinese style. Mcm mana terhasil versi kuah basah ni…CN pun kurang pasti, tapi memang sedap lah rasanya. Kalau rindu nk makan CKT tu, tapi nk cuba masak kat rumah utk makan dgn family/kawan-kawan, jom ikut resepi Che Nom.

ANGGARAN MAKAN: 5 ORANG

Bahan-bahan kisar halus(A) :
6 ulas bawang putih
3-4 biji bawang merah
sedikit air

Bahan-bahan air rebusan(B) :
Kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
anggaran 3 cawan air

Bahan-bahan untuk sos char kuey teow:
Sedikit minyak utk menumis
Bahan (A)
2 senduk cili kisar
1/4 cawan kicap manis
6 sudu besar kicap cair
4 susu besar sos tiram
Bahan (B)
1 kiub ikan bilis
1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde)
garam
gula

Bahan-bahan untuk char kuey teow:
sedikit minyak
1 pek kuey teow (jenis halus)
1 ikat kuchai
1 mangkuk taugeh
telur

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Ni channel memasak paling best kat Malaysia. Cara2 dia bagitau semua detail dan clear.

nekoneko
Автор

che nom punya video mmg best . quility ngan editing baik, info sangat jelas . tiap kali tgk mesti terliur .
moga berterusan che nom ! we all love u !

fazildelahoya
Автор

For non-Malay races, just a quick tip if you are confused. If you mention Char Kuey Teow to your Malay friend, this is prolly what comes to mind (with gravey a.k.a. Wa Tan Hor / Kung Fu Cha) If you speak to them about Char Kuey Teow, to clarify you can ask them if they are referring to the dry or wet version. And vice versa. 😊

Kita sama-sama hidup di Malaysia, mari kita terus hormat dan bertoleransi antara satu sama lain. Walaupun penggunaan perkataan kurang tepat namun ia telah menjadi norma di antara kawan2 Melayu kita, janganlah ambil kesempatan untuk bash satu sama lain. Orang Melayu pun boleh sama2 belajar origins dan perbezaannya misalnya, kalau kamu order char kuey teow di kedai India, jangan terkejutlah bila kamu dapat yang versi kering. Ada baiknya untuk jelaskan jika kamu mahu versi kering atau basah 🤗

WhitneyTan
Автор

Guys !! Kena tryyy...saya ni asal Penang dduk Terengganu... Slalu rasa nk mkn char Kuey teow, sbb ni makanan fav sy, Tapi Xboleh sbb Jauh sangat...kat trg susah nk jumpa yg Betul sdp dn mnjadi...Tapi lepas guna resepi chenom ni ya Allah mcm xpercaya boleh buat char Kuey teow sdp cegini...Byk dh Saya try beli sos ready made..tu pun xjadi...Tapi resepi ye nom ni mmg Betul ii power
...Sedap mcm dekat penang dh rasa...xcmpur kerang lagi...Kalau letak lagi sdp...byk kali dh sy buat char kuey teow che nom ni...lebih 10kali...diorang pun kata sdp...Tq chenom share resepi...hehe😍😍

aliaamiera
Автор

Hai kakak.Hari ini saya cuba char kuey teow ni.Memang Kasih atas resepi ni.Siapa suka resepi-resepi kakak Che Nom boleh like di sini!👍

visnubalakrishnan
Автор

Style rebusan udang tu, saya blend dulu, kemudian rebus dan akhir sekali tapis. Sbb blender x tahan panas dan cara ni jimatkn masa sikit. Xyah tunggu air rebusan tu sejuk. Mmg x beli kat luar dah...buat sendiri lg sedap. Tkasih byk che nom. I ❤ u.

sitilaila
Автор

Alhamdulillah terima kasih Che Nom. baru buat berbuka semalam. pertama kali buat, sedap sgt kejadiannya. mcm beli kat kedai. masa buat utk pinggan yg pertama jadi kuew tiaw goreng. rupanya api saya tak cukup kuat. lepas buat utk pinggan seterusnya baru jadi. api mmg kena btul2 kuat. cuma bagi family sya, 1 pek utk 5 org tu byk sgt. cpt muak. semoga che nom sekeluarga sihat selalu dan bertambah rezeki dunia akirat. aaminn.

viciousmeow
Автор

Saya dah cuba resepi Che Nom ni, masha Allah! sedap sangat ! family semua puji. sekarang nak buat lagi 😍🤗 terima kasih banyak-banyak Che Nom!

missya
Автор

Terima kasih che nom. Sejak isteri saya pregnant ni saya kena masak. Sbb isteri takleh masuk dapur. Resipe che nom bg saya ulang tngok byk kali sbb saya mmg x reti masak. Alhamdulillah video2 che nom sgt2 mmbantu. Terang dan jelas. Trima kasih byk che nom. Doakan saya expert mcm che nom boleh la saya tolong masakkan utk isteri

topazz
Автор

Che Nom... saya dah cuba hari ni Awal Tahun Hijrah. Sedap tak bleh bawa bincang Che Nom. Sedapnyaa ya amat... anak saya makan tambah2.. Che Nom.. yg komen negetif tu depa tak reti ikut cara Che Nom masak. Tu yg meroyan. Bagi saya Che Nom mmg the best. Love u Che Nom.

tongsampahperfumechanel
Автор

I've tried this recipe and I have to say it was soo gooddd. Thanks alot Che nom for sharing the recipe. Keep up ur good work.

yasvinrajkumaran
Автор

I miss Malaysia, especially the food, I can’t wait to try this

karentheresa
Автор

bukan setakat sedap..cara che nom msak pun best..suka dengar suara che nom..mk sy suka sngt...😍😍

KAIZO.YUJI_
Автор

hampir 90% resipi che nom dan buat orang lapo yang saya try mmg menjadi. sebab channel ni mmg betul betul ajar orang memasak.

shadowmoon
Автор

Alhamdulillah thank you Che Nom for sharing this recipe! I've tried to make it and it's superrr delicious 🤤🤤🤤

nurulatiqah
Автор

sy suka semua resepi che nom. cara dia ajar, dia cakap sumpah teratur n paham. adalah part yg kelakar sikit. nk suruh kita betul pham. and sy pun buat mcm che nom ajar. semuanya sedap²...semoga allah sentiasa melindungi che nom

zalinaibrhim
Автор

Saya da try resepi ni bulan lepas. Suami kata nampak selera. Lepas try, whole family ckp sedap! 👍👍👍 terima kasih share che nom 😊

mybakehouse
Автор

Dh try resepi char ketiaw ni...
Sedap sgt...Terharuuu..somi makan sambil puji2 sedapp...
Baru sy fhm bila tgk video che nom sbb selama ni ikut suke sesedap niat di hati je taktau berapa lama nk masak, nk kena masukkan ape dlu.. Tq che nom sudi share resepi and procedures terbaikkk

anirahsaable
Автор

Recommended recipe!!!! Sedap and boleh buat meniaga resepi ni, saya dah cuba dan family pun suka terima kasih che nom♥️

sitinursahirabintiisa
Автор

Sya peminat setia resipi che nom, bnyk yg dah cuba..menjadi..sedap sngt, buah hati sya smpai ckp sya pandai masak....tq che nom. Halalkan resipi ye

pangajamvanaraja