Hijjaz Feat. Tomok - Pelancaran Lagu Sumayyah 14/11/2019

preview_player
Показать описание
Hijjaz Feat. Tomok - Pelancaran Sumayyah 2019 @Garden Palace, D'Saji Titiwangsa 4PM [14/11/2019]

PELANCARAN LAGU SUMAYYAH YANG DIBERIKAN NAFAS BARU - HIJJAZ FEAT TOMOK

KUALA LUMPUR, 14 November 2019 - Lagu nasyid popular iaitu Sumayyah yang sering menjadi siulan ramai daripada kumpulan nasyid terkenal Hijjaz yang diberikan nafas baru akan dilancarkan sempena dengan peringkat akhir program pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah.

Program ini adalah program pencarian ikon Muslimah bercirikan mujahidah Islam yang pertama iaitu Sumayyah, yang berani, yakin dan bijak. Para peserta perlu melepasi setiap peringkat yang telah ditetapkan dengan menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan untuk ke peringkat akhir. Program Sisfel Mencari Sumayyah telah bermula pada Julai lalu dan melabuhkan tirainya pada 14 November 2019.

Bersempena dengan program ini, Felinna Body Mist selaku penganjur akan menaja penerbitan lagu dan video klip yang akan dilancarkan kemudian dengan menampilkan ikon Muslimah Sisfel Mencari Sumayyah. Selain kerjasama diantara Felinna Body Mist dan kumpulan nasyid Hijjaz, artis terkenal tanahair iaitu Tomok juga turut berkolaborasi sebagai penyanyi bersama lagu Sumayyah nafas baru.

Pada zaman kini amat sukar untuk mencari ikon Muslimah yang boleh menjadi role model kepada anak muda. Oleh itu, program dan kolaborasi sebegini amat bagus untuk diketengahkan supaya lebih ramai menghayati erti Islam yang sebenar.

Majlis perasmian lagu Sumayyah ini akan dijalankan di Garden Palace Titiwangsa pada pukul 3 petang oleh Pengarah Syarikat Raffelinna Sdn Bhd (Sisfel) iaitu 'Tuan Rafie dan Puan Felinna Fattah.

@realmemalaysia ☆☆☆☆☆
Captured A/V And Photo With #Realme3Pro 6GB RAM | 128GB #MyRealme3Pro #RealmeMalaysia
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Antara grup Nasyid yg terus relevan hingga kini. Syabas Hijjaz...

PapaJupOfficial
visit shbcf.ru