XPDC - Lagu Dari Aku [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu: Lagu Dari Aku
Artis: XPDC
Komposer: Zul Kevin
Lirik: J.S. Kevin

Masih aku dengar bisikan suara itu
Membisik dalam hatiku
Kita dibuai mimpi
Kita dibuai mimpi

Ku nyatakan rindu padamu
Mungkin bagimu tak seluas lautan biru
Ku nyanyikan lagu untukmu
Mungkin bagimu tak seindah melodi syahdu

Merah biru hijau kuning
Adalah penantian
Hitam putih dan kelabu
Adalah kehidupan

Sedang dalam perjalanan
Pastikan dapat ku turutkan langkah ku ini
Ku nyanyikan lagu untukmu
Mungkin bagimu tak seindah langit yang biru

Merah biru hijau kuning
Adalah penantian
Hitam putih dan kelabu
Adalah kehidupan

Sedang dalam perjalanan
Pastikan dapat ku turutkan langkah ku ini
Ku nyanyikan lagu untukmu
Mungkin bagimu tak seindah lautan biru

Ku nyatakan rindu padamu
Mungkin bagimu tak seluas lautan biru
Ku nyanyikan lagu untukmu
Mungkin bagimu tak seindah melodi syahdu
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Al fatihah utk arwah mael. Terima kasih kerana menyinari muzik tanah air. Selamat tinggal legend 😢

infernusgorgoroth
Автор

Mael, Sebuah Ekspidisi.

Disimpulkan, suara Mael ada dalam titian perjalanan hidup budak-budak 80/90an.

Zaman tanpa story wasap, IG dan FB semua emosi remaja ada dalam lagu-lagu alunan Mael. Suara Mael ibarat story yang meluahkan apa yang terbuku dihati.

Fasa ni semua kasi langgar. Fasa anak jantan taknak dilayan macam budak Darjah 1.taknak jadi Soh Chai.

Tapi dalam pada jiwa Brutal tu, ada kala rasa down juga. Maka lagu-lagu Mael la yang memulihkan semangat yang hilang.

Zaman bercinta monyet dengan Nafisah awek kelas sebelah. Mael juga gurunya. Mael la yang mengajar mengeja cinta dengan betul yang kini menjadi cinta kenangan silam.

Habis SPM, masuk zaman bahalol kejap, simpan rambut panjang. Tapi Mael kata itu ku punya pasal, sikit aku tak sesal.

Dihentian ini, aku masih disini. Sedang Mael menyambung ekspidisi ke hentian seterusnya.

Mael sudah memahat nama sebagai lagenda.

Didalam kubur mana pun, jasad Mael ditanam. Mael, Mael lah jua.

Al Fatihah Mael dan JS Kevin

ziyyadnur
Автор

Sebelum muncul ye samer pon lagu ni da jadi fenomena seluruh nusantara ..geng2 hujung 80an & 90an hadir diri 👋

shamamin
Автор

Hadir . lagu kegemaran Samer sejuk 2022 . lagu tentang kehidupan ni . mesti masa dia termenung mula2 video tu dia fikir tentang hidup dia 😢 . ingat kata kata dia . jangan kuat termenung mi, bahaya . apa dia yg kuat termenung . semoga samer dipermudahkan setiap urusan

Jay
Автор

Di suatu sudut di kampung Sering,
hidup seorang lelaki bernama Samer,
sebuah hikayat lelaki jalanan,
Tampak kurang dimata Tuan,
Tentu mulia di sisi Tuhan .

yanaizetty
Автор

Al fatihah legend abg mael, terima kasih kerana menghasilkan lagu² yg hebat dan penuh bermakna, semoga beliau ditempatkan dikalangan org² yg beriman🙏🏽

muhamadfaishalecan
Автор

Aura samer luar biasa, seorang insan yang bernama samer, tidak smpurna luaran tapi insan yang tidak putus asa mncritakan jalan hidupnya kpada kita.this is samer sejuk..

norizanmustakiemustakie
Автор

LAST EPISODE SAMERRR... 😢😭
lagu yg indah dan menyentuh rohani.. tentang kehidupan.. terbaik xpdc..

nazrin
Автор

Aku bukanlah generasi yang membesar di zaman kegemilangan XPDC, akan tetapi aku mengikuti serta mendengar hasil seni halwa telinga kumpulan legenda muzik ini melalui koleksi kaset-kaset yang abang aku kumpulkan, ya ini salah satu hasil karya yang penghayatannya sungguh berat tambahan keunikan suara Allahyarham Mael, sukar digambarkan, damai lah disana arwah, sesungguhnya kami semua akan juga menyusul menghadap Sang Pencipta pada suatu masa nanti kelak, semoga kita juga mendapat pengakhiran husnul khatimah serta mendapat pelukan keredhaan Yang Maha Pencipta, insyaAllah seperti mu juga, Al-Fatihah

izzat
Автор

last episode samer pasang lagu ini kat bilik dia..terus cari balik lagu ini

luqmanrosli
Автор

Aku di tingkatan 4 pada tahun 1990 tatkala xpdc baru naik. Zaman aku memang zaman rock kapak dan metal melayu, zaman funfair. Memang follow rapat xpdc dan peminat tegar hingga kini (aku kini berusia 49 tahun). Karya yang hebat daripada xpdc, suara mael yang ori dengan karakternya yang metal asli. Moga Allah menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan dalam rahmat-Nya. Walaupun mael telah tiada, pastinya xpdc terus berkumandang di halwa

rahmadamin
Автор

Selamat Jalan brader..lu mmg legend..lu baik lu x sombong dengan semua orang..gua masih ingat lagi masa jaga dibelakang stage..lu mmg terbaik.sepanjang zaman..Al fatihah

driverabcrab
Автор

Betul la org kata syami sazli suka kongsi rezeki @ pembuka rezeki pd org lain.. dgn vdeo² beliau selit lagu² secara x langsung org akan cari lagu maka dapat la sikit sebanyak.. terima kasih syami.. semoga Allah merahmati kita semua... Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲

jimiejimie
Автор

Perginya permata seni pnyayi rock malaysia...tiada lg pegantinya..smoga arwah dtemptkn dgn org2 yg beriman dn solleh, perginya dmlm jumaat yg mulia🤲smoga allah tmptknya dkalangan2 org2 solleh..

fuadibrahim
Автор

Hari ini 30/09/2022 aku masih layan lgu2 XPDC, apakh ada insan yg sama dngn aku?lagu ini mengingati aku pada sesorang, masa aku tinggal di kg kolam tok arang,

rusnanibintiahmad
Автор

Suara Mael adalah jiwa XPDC petikan gitar Izo adalah nafas XPDC harap mereka dapat bersama kembali insyaallah

joponnizam
Автор

Al-Fatihah(dibaca) untuk legend XPDC 😢😢😢
Lagu favorite..bila show n konsert..ni paling best SING ALONG!!!! ❤❤❤😢😢😢😢😢😢

nasanoor
Автор

Aku dengar lagu ni sbb teringat samer video syahmi sazli, samer tngh termenung dengar lagu dari xpdc..tiada lagi gelak tawa dari samer 😔

hanyainsanbiasa
Автор

Zaman dibangku sekolah pada tahun 1990. Waktu tu adalah zaman kegemilangan XPDC. Masih terpahat dalam ingatan aku. Bila aku dan rakan2 sekolah berlumba2 melukis nama XPDC. Ada pelbagai bentuk dan cara masing2. Sampai tercari2 sticker XPDC di kedai2 runcit. Tampal di basikal dan juga bag sekolah. Memang the legend arwah ABG Mael.. Alfatihah buat arwah.

_muhammadislam
Автор

Membesar dan dewasa medengar lagu ii arwah terima kasih menyinari muzik tanah air Melaysia ..Al Fatihah untuk arwah mael semoga di tempat kan kalangan orang ii yang beriman. #the legend

azlirizal