Rabithah ft. Fitri Haris - DALIL CINTA (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

preview_player
Показать описание
"Kadang tanda cinta Allah terhadap seseorang itu adalah ketika Dia membiarkan hatinya hancur berkali-kali sampai tiada harapan lagi di dunia ini. Dan itu menjadikan seseorang mempunyai harapan hanya untuk Allah."

(Syeikh Abdul Qadir Jailani)

#DALILCINTA merupakan surat nasihat dari diri masa lampau kepada diri di masa hadapan. Nasihat tersebut terkandung motivasi bahawa ujian yang dihadapi adalah bukti cinta Tuhan kepada hamba-Nya.

Renung kembali waktu silam kita, tidakkah terlalu banyak ujian yang berjaya kita harungi. Betapa kuat dan hebatnya kita pada masa itu sehingga dapat melawan pelbagai cabaran dan dugaan. Masihkah kita rasa diri kita lemah? Senyumlah wahai teman 😊

****

Ingin mengenali ahli Rabithah dan Dr. Fitri Haris :
Instagram:

****

Rabithah ft. Fitri Haris - DALIL CINTA
Lagu : Akmal Mustafa
Lirik : Akmal Mustafa & Hasif Sazali
Producer : Akmal Mustafa & Adnin Roslan
Susunan Muzik & Keyboardist: Iris Tan & Ida Liew
Pemain Gitar: Alexander Ching
Mixing dan mastering : Amin Nordin
Arahan Muzik Video : Haiqal Ku Hashim
Pengarah Fotografi : Aidil Azhar
Pereka Grafik : Azeem Razali
Penghargaan : Anas Mat Rahim, Afiq Jamil
TARBIAH SENTAP RECORDS

****

DALIL CINTA

Ke hadapan diriku
Di hari kemudian
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana

Apakah kau berduka
Hadapi hari itu?
Masihkah ingat dahulu
Duka sama pernah dirasa?

Saat itu kau berjaya mengharungi
Walaupun ribuan luka terhiris
Setelah perjuangan itu kau masih berdiri
Hinggalah ke saat ini

Yakin padaku! Ini dalil cinta Tuhan kepadamu
Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya ini
Agar kau belajar cintai-Nya

Biar tidak terkira
rungutan batinmu itu
Namun masih tidak terkira
Belas kasih-Nya untukmu

Kadang mudah menuding jari pada yang lain
Agar kau keluar dari bebanan itu
Dan sekali lagi beban itu tak beralih
Hingga menghantuimu lagi

Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia
Tak tergapai hasrat setiap mereka
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya

Tak salah mengenang kisah silam
Saat jatuh bangunmu dulu
Kadang atur takdir-Nya sukar dibaca
Hingga wujud dirimu jua dalil cinta-Nya

Yakin padaku! Ini dalil cinta Tuhan kepadamu
Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya ini
Agar kau belajar cintai-Nya

Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia
Tak tergapai hasrat setiap mereka
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Semoga lagu DALIL CINTA ini menjadi asbab kita terus kuat menempuh segala ujian hidup, dan semakin bahgia dalam mengejar redha Allah❤️

Jom terus komen, like dan sebarkan lagu DALIL CINTA ini semua media sosial. Kita sama-sama TRENDINGKAN lagu ni, dan kita buktikan bahawa lagu-lagu dakwah pun boleh trending❤️❤️🌹☺️

Terima kasih semua! Moga syurga untuk kita semua. Nuhibbukum fillah☺️

tarbiahsentap
Автор

Guru sy pnh ckp. Bila manusia syg, dia akn bg segalanya2. Tp Allah, tanda syg pda hamba, Allah bg ujian supaya manusia hnya berharap pd Allah shja. Sangka baik dgn Allah selalu

munyoungxx
Автор

I asked "why always me?"
Allah said "because I love you!"
😭

hudarusdi
Автор

Lagu Tarbiah Sentap takkan pernah mngecewakan

harithradnaksi
Автор

Teruntuk kamu yang sedang membaca..

Mungkin aku dan kamu saling tidak mengenali. Namun apa yang kamu rasai mungkin aku juga pernah merasai jua.
Aku juga seorang hamba yang lemah. Saat kita dihimpit ujian, pastinya lelah dan menyakitkan. Mungkin ujian kamu dan aku berbeza, namun yang membezakan kamu dan aku adalah kamu mampu hadap atau tidak ujian tersebut.
Saat kamu memilih sabar, kemanisan akan datang pada penghujungnya.
yakinlah ini bukti cinta Allah kepadamu
Dan rasa ini Allah titipkan agar kamu terus berharap kepadanya.

Allah sayang kamu.
#allahsayangaku

aisyahafiqah
Автор

Semoga lagu ii yg dikeluarkan dari Tarbiah Sentap ni menjadi asbab ramai org mendapat Hidayah dari Allah

aminahrosli
Автор

"Tapi selangkah kau mengejar cintaNya,
Seribu langkah kau kan didekatiNya"

serius sebak part ni😭😭😭
kena sangat dengan diri ni,
semakin aku cuba cari cinta Allah,
hati aku semakin tenang,
semakin aku dekatkan diri dengan Allah,
terasa Allah tu semakin dekat dengan aku,
terasa setiap masalah yg aku hadapi,
akan mulai hilang secara perlahan2 bila aku letakkan pengharapan aku hanyalah untukNya,
bila kau tengah rasa sedih, sedih yang tak tahu kenapa,
kau cuba baiki balik hubungan Allah,
kau perbaiki balik solat kau,
kau betulkan mana yang salah,
kau biasakan mana yang tak biasa,
dan kau akan rasa satu ketengan yang tak boleh diungkap dengan kata2,
kerana hanya kau yang merasakan perasaan itu,
yang pastinya.. tenang.. walaupun banyak perkara yang kau fikir,
tapi bila kau sandarkan setiap perkara yang kau lakukan hanyalah keranaNya,
kau tak akan merasa susah,
Allah akan permudahkan jalan hidup kau,
In Shaa Allah☺️

#DalilCinta
#AllahSayangAku

thediaryrinaa
Автор

"2021 please be nice to me"
Act it should be
"Dear me, please be a nice person in 2021"

nursabrina
Автор

Biarlah kita kehilangan sesuatu kerana Allah, janganlah kita kehilangan Allah kerana sesuatu😊(sekadar peringatan bersama) ✨

harrace
Автор

did you know that Allah loves you?

that's why you are Muslim now.

grateful for that, because that is your chance to close to Him
#AllahSayangAku
#DALILCINTA

balqismelati
Автор

Tiga elemen untuk bahagia :

1.Baca Al-quran dan memahami maksudnya
2. Ikut apa yang ada dalam Al-quran
3. Mendirikan solat

(Surah Al- Ankabut : 45 )

faridahhj
Автор

Yakin padaku,
ini dalil cinta tuhan kepadamu,
kerana luar biasa martabatmu,
lihatlah bagaimana bicaraNya ini
agar kau belajar dekatiNya❤️❤️❤️🌹🌹🌹

abusumayyah
Автор

Lagu begini kena beat lagu ajl sekarang. Biar nilai² Islam tersebar luas in shaa Allah. Ada yang setuju?

najmuddinrifaieahmadshubki
Автор

Cuba kita lihat;

Walaupun bintang itu kelihatan bersepah di langit, tapi ia tetap nampak cantik. Sebab itu Allah yang susun.

Begitu juga dengan hidup kita, kadang nampak bersepah dengan masalah dan ujian sana sini, tapi ingatlah, Allah dah susun cantik jalan hidup kita sejak dari dalam rahim ibu kita lagi.

Jadi, jangan pernah merasa susah hati kalau hidup kita tak sesempurna orang lain, tapi yakin lah bahawa takdir itu yang terbaik disusun oleh Allah untuk kita ✨

@FarhaTeamFamily💙

faridahhj
Автор

Dulu saya pernah berasa hendak putus asa kerana bila saya bangun kemudian saya jatuh berkali kali.. kemudian saya tidak sangka dalil cinta Allah mampu mengubah diri saya agar kembali kepadanya.... ALLAH SAYANG AKU.... ALLAH SANGAT BAIK 🌹❤️😭

amyranajeeha
Автор

Tak sabarnya nak tengok MV 😭
Lagu ni sangat-sangat dengan diri saya 🙏

ridwanrais.r
Автор

Assalamualaikum semua.. Disini inginku ceritakan serba sedikit kisah ku yg sangat perit.. Tp membuktikan yg AllahSayangAku..saya seorang budak yg tak sempurna apa yg tak sempurna tu Allah sahaja yg tahu.. Saya sering diejek oleh kawan ii di sekolah.. Dari dulu sampai sekarang.. Satu hari saya sangat tertekan sebab saya dimalukan, diejek di depan org ramai..terkadang saya tertanya tanya kenapa Allah bagi ujian yg sangat teruk dekat saya.. Sampai situ saya rasa give up sangat ii.. Rasa down gila.. Rasa down tu hanya Allah sahaja yg tahu.. Apa yg saya buat..saya hanya berdoa pada Allah..agar org yg malukan saya akan diberi hidayah dan berubah.. Alhamdulillah Allah memahami saya.. Dari situ saya sangat percaya yg Allah sangat sayangkan saya..sekarang org yg malukan saya tu dah jadi org yg rapat dengan saya Alhamdulillah.. Sekarang Allah dah sembuhkan kan saya.. Terima kasih Allah 😊😊 disini sahaja cerita saya.. Saya berharap Moga tarbiah sentap akan trus istiqamah menyebarkan dakwah.. 😊😊

effakarim
Автор

"Kesabaran adalah satu simpanan syurga, dan orang yang boleh sabar di dunia merupakan orang yang dipilih Allah untuk mengambil simpanan itu di syurga".

-Imam Hassan Al-Bashri

faridahhj
Автор

Lagu ni sangat kena dengan diri saya yang sedang mencari cinta Allah... Saya hampir menitiskan air mata semasa saya mendengar lagu ini buat kali pertama 😭😢

amyranajeeha
Автор

Firman Allah: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan. (Al Annam : 44)

zalifahamran