Kenaikan Diesel, Titah Pemangku Sultan Johor, Program Kewarganegaraan DAP

preview_player
Показать описание
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 109 menyentuh mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang telah bermula pada 10 Jun 2024 yang lalu serta mengulas mengenai markah F yang diberikan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Kerajaan berhubung pelaksanaan reformasi pilihan raya.

Episod ini turut membincangkan mengenai titah Tunku Mahkota Johor dalam Program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) serta kontroversi Program Permohonan Kewarganegaraan.

Selain itu, dua isu lain yang turut disentuh dalam episod ini adalah berkenaan arahan terbaharu pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) bagi mata pelajaran matematik dan sains di sekolah serta aktiviti penajaan dan promosi syarikat rokok elektronik (vape) dalam acara sukan.

Tahun ini, Keluar Sekejap serta Qurban Barakah dapat bekerjasama bagi anda semua dapat menunaikan ibadah korban serendah RM390.

Kelebihan Qurban Barakah? Lembu yang dikorbankan dengan minima 200kg, anda juga akan dapat update sebelum, semasa dan selepas ibadah korban serta ada sijil penyertaan untuk peserta dan sijil pengiktirafan daripada mufti untuk syarikat.

EP.109 Timestamps:
0:00 Intro
2:28 Kenaikan Harga Diesel
15:50 Bersih Beri Markah F Pada MADANI
21:57 Titah Pemangku Sultan Johor
31:32 Johor Sebagai Rakan Kongsi
43:19 Program Kewarganegaraan DAP
52:09 Program Dwibahasa (DLP)
1:01:11 Penajaan Syarikat Vape Dalam Industri Sukan
1:05:39 Refleksi Episod 108
1:08:12 Euro 2024
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Dear KJ, just my 2 cents . Kalau u betul nak comeback as a PM or become A Giant Politic soon, u should exit from state advisor or football state body . Ianya hanya akan menarik anda jatuh ke bawah, u should serve all Malaysian, not for specific human . Now KS already bring u and Shahril to the another level for Malaysian who are ' Atas Pagar' on politic . Believe me, if not start now, especially KJ u will be known as same others Politicians.

AdammAsyraff
Автор

Semoga pemimpin Johor dikurniakan akhlak yang terpuji dan persaudara seagama yang kuat diseluruh Malaysia. Itulah Takzim sebenar. Jika sekadar angkuh, Johor akan mendapat kehinaan.

lovemamahouse
Автор

I agree with sharil that as with him, I too am a Malaysian first and my country will be my top priority. If we start prioritising the Negeri then we will go back to old stigmatising people from different states.

FaizahTehAbdullah
Автор

As usual, when come to TMJ, nothing much you can expect from KJ, angguk je….. Shahril you’re the star

sams
Автор

Johor issue : Syabas Shahril, your statement is on point & matured.

farhanbakri
Автор

Pujian patut diberi kepada Sharil Hamdan kerana beri hujah yang lebih matang dan sesuai kepada konsep federialisme. KJ nampak sedikit biasa dan berhati-hati dalam membuat ulasan.

syafiqyusri
Автор

Shout out to S sbb berani berkata benar pasal isu yg diutarakan oleh tmj. K nampak playsafe which kita boleh agak sebab apa kut. Anyway lately ur show nampak tawar tak tau sebab apa. Maybe u all dh reached the peak, jadi tepu but the audience is expecting more from ks. Try to take a break, overhaul n come back better (aku guna simple analogi repair n overhaul keta buleh kut). Gud lak guys.

janton
Автор

Alhamdulillah ramai yg tebal semangat Persekutuan Malaysia dam sedar ancaman semangat kenegerian

zulhafizramli
Автор

betul ckp syahril klau nk ikut kelantan dan terengganu la yang lebih patut dapat hak royalti mereka yang dah lama dinafikan

deansensei
Автор

And this is why KJ will never be in the same league as Tun M. Tun bagi direct je jawapan pada budak angkuh dari Johor tu. Salute Tun!

ezwanizan
Автор

Dah agak dah KJ playsafe ulas pasal statement TMJ, dah boleh agak kalau dia jadi PM nanti jadi pak angguk je lah. Setuju atau tak dengan Tun M, we need him on this matter.

santrinni
Автор

Nama pun Persekutuan Tanah MELAYU... Kalau x suka Dlm semangat Persekutuan susahlah Semua Negeri menuntut nak Jaga duit sendiri... Bangsa Johor nak, Bangsa Kedah PUN nak, Bangsa Sarawak mmg Dah DAPAT... Bangsa Perak nak, Pahang nak Dan Semua Negeri nak... Kenapa jadi begini!?? Adakah salah Kerajaan semenjak dulu... Atau Kerajaan sekarang Tak Pandai Mentadbir

arazlubis
Автор

Sepatutnya... Kena bersatu demi Malaysia bukan sbb negeri bangsa2 susah laa main bangsa2.. Bagai 😊

realrider
Автор

Hope Tun M's respond on the MacMichael treaty will make its round. Semoga Allah berkahi Tun M

amiraripin
Автор

Tidak akan selesai isu ini jika semua negeri hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengutamakan Malaysia. Kerajaan pusat bukannya tidak mementingkan negeri-negeri lain, tetapi kita perlu sedar bahawa kerajaan mempunyai banyak perbelanjaan ("scarcity" atau kelangkaan dalam ekonomi) dan juga Lembah Klang memang paling penting di Malaysia kerana kebanyakan ekonomi dan pekerjaan bertumpu di Lembah Klang (ini memang relevan kerana semua negara maju juga fokus kepada ibu kota atau negeri utama masing-masing). Saya sokong Shahril. Padu dan mementingkan federalisme dan perpaduan negara!

ckloke
Автор

Aku orang johor. Tapi kalau mcm ni gayanya. Sentimen kenegerian akan menjadi semakin menebal.

fahmirahim
Автор

kalau mcm ni aku pon sebagai ANAK JATI MELAKA.. AKU INGIN MENUNTUT SUPAYA KEMBALIKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA!!.

pembasmiwalaunbebal
Автор

Pemangku sultan Johor sepatutnya arif dalam politik Istana tapi nampak gayanya dia belum cukup cerdik dalam permainan politik. Dia tidak sedar sedang dipancing kuasa tertentu untuk timbulkan huru hara. Dia tidak belajar dari peristiwa hampirnya kuasa Diraja England ditolak oleh orang England itu sendiri. Dia tidak tahu betapa hebatnya serangan orang politik jika mereka mula buat serangan.

sarem
Автор

Good job shahril on actually trying to address the issue instead of going around. Malaysia first!

rizwankamil
Автор

Keluar Sekejap ni bercakap level pentadbir menteri politik kahyangan. Mereka tak rasa pun kesusahan rakyat level bawah. Dari sejuk air cond pejabat menteri berpindah ke sejuk air cond podcast ke sejuk air cond conti. Mereka tak rasa pun suhu panas di luar. Panas yang sentiasa pecah rekod kepanasan setiap tahun. Keluar Sekejap patut tukar ke Keluar Selamanya.

husnirahman