Syamel & Ernie Zakri - Goodbye Hello [Official Lyric Video]

preview_player
Показать описание
#GoodbyeHello #Syamel #ErnieZakri #RocketfuelEnt

Official lyric video Goodbye Hello by Syamel & Ernie Zakri

Artist : Syamel & Ernie Zakri
Title: Goodbye, Hello
Composer : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
Lyric: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
Arranger: Faizal Tahir, Bob, Mike Chan
Producer: Faizal Tahir, Mike Chan
Label: Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd & Faithful Music Sdn Bhd
Credit photo: Sweetpictures

Lyric
Ini bukan mimpi, katanya
Tapi satu rasa yang nyata
Bukan juga rasa biasa, biasa

Takkan boleh terus begini
Ku tak mahu terus bermimpi
Hanya mahu menjadikan mu milikku

Pre Chorus
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan pada ku

Chorus
Setiap kali kau pergi
Separuh ku mati
(Ku juga begitu)
Namun sungguh cinta ini
Takkan pernah mati
(Ku harap begitu)
Kerna Tuhan saja tau
Apa yang baik ‘tuk kau dan aku
Coz every time i say goodbye
You say hello

VERSE 2
Ini bukan lagi
Bukan lagi mimpi
Kini berbeza

Dugaan yang kita lalui
Banyak lagi yang kan menanti
Genggam erat tanganku, kini
Isteri

Ulang Pre Chorus & Chorus

Kau saja yang selalu
Aku nantikan, ku doakan
Kau yang selalu aku ceritakan
Pada Tuhan
Saat dua menjadi satu
Moga Tuhan mencurah restu

Ulang Pre Chorus & Chorus

Subscribe to Rocketfuel Network YouTube Channel here:

Follow Rocketfuel Entertainment:

Contact:
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

semoga lagu ni hits buat tahun ni dan tahun kedepan ❤ requestlah lagu ni banyak banyak kat radio! ernie zakri n syamel always be my fav duo 🥰✨✨ didoakan semoga urusan kalian berdua dan team sentiasa dipermudahkan 💜 hasilkanlah banyak banyak lagi karya yang berkualiti dan lagu lagu yang best buat peminat ‼️ inshaallah legend to be 🤩💯

akhmaall
Автор

Patut aq rasa rentak lagu ni mcm ada sentuhan ft, rupa2nya betoii aq rasa hahahaha..apa pown terbaekk

metwong
Автор

patutla mcm faizal tahir. rupanya dalam lagu ni pun ada faizal tahir. terbaik

MuhammadImran-uoyb
Автор

sekali dgr dah tahu ada vibes Faizal Tahir... Sekali bukak decription box, YES I KNEW IT!!! FT IS NO WONDER !!

inasaad
Автор

Baru nk ckp ada vibes faizal tahir check2 betul lah by FT HAHAHA

FadhliFadzil
Автор

allah !! sweetnyaaaa tapi pada masa yang sama sebaknyaa rasa bila dua - dua halal disisi allah 💙, moga allah mengurniakan yang baik - baik buat bangmel dan kak ninie, moga allah perluaskan rezeki kalian berdua, moga kak ninie dan bangmel bercinta hingga ke syurga allah, moga kak ninie dan bangmel sentiasa bersama - sama dengan kasih sayang allah 💙, aamiin 🤗 .

awankepok-kepok
Автор

Mula2 dgar keliru suara bangmel mcm FT...part tinggi tu baru dpt cam suara bangmel ada serak2..tpi best sedap sgt😍suara kak ninie pon dia buat lain sikit

kamilia
Автор

Well to syamel dan ernie, tahniah.. Semoga jodoh kekal sampai jannah.. Korang memang sepadan mcm pinang di belah dua

nuraishah
Автор

Patutlah ade rse vibe FT rupanya FT composer n arranged kan skali huhu

blackfoe
Автор

1:15 for the first time dengar suara kak ninie macam nie .. wow !! power betul dia nie . bijak pelbagaikan cara nyanyian . lot of love 💙 .

awankepok-kepok
Автор

macam suara FT & elizabeth tan..btw lagu ni comel sangat..tahniah syamel & erni

essamdot
Автор

kuatnya vibe faizal tahir kat lagu ni.. aku ikut nyanyi sambil bayangkan faizal tahir yang nyanyikan lagu ni dgn stail dia.. hahaha

izwanhashim
Автор

First dengar lagu ni terus rasa mcm ada vibe Faizal Tahir 😍 skali tgok kt yt mmg betul FT antara org yg menjayakan lagu ni 👍🏻 tambah Ernie dgn Syamel plak nyanyi kan ♥️ Aduhh meletop kebabom 🤭 melekat di kepala ku lagunya .. 🙆🏻‍♀️

sitinurazifa
Автор

Dengar muzik pun dah tau ni mesti lagu Faizal Tahir..:)

ainee
Автор

First terdengar lagu ni radio tgh drive. Aku terkejut, .. Uihhh vokal sapa padu nih? Sapa arrange lagu ni, power. Balik rumah baru dpt google.. eh, no wonder, Ernie kot, syamel. Faizal tahir plak. Memg power

muhdanwar
Автор

Weh tak boleh move on lagi ni.. setiap jam asyik ulang2.. bestnyaaaa suara Ernie angelic 🥺 fresh.. melody lyric boleh menang AJL ni

MsMuslim
Автор

Sangat faizal tahir. Cek cek, ptutlah. Composer FT rupanya

LaguDariLangit
Автор

Perghhh tak pernah fikir ernie zakri nyanyi lagu ni hahahahaha great job both husband and wife

syazxfearzaner
Автор

Saudara/Saudari,

Saya mula memutuskan untuk menintakan rasa saya terhadap lagu ini setelah memandu sebentar tadi. Di sebelah saya, isteri suri hati saya sedang keletihan beradu. Dan saya disebelahnya, memandu. Sambil lagu ini saya dengar, membuatkan saya sebak, syukur dan semakin suka benar. Lalu, terimalah curahan rasa saya yang hanyut dalam romantika nuansa Goodbye, Hello! mengenangkan kisah cinta indah Syamel & Ernie, dan pastinya - saya dan juga isteri sendiri.

Syamel (Verse 1) :
Ini bukan mimpi, katanya
Tapi satu rasa yang nyata
Bukan juga rasa biasa, biasa!

Ernie (Verse 1) :
Takkan boleh terus begini
Ku tak mahu terus bermimpi
Hanya mahu menjadikanmu, milikku!

Tiap insan yang punya perasaan untuk berpasangan, pastinya memasang angan-angan untuk suatu hari yang ditentukan tenggelam dalam rasa berkasih-sayang dan cinta yang meremangkan diri malam dan siang hari.

Angan-angan dan cita-cita itu dipendam diam di dalam jiwa seraya hidup dalam mimpi semata-mata. Maka, apabila cinta itu berputik maka bermulalah detik, rasa cinta itu diduga-duga : apakah cinta ini sebenar-benar cinta yang aku ingin dan kepingin sekian lama?

Maka, rasa ini melalui proses penilaian. Evaluasi.

Mulanya, "cinta ini bukan mimpi-lah!". Kemudian, "cinta ini memang rasa yang nyata-lah!". Maka, "cinta ini bukan yang biasa, bukan juga biasa-biasa" lalu saat kita pasti cinta ini benar-benar LUAR BIASA [di luar kebiasaan - terutama bila kita dapat bezakan ini bukan lagi "sayang friendship ni", ini bukan lagi "kasih pasangan duet saja ni" - teringat pulak masa Syamernie berduet Aku Cinta! di AJL32, malah sejak Duo Star 2017, apabila mereka melantunkan Kau Lupa Janji!]; maka, kita pun berkata kepada diri, "Argh... tak boleh jadi ni. Aku kena benar-benar jadikan kau sebagai kekasih sejati, kekasih asli, kekasih halal-ku yang terangkum dalam kata "milikku!".

Di sini, kata "biasa" dan kata "milikku" tersangatlah sesuai dilarikkan sebagai satu nada terpisah dari lainnya bagi menegaskan - setelah rasa ini bukan "biasa", maka bermulalah episod perjuangan untuk menjadikan "hasil kepada rasa ini" sebagai "milikku".

Ini terjadi pada kedua-dua pasangan - lelaki mahupun perempuan.
Dalam konteks ini, ya - Syamel dan Ernie.
Dalam cerita saya, ya - saya dan isteri.

Syamel (Pre-chorus):
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku

Larik pre-chorus yang bagi saya ringkas tetapi amat berbekas. Dari segi pelirikan, liriknya sebetulnya diulang tetapi dalam bentuk penegasan yang unik.

Sebagai kekasih, kita sensitif terhadap banyak hal terutamanya waktu. Sehingga yang dikira hitung bukan lagi tahun, bulan dan hari tetapi jam, minit bahkan saat (unit terkecil dalam waktu). Kita menjadi begitu rinci meski hidup begitu rancu. Kerana setiap saat bermakna lagi bererti. Maka, tiap saat yang kita isi bersama kekasih, tiap saat yang Kekasih isi bersama kita - adalah begitu penting, tidak boleh dipandang enteng.

Lalu, apa maksud "bagai memetik bintang di langit"? Saya secara peribadi teringat akan ayat al-Quran ini :

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya..." (An Nahl : Ayat 18).

Ketika menafsirkan ayat ini, guru-guru kita selalu mengaitkan dengan perumpamaan "tidak dapat ditentukan jumlahnya itu" ibarat mengira pasir di pantai, juga umpama MENGIRA BINTANG DI LANGIT!

Jika kita fahami dari perspektif ini, maka kita katakan tiap saat bersama kekasih itu adalah sebenarnya momen-momen yang wajib kita syukuri, wajar kita hargai, perlu kita ingatkan diri - betapa besarnya nikmat perhubungan kekasih ini yang hakikatnya dianugerahkan tidak lain tidak bukan asal datangnya dari Allah Taala semata-mata!

Lebih dalam lagi, dalam Tafsir al-Jalalain disebutkan, nikmat-nikmat Allah yang kita "petik", jika saja kita tidak dapat menghitung, apatah lagi jika kita ingin mensyukuri secara sepenuhnya - pastinya lebih mustahil. Lalu, kerana kemustahilan kita untuk memenuhi hak mensyukuri nikmat itu, maka disebutkan dalam ayat itu seterusnya :

"....Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nahl : Ayat 18)

Allah Taala Maha Pengampun akan kelemahan kita tidak dapat mensyukuri nikmat Allah secara sepenuhnya. Allah Taala Maha Penyayang, meski kita tidak mampu memenuhi hak kesyukuran sepenuhnya, Allah Taala masih sayang berkenan menganugerahkan rasa nikmat dalam berkasih-sayang dengan kekasih kita. Allah Taala Maha Pengampun akan dosa-dosa dalam perhubungan kita. Allah Taala Maha Penyayang membuatkan nikmat perhubungan kita dengan kekasih terus berpanjang-panjangan - di dunia sampai ke syurga. Ameen.

Syamernie (Chorus) - Ulang Pertama
Setiap kali kau pergi
Separuh ku mati
(Ku juga begitu)
Namun sungguh cinta ini
Takkan pernah mati
(Ku harap begitu)

Unsur paradoks dalam naratif dikesan di sini. Dalam keadaan diri kita sudah seperti separuh tiada lantaran kepemergian kekasih meski sementara, tetapi cinta tetap penuh (bukan separuh) seperti bulan yang tetap bulat meski cahayanya sedang sabit atau setengah - sampai masa yang ditentukan Tuhan :

Kerna Tuhan saja tau
Apa yang baik ‘tuk kau dan aku

Kerana hanya Tuhan tahu masa yang terbaik untuk menoktahkan segalanya - maka bulan yang bulat bercahaya penuh - menjadi purnama akhirnya lantaran :

Ernie : Coz every time i say goodbye
Syamel : You say hello

Takdir perhubungan kita sebagai kekasih umpama rantaian tidak berhenti, seperti sifat garis bulat pada bulan yang sekali bermula tidak menemukan akhir garisnya kerana tiadalah sifat bulat melainkan garisannya terus berpusing, terus berputar, terus bersambung - abadi selamanya.

Ini boleh difahami dengan simbol kata "goodbye" (tanda pengakhiran) yang segera disambut sambung dengan "hello" (tanda permulaan). Perhubungan pastinya ada naik dan turun, mendaki lagi melantun. Tetapi kerana ikatan cinta yang kuat, taliannya bersambung erat. Bak kata orang, kalau ada jodoh, tak ke mana. Kalau jodoh kuat, akan bertaut juga. Begitulah sifat perhubungan yang benar. Ujian datang kononnya untuk mengakhirkan, tetapi tewas kerana takdirnya kuat untuk memulakannya kembali.

Lalu tiap "goodbye", bersambut "hello". Berpusing. Berputar. Bersambung. Mula yang tiada hujung. Cinta yang agung, mustahil berpenghujung.

Ernie (Verse 2) :
Ini bukan lagi
Bukan lagi mimpi
Kini berbeza

Syamel (Verse 2) :
Dugaan yang kita lalui
Banyak lagi yang kan menanti
Genggam erat tanganku, kini
Isteri.

Jelas, mimpi jadi realiti apabila kekasih menjadi suami-isteri. Ikatan menjadi asli, menjadi halal, menjadi sejati.

Syamernie (Pre-chorus):
Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku

Syamernie (Chorus) - Ulang Kedua

Syamel (Bridge) :
Kau saja yang selalu
Aku nantikan, ku doakan

Ernie (Bridge) :
Kau yang selalu aku ceritakan
Pada Tuhan

Syamernie (Bridge) :
Saat dua menjadi satu
Moga Tuhan mencurah restu

Istikharah. Jelas, Syamel dan Ernie beristikharah dan itulah jalan terindah bagi hamba-hamba Tuhan yang ikhlas dalam bermahabbah. Saat merasakan cinta mereka ini benar-benar luar biasa, lalu niat dimeterai untuk menjadikan kekasih milik masing-masing - tiada yang dapat memastikan ini melainkan Tuan punya hati - Illahi. Sekali diserahkan urusan hati kepada Allah, seribu jalan dipermudah, seribu langkah diperindah. Alhamdulillah. Begitulah yang terjadi dalam kisah Syamel dan Ernie. Saya tidak perlu huraikan itu kerana kalian semua sudah pun tahu.

Ulang Pre-chorus & Chorus - Ulang Ketiga

Sekian. Moga Bermanfaat.

Tahniah Syamel & Ernie! Teruslah bahagia dunia dan akhirat, ya :)

Ikhlas,
Za'im Yusoff
21 Shaaban 1442H
4 April 2021M
11.02pm

zaimyusoff
Автор

Style nyanyian dorng international gila

juraidahmansyur