Lemon-T - Kerana Janji [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu Kerana Janji Dinyanyikan Oleh Kumpulan Lemon-T

Biarpun tidak ku ucapkan
Kau masih ku kenang
Walau lama tak bertemu
Senyummu wajahmu terbayang di mata ku

Biarpun hanya seketika
Mesranya terasa
Sekilas hampir ku terlupa
Di antara kau dan aku ada dia

Ku tak mengerti
Mengapa terjadi begini
Sekian lama diri ku terpenjara
Menangis tanpa suara

Lantaran berpegang pada janji
Semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai

Ikatan itu sempadan
Menguji kesabaran
Malang di dalamnya aku terkorban

Ku tak mengerti
Mengapa terjadi begini
Sekian lama diri ku terpenjara
Menangis tanpa suara

Lantaran berpegang pada janji
Semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai

Ikatan itu sempadan
Menguji kesabaran
Malang di dalamnya aku terkorban

Andainya kau mendahului
Bertakhta di hati
Mungkin hidupku berseri tak seperti ini
Terpenjara kerana janji

Mungkinkah...
Mungkinkah...
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Banyak2 channel. Channel ni sound dia best. Rasa segar dan seperti berada ditahun 90an.Lagu ni lahir 1997 di bawah mekar production Saari Amri. Di dalamnya ada juga lagu kekasihku diambil orang.

sbempire
Автор

2024 masih ke udara. Antara lagu faveret DJ² radio terkemuka Malaysia.

zalpangkor
Автор

Mesti ramai yg layan lagu ni sambil flashback2 balik kisah2 silam. Ada yg akan tersenyum sendiri, ada yg tahu2 je ngalir airmata tanpa sedar.

rakyatbiasa
Автор

Memang tangkap leleh lirik lagu ni.Dengar pula seorang diri di kala sunyi.Mantap.Siapa masih dengar Julai 2024 sila Like Komen dan Share ye.

mohdraziman
Автор

LemonT ni ada 3 buah lagu aku suka
Kerana Janji
Kekasihku Diambil Orang
Cinta Nista

fitrihaizalmansor
Автор

2025 masih dgr lagu ni, sakit weh dipermain kan, rupa2 nya aku ni hanya tempat dia hilang kan boring, harey betul pdhal dia laa cinta pertama aku . alhamdulilah skrg masing2 dah nikah . kenangan dgn mu xkan aku lupa kan walaupun sekejap je😊

Cyntayana
Автор

Sakit wey kena game dgn org yg kita syg😔😔..dalam masa yg sama aku tgh sakit hmm, berjuang demi cinta dan sakit akhirnya aku lepaskan dia pergi☺️☺️..makan hati dah nak raya masa tu hahaha apa boleh buat kan, takdir dah tertulis sebegitu👌👌

ckst
Автор

Suara dia sngt la Best.. Sampai skrg belum jumpa lagi yg boleh cover lagu ni

selimutputih
Автор

Beberapa hari lepas, melodi lirik lagu ni bermain di fikiran, aku tidak ingat tajuk, cari kat youtube guna lirik yg berputar2 di otak ni, hari ni layan ✅

jonasrizdxuan
Автор

lagu ni mengisahkan satu pasangan halal yang telah berpisah sekian lama kini bertemu semula . Kerana janji . pasangan ini terhalang oleh kehadiran orang baru . Juga luahan pergorbanan dan mesranya perjalanan mereka sewaktu menyayangi dahulu . Apakah daya mereka tidak dapat menyambung semula yang pernah mekar sewaktu ketika dahulu . walaupun masih ada perasaan di antara mereka . Tidak ada apa² alasan untuk mereka bersama semula . kerana yang baru telah hadir dan tetap perlu disayangi . Sekian

hzcpkill
Автор

Punya hebat orang lama buat lirik. Siap dengan penceritaan, penyanyi pulak penghayatan. Mantap2.

acannnnn
Автор

bila dengar lagu2 mcm ni..teringat kenangan..masa tu saya tengah fight simpan duit..tapi akhir cerita dia tetap tinggalkan saya..sampai ke hari ini..masih lagi serik nak terima sesiapa..semoga hati saya tabah dengan apa yang terjadi😞

TwcRedmi-hy
Автор

Tiap kali bila dengar lagu lama ni hati rasa sayu rindu pada kenangan dahulu. Tak mungkin dapat kita ulangi zaman itu semula perjalanan kita ada penghujung nya. Syukur kepada nikmat Allah.🤲

nurullala
Автор

harap kumpulan lemon-t dapat kembali bersama ..kami sentiasa sokong

keflie
Автор

Rasa rugi tak merasai sepuas-puasnya zaman remaja. Umur 18 dah masuk badan uniform. Zaman inflasi tahun 97. Kilang banyak tutup. Seagate ipoh

ebfnyhalimtarmiji
Автор

Memori sgt lagu ni.cinta betul2 putus di tgh jln.terasa sakit sgt bila ingat si dia.YaAllah engkau maha adil.segala nya telah tertulis wlau pun pahit sakittt

abusamah
Автор

bila dengar kt radio trus search lirik, sbb lupa tajuk lagu🤣🤣.. rindu gila zaman budak2 dlu, bila dngr lagu2 90an auto rasa diri dh tua.. lirik org dulu2 mengangis beb... zaman laa gelek ja lebih lirik pa xpaham🤣🤣🤣..

zaididris
Автор

zaman skrg mna nk cari lirik mcm ni ...mkna yg mndalam

muhammadfirdaus
Автор

Teringat zaman sekolah menengah dulu, bercinta dgn sorang awek ni dari tingkatan 5 sampai la tamat sekolah, tpi malangnya setelah kerja awek ni dlm diam dia bercinta dgn kwn rapat aku, sehingga la aku dpt tahu betapa sedihnya hati aku pada waktu tu... sehinggalah aku pergi tggalkn mcm tu je sehinggalah sekarang aku pergi menjadi seorang tentera bertugas di Sarawak tak pernah bertemu sampai skg dgn dia ..

talibawang
Автор

Bercinta dr 1992 mase ditingkatan 5 hingga 1996..akhirnya dia menghilang mcm tu jer..tahu2 dia bertugas disabah dlm unit beruniform tapi thn 2023 kami bertemu semula disaat masing2 sudah ada keluarga tp cinta kami xpernah padam dr dlu sb ni cinta pertama kami..sungguh weyyy..perit nk melawan perasaan ni dgr lagu ni mengalir airmata teringat kenangan lalu😢

syahddyusri
visit shbcf.ru