filmov
tv
Resepi Spaghetti Bolognese - 100% Homemade

Показать описание
Resepi Spaghetti Bolognese ini menggunakan bahan-bahan asli dan bukan berasaskan sos yang dikilang. Bahan utama dalam sos bolognese ialah buah tomato. Tomato yang terbaik untuk membuat sos pasta ialah tomato pelati.
Link untuk membeli Tomato Pelati di bawah:
1 Tin 400g
3 Tin x 400g
TEXT PENUH VIDEO
================
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi hari ini ialah Spaghetti Bolognese, satu masakan pasta yang paling popular dan kegemaran ramai. Saya akan kongsikan tips dan rahsia untuk spaghetti bolognese homemade macam ini. Jom kita ke dapur!
Bahan paling penting dalam penyediaan sos bolognese ialah tomato. Ada bermacam-macam jenis tomato tetapi tomoato jenis apakah yang terbaik?
Di Itali, tomato pilihan ialah Tomato Pelati. Saya biasa gunakan jenama Sica atau Cirio. Kalau tak jumpa di supermarket boleh beli online. Link ada dalam description.
Kita juga perlukan 500g daging lembu kisar
1 Biji bawang holland dipotong halus
2 ulas bawang putih
1 kiub pati lembu
Daun parsly kering
Serbuk bawang
Italian Herbs dan daun basil
Kalau ada yang segar lebih baik.
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali
Bila minyak dah panas berasap, masukkan separuh sahaja daging kisar sebab kita akan goreng dua kali.
Kalau kita masak terlalu banyak dalam kuali, suhu kuali akan kurang panas dan tidak akan masak dengan betul.
Tujuan kita untuk menggaringkan daging sebelum kita masukkan ke sos.
Pastikan masak sekata.
Bila dah garing seperti ini angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk
Masukkan bawang holland
Bawang putih
Tumis sehingga mula menjadi kuning
Masukkan 2 tin tomato pelati. Tomato jenis ini sangat sesuai untuk dibuat sos pasta dan menjadi pilihan chef-chef itali kerana perisa tomatonya yang terbaik. Ini yang membuat sos bolognese ini istimewa.
Pecah -pecahkan buah tomato.
Gunakan api yang sederhana dan kacau supaya buah tomato mula terlerai seperti ini.
Kemudian masukkan daging kisar yang kita goreng tadi
Pastikan tak ada yang tertinggal
Masukkan 2 helai daun salam
1/2 Sudu besar serbuk bawang
1/2 Sudu besar Basil
1 Sudu besar Parsley
1/2 Sudu besar Italian Herbs
Renihkan 30 minit atau sehingga sos menjadi pekat macam ini
Tambah garam sucukup rasa
dan juga 1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil parsley
1/4 sudu kecil italian herbs
1/4 sudu kecil basil
Kita tambah sedikit lagi herba-herba kerana bila kita renihkan lama-lama, sebahagian aroma herba akan hilang jadi kita tambah sedikit di akhir proses masak.
dan 1/2 sudu besar gula untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Kalau suka sos yang lebih manis boleh tambah lagi gula. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Keluarkan daun salam untuk elakkan sos menjadi pahit.
Sos bolognese dah siap untuk kita hidangkan bersama spaghetti.
Untuk masak spaghetti, didihkan 5-6 liter air dan tambahkan 2 sudu besar garam.
Air masak pasti kena masin.
Untuk 2 hidangan masukkan 1/2 paket spaghetti
Masak untuk 8-10 minit mengikut arahan pada paket spaghetti
Bila dah masak, tuskan dan ketepikan untuk dihidangkan bersama sos bolognese. Sebaiknya dihidangkan segera selepas masak.
Ini dia hasilnya dilengkapkan dengan sedikit keju parmesan dan dihias dengan daun parley segar.
Terima kasih kerana menonton video ini hingga ke penghujung. Jika belum subscribe atau follow, sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Ada bermacam-macam video resepi menarik dichannel ini,
boleh cuba klik salah satu dari video disini. Selamat Mencuba!
* SUBSCRIBE:

Комментарии