Kisah Sniper Serbia & GGK Di Bosnia! #shorts#kisahbenar#viral

preview_player
Показать описание
Kisah Sniper GGK Di Bosnia

Assalamualaikum.. Dan selamat sejahtera.
Semoga Allah mempermudahkan urusan dan memberkati hidup kalian.

Kisah ini ditulis daripada rakaman aksi sebenar seorang anggota GGK (pendekar).

Semasa penglibatan beliau, Tun Mamat (bukan nama sebenar) di Bosnia (negeri atas angin). Hampir 2 tahun beliau terlibat dalam operasi perang di rantau Balkan pada tahun 94 dan 95.

Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menamatkan kepungan sniper di sebuah bandar yang dirahsiakan.

Sebelum operasi dijalankan, penduduk setempat berada dalam keadaan kebuluran walaupun bantuan berbentuk makanan telah dijatuhkan oleh tentera Nato dan PBB. Di sebuah bandar, penduduk Islam telah dikepung oleh sniper Serbia.

Sebelum ini penduduk tempatan yang cuba mendapatkan bekalan makanan akan menjadi sasaran Sniper. Maka Tun Mamat dan Skuadron beliau telah ditugaskan untuk menamatkan episod ngeri penduduk setempat.

Sebuah kisah: Tamatnya kepungan Sniper.

Tun Mamat telah ditempatkan di sebuah bandar di negeri atas angin. Sementara menunggu arahan dan tugasan selanjutnya. Tun Mamat mengambil angin di luar sambil memakan roti dan daging. Datang seekor anjing dengan ekor bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Lagaknya seperti meminta makanan. Lalu dicubit roti dan daging tadi lalu diberi kepada anjing tersebut. Makanan tadi Tun Mamat kongsikan bersama anjing tersebut selama 2 minggu berikutnya.

Seperti biasa tugasan diberikan untuk mengawal base dan sekali-sekala diberikan tugas untuk berkawal di pergunungan sekitar. Sebelum ini Tun Mamat telah mendapat kawan baru yang akan mengekori Tun Mamat ke mana saja. Bagi sesiapa yang ingin mendekati Tun Mamat, pasti anjing tadi akan menggonggong dan mengeluarkan bunyi grrrr.

Tun Mamat berkata 'boy' maka anjing tadi akan mula diam. Baru lah yang lain boleh merapati Tun Mamat. Salah seorang pendekar berkata, “Wah, Tuan. Sekarang sudah membela anjing pula”. Maka Tun Mamat ceritakan apa yang berlaku. Bagaimana anjing tadi boleh rapat dengan beliau.

Tun Mamat mendapat arahan untuk menghadiri taklimat. Setelah berkumpul di markas, taklimat diberikan oleh Co bertugas. Di dalam taklimat, Tun Mamat diberikan tugas untuk membawa Skuadron beliau agar menamatkan kepungan sniper di sebuah bandar.

Ini kerana barangan makanan yang dihantar melalui udara tidak sampai ke tangan penduduk. Siapa yang keluar untuk mengambil makanan, tentu saja akan menjadi santapan sniper. Kedudukan sniper ini tidak diketahui. Maka penduduk setempat berada dalam keadaan kebuluran.

Setelah selesai taklimat. Pendekar menyediakan dan mencukupi peralatan dan senjata untuk digunakan. Termasuk binokular.

Tun Mamat bersama pendekar yang lain dan dibantu oleh Resistance (penentang awam) serta anjing tadi. Bergegas ke bandar tersebut dengan menaiki trak. Sampai di sebuah tempat yang ditetapkan. Mereka kemudiannya berjalan sejauh 20 km daripada sasaran. Tujuanya agar tidak dikesan.

Sampai di pinggir bandar, Tun Mamat disambut oleh penentang awam. Di antara mereka ada yang seumur 15 tahun sudah memegang senjata AK 47. Sebelum waktu fajar, pendekar dikehendaki berada di lokasi.

Setibanya di lokasi, Tun Mamat telah arahkan pendekar ke posisi masing-masing. Menunggu di celah bangunan runtuh. 3 hari yang pertama makanan yang di bawa telah dicatu sendiri. Tiada kesan sniper. Lalu mereka berubah tempat.

Kali ini Tun Mamat menunggu di depan timbunan makanan yang dijatuhkan oleh tentera helang. Keesokan harinya terdengar bunyi rifel memecah kesunyian. 'Pamm!' Kelihatan seorang penduduk yang kelaparan rebah. Malangnya tidak diketahui daripada arah mana penembak tersebut.

Tun Mamat mencari cebisan baju tentera zalim. Dalam jam 3 pagi waktu tempatan, Tun Mamat memanggil Boy. Dan beri Boy menghidu bau pakaian tadi. Seraya berkata, “pergi boy”. Maka Boy itu pun keluar menghidu.

Di tempat yang agak lapang, Boy tadi ditembak. Maka jelas kedudukan sniper hasil percikan bunga api malam. Tun Mamat hanya menunggu hingga ke siang hari ke 6. Dan memerhati kedudukannya sehingga keesokan harinya tanpa Tun Mamat bergerak.

Oleh kerana dalam kedudukan sabar menunggu, Tun Mamat terpaksa kencing di kedudukan posisi menembak dan makan roti atau biskut di tempat sama. Ekoran kurang makan maka kurang rasa untuk buang air besar.

Pada hari ke 8 Tun Mamat melepaskan tembakan. One down. Tun Mamat terpaksa menukar kedudukan agar tidak dikesan. Dalam masa menukar kedudukan, ambil masa makan dan bersihkan diri ala kadar. Mengambil kedudukan lain bersama budak umur 15 tahun bernama Abdul aziz.

#shorts

Kredit : Highrul Aim

Sumber :

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Kisah ini admin dh reupload semula..boleh tonton disini!

Maaf kerana ada babak yg telah dipotong didalm versi yg lama ini atas arahan YT..InsyaAllah yg baru ini lengkap dengan kesudahan semua cerita..selamat menonton.

worldmilitaryinfo
Автор

Ayah saya pon pegi ke bosnia..ada jga kawan dia yg telah pergi menghadap ILAHI...semoga roh mereka di cucuri rahmat ALLAH SWT

sjn.mohamadadam
Автор

Siapa setuju kisah ni dijadikan filem. . . Aku sbg rakyat Malaysia sgt berbangga dgn pencapaian komando kita. . . Takbirrr. . . ☝🏻

syaifulnurdin
Автор

Tentera malaysia dan GGK. Cukup hebat cukup pengalaman., mcm2 misi dh diorng d hantar ke luar negaraa. Saluteee

rojakrozy
Автор

Yang paling hebat dalam cerita ini adalah Abdul Aziz. Semoga kita berjumpa disana. Kau hebat. Aku kagum.

nashk
Автор

Kekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh tentera Melayu Islam. Terbukti bangsa kita memang berani mati. Seperti kisah Kesultanan Melayu Melaka.

RubenDaBaws
Автор

smga allahyarham Abdul Aziz diampuni dosa2nya dlm kalangan org2 beriman Salam takziah bacaan alfatihah smga dipermudahkan segala urusan

marzukimustafa
Автор

Bule tahan juga tentera malaysia yg berjaya membunuh sniper tu hebat aku doakan beliau dgn kluarga di berkati Allah dan kawanya yg membantu penduduk bosnia, menarik ceritanya

raulroyman
Автор

Allahhuakhbar.. 💪💪💪
Semoga arwah Abd Aziz gugur syahid.. Aaminn.. 🤲

maverickpestol
Автор

Banyak sejarah di Bosnia.Bekas Pegawai Memerintah 23 Ramd.Lt kol Hj Manaf kasmuri.Beliau terlibat dalam tugas Unprofor di Bosnia.Selepas tamat tugas unprofor beliau bwrhenti Atm dan beliau pergi Bosnia dan joint Mujahidin Bosnia.Balik Malaysia Tun M sumbat dia ke I.S.A.Aku pernah buat escot dokumen penting Lt kol hj Manaf ke Mindef pada tahun 93.Kpl Ismail driver .Sjn Rosli Medical Rsat 23 md.kami guna land rover defender 2 ic batalionMejer Zainal Abidin b Basiron.
X23 Ramd.

zainudinumar
Автор

Ya Allah...hebatnya Abd Aziz ni. Berani mati demi negara. Semoga Abd Aziz ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

nazrim
Автор

Kisah2 seperti inilah yang sepatutnya diceritakan dalam bentuk drama atau dokumentari atau docudrama untuk santapan masyarakat Malaysia melalui stesyen2 TV kerajaan dan swasta dan bukannya terlalu dialpakan dengan kisah2 drama cinta ala2 Korea dan ala2 Kpop, cerita2 yang menggahkan kehidupan gangster ala2 filem HongKong dan Tamil... Supaya negara tak kurang dengan bangsa berbangga yang bersemangat atas pengorbanan yang dilakukan dan bukan remaja2 lembik, lemau dan jambu ala2 Kpop. Mesti ramai yang marah... Nasiblah...

sehastatigabara
Автор

Hebat org kita...moga ada peganti yg lbh hebat

PakawanG
Автор

Squad arwah walid saya tun mamat...arwah walid selalu crita pasal dia...tk sangka nama dia besar...

salihinfurqon
Автор

Kalu ada orang Malaysia pergi melancong ke Bosnia..jika warga tempatan tahu anda orang Malaysia mereka akan ucap terima kasih..kalu anda tidak tahu akan cerita pasal tentera kita anda akan tercenggang kenapa orang sana mengucapkannya terima kasih??? Kerana jasa tentera kita disana ....terima kasih warga Atm, walaupun mengharumkan nama Malaysia tanpa diketahui..tentera kita relax ja...kalu atlet harum nama Malaysia dah lama dapat imbuhan ratus ribu, gwlaran dato, rumah suma dapat....ni putus kaki, nyawa melayang, anak kehilangan bapa...isteri kehilangan suami apa pun susah kerajaan nk bagi...Kena mohon, kena cerita baru la nk dapat...sekurangnya anak2 tentera terbela

satriabajakumar
Автор

Tahniah Atm yg bnyak melahirkn pewira negara dr pelbagai bangsa dn latar belakang. Serta mengharumkn nama negara.

huzairihuzairi
Автор

KOMANDO... GGK21 Terhebat.. Bangga... Syukur pembela Nusa

dr.ferozkhankhrs
Автор

😭😭😭...kebebasan sebenar bila kita sanggup pertaruhkan kebebasan hidup sdri demi membebaskan hidup saudara lain..

jeffangah
Автор

Hebat bani jawi ni.. semoga tun Mamat dan rakan seperjuangannya sentiasa sihat dan dirahmati Allah.. Aamiin..

anhjha
Автор

sedihnya budak itu menjadi pejuang saggup korbankan diri utk penduduk kampung syahid lah remaja itu harap syurga akan menjadi hadiah drp Allah

kompekmerah
welcome to shbcf.ru