filmov
tv
Resepi Garlic Bread Mudah
Показать описание
Resepi Garlic Bread Mudah ini ada sedikit kelainan dimana bawang putih dan mentega dimasak sebelum dibakar dengan roti. Garlic bread atau roti bawang putih bakar sesuai dipadankan dengan pelbagai masakan barat seperti sup cendawan, pasta dan juga steak. Selamat mencuba!
VIDEO POPULAR DI CHANNEL
=========================
TEKS PENUH VIDEO
Selamat datang ke Nasser's kitchen. Resepi hari ini ialah roti bawang putih atau garlic bread. Satu hidangan sampingan yang selalunya dipadankan dengan masakan barat seperti sup cendawan, pasta atau pun stew. Resepi saya ada kelainan sedikit dari resepi biasa, tonton hingga ka akhir untuk tahu rahsianya. Jom kita ke dapur!
Kita akan perlukan 50g mentega
Sedikit daun sage segar, sedikit parsley segar dan 7-8 ulas bawang putih. Kalau tak ada yang segar, yang kering pun boleh. Gunakan bawang putih tidak ada tanda nak bercambah.
Mula-mula kita potong bawang putih. Tujuan kita untuk dapatkan bawang putih yang halus supaya cepat masak. Masalah utama bila masak roti bawang putih ialah kadang-kadang, bawang putih tidak cukup masak semasa kita bakar, ini menghasilkan rasa yang tak berapa sedap sebab rasa mentah bawang putih masih ada. Kalau kita bakar sehingga bawang putih masak betul, roti pula terlebih masak dan terbakar. Jadi pertamanya kita kena cincang bawang putih halus-halus.
Akan ambil sedikit masa, tapi inilah hasilnya.
Kemudian dadukan 50g mentega supaya ianya cepat mencair.
Masukkan kedalam mangkuk kecil, tambahkan bawang putih cincang tadi. Sekarang kit akan panas dalam ketuhar golombang mikro untuk 1 minit 45 saat bergantung kepada saiz dan kuasa ketuhar. Bawang putih akan masak didalam mentega panas dan ini akan menghilangkan rasa bawang putih mentah. Ketepikan untuk sejuk sedikit.
Sekarang kita potong roti, saya suka guna roti panjang perancis yang dipotong serong seperti ini. Kalau nak guna roti sandwich biasa pun boleh, ikut suka masing-masing. Gunakan pisau roti seperi ini yang bergigi supaya potongan roti kemas.
Sapukan bawang putih dan mentega cair pada roti. Anda boleh letak seberapa banyak bawang putih yang anda suka, saya suka banyak bawang putih, tetapi cita rasa setiap orang berbeza. Bila roti dah disapu dengan bawang putih dan mentega , sekarang kita bakar dalam ketuhar yang telah dipansakan ke suhu 240C untuk 3-4 minit.
Sementara kita tunggu roti bakar, kita boleh potong herba segar kita, dimulakan dengan Sage. Gulung dan lipat sebelum di hiris halus-halus begini.
Di ikuti parsley yang juga dihiris halus-halus. Semua herba ini saya tanam sendiri dari taman herba keluaran Edible Gardens by Radiant. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk dalam description dibawah.
Roti bawang putih dah siap dibakar. Taburkan herba-herba yang kita sediakan tadi sebelum dihidangkan. Sila subscribe di YouTube and follow di Facebook dan Instagram. Untuk resepi-resepi yang sesuai dipandankan dengan garlic bread boleh klik resepi sup cendawan , aglio olio atau beef stew di sini. Selamat mencuba!
* SUBSCRIBE:

Комментарии