๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—™๐—˜๐—Ÿ๐——๐—” ๐—Ÿ๐˜‚๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜, ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚

preview_player
ะŸะพะบะฐะทะฐั‚ัŒ ะพะฟะธัะฐะฝะธะต
Bertempat di Tabika KEMAS FELDA Lui Barat telah berlangsung penilaian akhir bagi Anugerah Pintar Botani Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024.
Penilaian ini merupakan kesinambungan dari sesi pembentangan awal pada Oktober lalu di mana KEMAS Negeri Sembilan yang diwakili oleh Tabika KEMAS FELDA Lui Barat ini telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 6 tabika terbaik di peringkat kebangsaan.

Penilaian peringkat akhir ini telah diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS, Puan Darnawati Dahlan dengan juri jemputan dari ILK Kuantan, KKM, dan juga MARDI.

Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Sembilan, Puan Halija Binti Md Talib serta YB Dato' Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir, ADUN Kawasan Jeram Padang, Dato Zainal Abidin Bin Ahmad - Ketua Peneroka Felda Wilayah Raja Alias, En Mohamad Yusri Bin Mohd Yusoff - Pengerusi JPKK Kg Felda Lui Barat Merangkap Pengerusi Tabika, Encik Riduan Bin Arshad - Pengurus Felda Lui Barat serta barisan kepimpinan dari KEMAS Negeri Sembilan & Parlimen Jelebu turut mengiringi para panel juri sepanjang penilaian berlangsung.

Para juri telah dibawa untuk melawat ke seluruh persekitaran premis tabika untuk melihat sendiri dengan lebih dekat lanskap dan juga tanaman-tanaman yang terdapat dalam kawasan tabika. Penilaian diteruskan lagi dengan sesi pembentangan dan soal jawab berkaitan dengan projek yang telah dilaksanakan ini.

Pihak KEMAS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat bertungkus lumus bagi memastikan projek Pintar Botani ini berjalan lancar.

Dedikasi dan kerjasama dari pelbagai agensi lain juga turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan Tabika KEMAS FELDA Lui Barat ini untuk berada di kalangan tabika terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun ini.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

@followers
#kemasnegerisembilan #KEMASOFFICIAL #kemas4u #iamkemas #sentiasadihati #KKDW #luarbandarsejahtera #MalaysiaMadani #AnugerahPintarBotani2024
ะ ะตะบะพะผะตะฝะดะฐั†ะธะธ ะฟะพ ั‚ะตะผะต
join shbcf.ru