Latihan Simulasi Pengurusan Bencana uji tahap kesiapsiagaan pelbagai agensi

preview_player
Показать описание
Lebih 200 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa dan menyelamat di Melaka terlibat dalam Latihan Simulasi Pengurusan Bencana sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Koordinator Latihan, yang juga Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, Dr Khamarul Ariffin Arif menjelaskan, simulasi bertujuan menguji tahap kesiap-siagaan semua pasukan terlibat berdasarkan garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

Latihan diadakan di Klinik Kesihatan Rembia dengan gambaran situasi sebuah helikopter terhempas di klinik berkenaan.

Turut terlibat ialah Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka. Latihan ini juga sebagai salah satu aktiviti sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2022.
Рекомендации по теме